- Kumpulan Al-Arqam menempuh liku kehidupan yang panjang di negara ini apabila mula diasaskan sejak 45 tahun lalu oleh pengasasnya, allahyarham Ashaari Muhammad atau Abuya yang membawa ajaran Aurad Muhammadiyah.
- Bagaimanapun, segalanya berubah selepas isteri Ashaari, Khatijah Aam telah bertaubat sekembalinya ke tanah air selepas ditahan pihak berkuatkuasa Arab Saudi kerana amalan yang meragukan dan bidaah.
- Khatijah berkata, kumpulan itu kini dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) yang diasaskan pada 13 Mei 2013 dengan menggunakan pendekatan dakwah melalui ekonomi.
- “GISBH kini terdiri daripada 4,000 pekerja yang semuanya diletakkan di bawah undang-undang tenaga kerja ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami sudah pun selesaikan urusan nikah kahwin seperti diarahkan oleh jabatan agama Islam di Malaysia.
- “Kami akur dengan kerajaan Malaysia yang begitu serius memulihkan iman dan Islam kami. Allah yang menggerakkan negara ini memerintahkan supaya kami bertaubat nasuha daripada kesesatan sebelumnya.
- “Taubat kini menjadi budaya kami. Semua pekerja GISBH diarahkan bangun malam sembahyang taubat kepada Allah. GISBH sudah taubat bahkan bersumpah kepada Allah untuk tidak mengulangi dosa-dosanya,” katanya dalam satu kenyataan media.
- Dia yang juga dikenali sebagai Ummu Jah berkata selain menerima fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka sedang berusaha mendapatkan sijil halal Jakim.
- Katanya, GISBH sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja apatah lagi agensi kerajaan yang bercita-cita hidup dan berjuang untuk Allah dan Rasul.
- “GISBH tidak yakin sesuatu perjuangan tanpa takwa kepada Allah itu boleh berjaya. Lihat betapa kuasa Allah menghancurkan kuasa dunia dengan mudah sahaja. Hanya bersama hati yang takut Allah, rindu nabi saja yang mampu mencipta kekuatan dunia akhirat.
- “Perancangan GISBH ialah mengajak semua umat Islam membela Islam melalui ekonomi. Al-Quran dan hadis merubah bangsa Arab yang dungu, miskin dan mundur menjadi penyelamat dunia melalui ekonomi Allah dan rasul.
- “Islam ialah cara hidup. Maka GISBH perlu mempunyai rangkaian projek yang terdiri daripada seluruh aspek hidup seorang Islam. GISBH kini mempunyai rangkaian di benua Australia, Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah, China dan Rusia,” katanya.
- Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Lokman Hakim berkata syarikat itu kini lebih berperanan dalam menyediakan keperluan umat Islam.
- Katanya, pelbagai isu meruncing yang melanda umat Islam sejak kebelakangan ini menjadikan syarikat isu terpanggil memberi alternatif kepada produk dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- “Kita nak sempurnakan keperluan makanan umat Islam yang kritikal termasuk mi dan makanan beku. Sekarang banyak yang meragukan. Kita dah mula keluarkan produk dan yang lain berjalan macam biasa.
- “Kami mempunyai 8 buah pusat pemulihan dadah yang bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak lebih setahun lalu dan 30% daripada mereka pulih. Program AADK libatkan kami sebagai perunding dan sebagainya sebab terbukti mereka boleh dipulihkan dengan menanam iman.
- “Dari satu sudut, kita bantu kerajaan dan memberi khidmat kepada masyarakat. Kita pun ada pengalaman jadi boleh dikembangkan. Letak mereka di luar memang tak boleh. Kalau keluar mereka tak cukup kuat.
- “Di klinik gigi kami, kalau ada RM5 pun boleh. Kita bukan komersil. Ada bagi RM5, ada bagi RM1,000. Itu sumbangan yang dikata rezeki daripada Allah,” katanya merujuk kepada pusat perniagaan di Bandar Country Homes Rawang.
- Lokman berkata, sumbangan mereka kepada kerajaan dan masyarakat juga dapat dibuktikan dengan terdirinya 80 buah rumah amal di seluruh negara.
- Katanya, Akademi Generasi Harapan kelolaan mereka juga mampu melatih 2,000 remaja dalam pelbagai bentuk kebudayaan berteraskan Islam seperti nasyid, seni persembahan, penerbitan dan sebagainya bertujuan dakwah.
- “Kita mengendalikan 80 buah rumah amal tetapi apabila ada isu berbangkit, kami tutup 30, tinggal 50. Kita ada lebih 300 anak yatim yang dijaga.
- “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) marah apabila kita tutup kerana mereka terpaksa bertanggungjawab terhadap anak-anak ini. Mereka kata tolong jangan tutup, jadi kami buka semula.
- “Bila kita buat rumah ini, kita dah selesaikan masalah JKM. Anak-anak ini mereka balik sekolah kita didik cara hidup Islam. Solat jemaah dan sebagainya. Satu generasi kita selamatlah,” katanya.
- Ditanya mengenai kejayaan dalam memperkembangkan GISBH, Lokman berkata keyakinan menyeluruh terhadap pertolongan Allah menjadi bekal dalam usaha membangunkan syarikat itu.
- Katanya, GISBH kini mampu berbangga dengan konsep perniagaan Islam yang mereka amalkan dengan menghindarkan pinjaman bank yang mungkin mengandungi perkara meragukan.
- “Kami suka merujuk ayat Al-Quran yang selalu orang kenali sebagai ayat pelaris atau 1,000 dinar yang Allah berfirman maksudnya barang siapa bertakwa akan diberi kepadanya jalan keluar kepada masalah dan diberi rezeki kepadanya yang dia sendiri tak tahu sumbernya.
- “Akhirnya yang dirasai itu kasih sayang Allah, bukan kepandaian percaturan sendiri tetapi Allah, kerana Allah yang memberi. Kita mula bangunkan insan. Kalau sistem cantik dan indah tetapi manusia tak baik, tak boleh bangun juga.
- “Dari dulu lagi kita tak pernah meminjam dari bank. Kita tak mahu bersandarkan kepada manusia tetapi minta pada Allah. Modal minta dengan Allah, mungkin bunyinya pelik tapi bagi orang bertakwa tak pelik kerana Rasulullah dulu tidak minta pada orang Yahudi apabila mereka pindah ke Madinah,” katanya.
- Mengulas mengenai perancangan masa depan GISBH, Lokman berkata syarikat itu akan membuka kilang memproses bihun tidak lama lagi di Pekan, Pahang bagi menambah keyakinan umat Islam terhadap produk itu.
- Katanya, pelaksanaan membangunkan kilang itu mendapat pertolongan Allah yang luar biasa apabila dipermudahkan segala urusan operasinya.
- “Kami terus beli mesin di Thailand, melalui kastam kena RM5,000. Mereka kata kami pun nak sumbangan juga, dikecualikan RM5,000 bawa ke Pekan. Ada wakil perdana menteri datang ke Country Homes, dia nak aturkan perdana menteri rasmikan.
- “Mesin tu dijual dengan harga RM450,000, pakai dalam berapa bulan. Mereka jual RM150,000 akhirnya dia nak saham, bayar tunai RM80,000, kami bawa masuk,” katanya.
Monday, 22 December 2014
Global Ikhwan berdakwah melalui ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment