- Kerjasama politik antara PAS dan DAP dalam apa jua bentuk pakatan atau gagasan ternyata merugikan bangsa Melayu kerana pada dasarnya DAP enggan menerima perjuangan Islam biarpun pada sekecil-kecil perjuangan.
- Bayangkan bagaimana DAP meluat dengan azan berkumandang di setiap surau dan masjid hingga menyekat azan dilaungkan apabila mendapat kuasa di kawasan dan negeri tertentu. Kalimah Allah juga dipersenda dan diperkotak katik wal hal Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan fatwa mengenainya. DAP peduli apa dengan fatwa itu.
- Tak semena-mena DAP mengisytiharkan Chin Peng dan PKM dianggap sebagai nasionalis, bukannya komunis. Apakah ertinya semua ini. Ramai pemimpin DAP bersaudara dengan Chin Peng dan menerima perjuangan PKM dan tiada sebarang tindakan daripada kerajaan Barisan Nasional. Apa erti semua ini.
- Mungkin selepas ini DAP akan menolak sistem beraja secara terbuka jika soal azan, kalimah Allah dan komunis sudah dapat diketengahkan tanpa sebarang pertumpahan darah. Mereka (DAP dan kroni) tidak hairan dengan teriakan NGO Melayu kerana gerakan demonstrasi mereka lagi hebat dan jahat.
- NGO Melayu baru nak belajar berdemonstrasi, itu pun tak teratur. Bila dipanggil perhimpunan, tak ramai yang hadir. Yang hadir pun kerana mereka diupah. Keikhlasan perjuangan sekadar di atas kertas dan tulisan pojok di media sosial tanpa dibuktikan dengan perjuangan fizikal.
- Kembali kepada kerjasama PAS-DAP. Parti DAP telah menunggang PAS untuk ke mercu kejayaan dan ia sudah dibuktikan dalam PRU13. Kini DAP tidak memerlukan bantuan PAS. Mereka sudah cukup kental bersama PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.
- Azmin Ali sudah menakluk politik Selangor. Lim Guan Eng sudah menakluk politik Pulau Pinang. Satu persatu negeri lain akan mereka rampas dengan hanya menggunakan PKR sebagai kenderaan. Di mana suara PAS dalam kedua-dua kerajaan itu? Kalau ada pun suara itu tidak mampu mengoncang sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing. PAS sekadar menjadi pak turut dan DAP mahukan begitu untuk selamanya.
- Untuk itu DAP tidak perlu menghormati kehendak PAS dalam perlaksanaan perundangan hudud biarpun untuk 1000 tahun lagi. Dengan demikian DAP dibenarkan menghina dan melukakan hati PAS pada bila-bila masa tanpa rasa segan silu.
- Ketika PAS menghulurkan tangan dalam kerjasama tahaluf siyasi, DAP senyum saja tanpa perdulikan konsep yang seimbang itu. Bagi DAP kerjasama yang mereka kehendaki lebih penting daripada kerajasama seimbang. Maka koyaklah tahaluf siyasi yang diamalkan itu.
- Kemarahan PAS disampaikan oleh ramai pemimpin kanan parti itu tapi tidak dipedulikan oleh mana-mana pemimpin DAP. Tiada yang simpati dengan PAS.
- Lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akhirnya menempelak tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan hudud mengoyakkan kertas "tahaluf siyasi" antara PAS dengan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP kerana bagi beliau hudud adalah “nyawa” PAS.
- Haron berkata jika DAP ataupun Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, setiausaha agung DAP tersebut boleh mencari “keselesaan” lain dengan jalannya sendiri.
- Justeru, tegas tokoh ulama PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan “kertas” tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.
- “PAS tidak terbelenggu dengan komen lawan mahupun kawan. Hudud adalah nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng berasa tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).
- “Apa yang dibuat DAP hanya mencacat dan mencarik robek tahaluf. Kalau terus menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya.
- Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini bagi meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.
- Pada masa yang sama, DAP terus mengkritik PAS dan menyifatkan hudud bakal melambatkan PR ke Putrajaya. PKR pula akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini.
- Guan Eng pula menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada PR selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
- Kenyataan tersebut dibuat ketua menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.
- Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu laporan media menyebut, isu hudud sudah lama diputuskan oleh PAS sebelum wujudnya PR.
Monday, 22 December 2014
Tahaluf siyasi PAS - DAP sudah koyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment