- Gara-gara nak jadi James Bond yang kononnya mempunyai rangkaian maklumat risikan global, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya berdepan dengan saman RM10 juta yang dikemukakan oleh pengurusan tertinggi FELDA.
- Malah dengan sombongnya wakil rakyat PKR itu enggan memohon maaf kepada pengarah besar Felda yang didakwa terbabit dengan seorang lelaki penjenayah yang dikehendaki polis antarabangsa.
- Felda mengemukakan tuntutan saman terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mengaitkan Datuk Faizoull Ahmad dengan lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa dalam status Facebook, 11 September lalu.
- Felda melalui peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam surat tuntutan bertarikh 27 November lalu meminta ketua Pemuda PKR itu membayar gantirugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari kerana membuat kenyataan yang tidak berasas dan tidak benar.
- "Tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh menyebabkan anak guam kami dihina dan dibenci orang ramai dan masyarakat awam. Reputasinya mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun," katanya.
- Felda juga menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada melakukan tindakan sama pada masa akan datang.
- Namun, exco Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim & Gamany berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan berganjak dari dakwaannya sebelum ini.
- "Anak guam kami (Nik Nazmi) sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri, dan Ketua Pemuda PKR, bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh kepentingan rakyat.
- "Kami diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada pertahanan justifikasi dan komen yang adil," kata peguamnya Latheefa Koya di dalam surat itu, sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang dibuat dalam surat saman Felda itu.
- Felda menuntut Nik Nazmi mengemukakan permohonan maaf dan saman RM10 juta kerana menyebabkan reputasinya tercalar teruk.
- Nik Nazmi dalam status akaun Facebooknya bertajuk "Pengarah Besar Felda melawat kelab bola sepak bersama lelaki dikehendaki polis" mengecam tindakan Faizoull kerana berurusan dengan Rafat Rivzi, lelaki yang dikatakan dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia.
- Katanya, Faizoull yang juga pengerusi Kelab Bola Sepak Liga Super Malaysia Felda United melawat kelab bola sepak Scotland, Glasgow Rangers bersama Rafat.
- "Mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau?
- "Adakah Faizoull tidak sedar Rafat didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan dolar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?," katanya dipetik kenyataan dalam Facebook.
- Katanya, tindakan Faizoull sangat mencurigakan dan menimbulkan persoalan, tambahan wujud spekulasi beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers.
- Kenyataan Nik Nazmi itu kemudian dijadikan berita dalam berita portal The Rakyat Post "Why involve a wanted man? PKR Youth demand explanation" pada 12 September lalu.
Wednesday, 10 December 2014
Sebar fitnah, Nik Nazmi disaman RM10 juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment