- Ramai pakar penganalisis penerbangan bingung
dengan misteri kehilangan pesawat MH370.
- Pakar 1 - Dr.
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini merupakan pengalaman pertama kehilangan
pesawat canggih seperti MH370 walaupun beliau telah berkecimpung dalam
kerjaya ini selama puluhan tahun.
- Bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti
Pertanian Malaysia itu berkata, beliau sedaya upaya mengkaji segala macam kemungkinan
yang mungkin terjadi kepada pesawat tersebut namun 'buntu' walaupun sudah
masuk hari ketiga.
- "Kita tahu dan sedia maklum dengan
bencana alam dan tragedi akan berlaku dalam mana-mana lapangan. Namun, ini
merupakan kejadian pertama yang mempunyai seribu persoalan.
- "Saya sendiri tidak pasti apa lagi yang
boleh saya komen. Industri penerbangan masih terkejut dan bingung
memikirkan segala kemungkinan yang telah terjadi dengan pesawat
MH370," katanya.
- Sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal milik Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) beserta kelengkapan dari
Thailand, Singapura, China, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika
Syarikat telah dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat.
- Jelas beliau, adalah sesuatu yang luar biasa
kerana dalam insiden berkenaan, kapal terbang dan menara kawalan tidak
berkomunikasi seperti kebiasaan.
- "Menara kawalan tidak menerima apa-apa
isyarat, tiada bangkai atau serpihan andai terhempas, tiada isyarat
kecemasan. Mungkin juga juruterbang patah balik mengikut gerak hati. Sukar
untuk membuat sebarang andaian ketika ini. Semuanya nampak seperti mimpi
dan mustahil untuk ditafsirkan.
- "Mungkin berlaku perkara yang mengejutkan
pada enjin atau letupan sehingga menyebabkan sistem kawalan berada di luar
kawalan biasa sehingga menyebabkan terputusnya hubungan," katanya.
- Beliau dimaklumkan pesawat MH370 sudah
diselenggarakan dua minggu lepas dan sekiranya terdapat kerosakan
sekalipun, masih mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan.
- Pakar 2 -
Pakar Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr.
Mohd. Fadzil Mohd. Akhir pula membuat andaian, kemungkinan MH370 terhempas
ke laut.
- "Ini hanyalah salah satu andaian, mungkin
pesawat terhempas dan hanyut ke arah Teluk Thailand, atau ke perairan
Malaysia.
- "Walau bagaimanapun, semua andaian ini
hanyalah kemungkinan yang berlaku kepada pesawat tersebut. Kejadian ini
masih kekal misteri dan sukar dijawab," ujarnya.
- Pakar 3 -
Seorang juruterbang veteran yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan
mendakwa, dalam tempoh kurang dari 24 jam ini, kemungkinan 'misteri'
kehilangan pesawat MH370 akan mendapat petanda penting.
- "Saya rasa kita akan dapat dapat sedikit
petunjuk dalam tempoh kurang dari 24 jam ini. Kita perlu banyak berdoa dan
yakin dengan usaha yang sedang dilakukan oleh semua pihak.
- "Tidak mungkin pesawat itu hilang
daripada radar begitu sahaja, risiko tersebut sangatlah rendah"
katanya.
- MH370 dirampas?. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan
hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.
- Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul
Rahman, bagaimanapun berkata pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan
apa yang berlaku ke atas MH370 itu.
- “Pada tahap ini, kami tidak menumpukan pada
mana-mana kemungkinan. Kami melihat pada semua sudut tentang apa yang
mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya.
- Bagi mengesahkan apa yang berlaku, DCA tetap memerlukan
bukti kukuh dalam bentuk bangkai pesawat.
- “Malangnya, kita masih tidak dapat menemui
mana-mana bahagian pesawat ataupun mengesan lokasinya,”katanya.
- Sehingga kini masih tiada sebarang penemuan
dilaporkan daripada mana-mana unit yang menjalankan operasi mencari dan
menyelamat di kawasan-kawasan terlibat.
- Jangan peduli spekulasi. Tindakan orang ramai menyalurkan pelbagai "berita" dalam
laman siber sebenarnya menjejaskan imej dunia kewartawanan kerana mereka
memberi pendapat berhubung sesuatu isu atau kes tanpa mempedulikan
kesahihan dan kredibiliti.
- Komen 1 - Pensyarah
Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof
Madya Mohamad Md Yusoff berkata isi kandungan yang terdapat dalam media
siber kebanyakannya dimanipulasi sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
- "Mereka tidak mempunyai ilmu dan
kredibiliti sebagai wartawan tetapi menyalurkan maklumat sesuka hati dan
seolah-solah sebagai wartawan dan tindakan mereka telah mencemarkan
profesion kewartawanan," katanya.
- Katanya, wartawan sebenar adalah wartawan yang
terlatih dan tidak menulis sesuatu berita yang tidak mempunyai kesahihan
atau bukti yang kukuh.
- "Banyak manipulasi dan boleh dikatakan
seperti tukang mereka berita dalam media siber ini. Media siber adalah
satu pendapat bukan berita, cerita putar belit, dimanipulasikan
seolah-olah macam berita tetapi sebenarnya bukan berita," katanya.
- Katanya orang ramai diminta jangan membuat dan
mempercayai spekulasi yang sering dimuat naik dalam laman sosial dan hanya
merujuk berita yang ditulis oleh wartawan bertauliah.
- Ditanya mengenai dakwaan kononnya media
tempatan lambat menyalurkan maklumat berhubung insiden itu berbanding
media barat, beliau berkata: "Orang yang kata ini pun tidak tahu apa
itu media dan dia cuba untuk menjadi wartawan yang tidak bertauliah".
- Mohamad berkata orang ramai perlu mengetahui
bahawa dalam etika kewartawanan ia menuntut wartawan supaya melaporkan
sesuatu berita berdasarkan fakta yang tepat daripada sumber berautoriti
untuk bercakap mengenai sesuatu isu.
- "Kerana dalam krisis komunikasi mesti ada
SOP (Prosedur Operasi Standard), kerana melibatkan fakta, fakta tak betul
boleh disaman, media bukan sahaja untuk hiburan," katanya.
- Komen 2 -
Pensyarah di Pusat Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia Abu Bakar
Abd Jalal berkata maklumat mahupun kenyataan rasmi tidak boleh sewenang-wenangnya
dikeluarkan oleh individu kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.
- Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains
Sosial (Analisis Strategik dan Keselamatan) berkata, menerusi Akta Rahsia
Rasmi penjawat awam tidak boleh mengeluarkan sesuatu maklumat tanpa
kebenaran pihak atasan.
- "Jadi orang ramai kena faham ada
peraturan, undang-undang dan prosedur tertentu yang perlu dipatuhi dan
tiada bukti yang sahih maka tidak boleh mengandaikan sesuatu sekiranya
belum ada bukti," katanya.
- Sehubungan itu, Abu Bakar menasihati orang ramai yang menginginkan laporan berita berhubung pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan itu dengan pantas, perlu mendapatkannya daripada media arus perdana seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mahupun media kerajaan kerana sumbernya lebih tepat daripada pihak berautoriti.
Tuesday, 11 March 2014
Ramai bingung MH370 ghaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment