Thursday, 30 January 2014

Perpaduan Nasional - Versi Najib dan Anwar

  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengusahakan pelan perdamaian nasional berasaskan empat teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa. Namun pelan itu tidak termasuk penubuhan sebarang bentuk kerajaan perpaduan.
  • “Kami terbuka untuk berbincang dengan semua pihak dan kami boleh gunakan Parlimen, termasuk menubuhkan jawatankuasa dwipartisan untuk membincangkan isu-isu yang menjejaskan perpaduan nasional,” katanya.
  • Najib mengilhamkan idea itu selepas pilihan raya umum lepas, namun beberapa pihak tidak responsif terhadap rayuannya untuk bekerjasama, sebaliknya kesahihan pilihan raya dipersoalkan.
  • "Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat Pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini. Saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan-perubahan yang kita harap akan menjadikan semua rakyat Malaysia lebih rapat.
  • "Kebebasan menyuarakan pandangan akan terus dipertahan tetapi ini juga mesti diiringi dengan tanggungjawab. Bagi membolehkan semua ini berjaya, kita semua mesti berjanji untuk mengelak daripada menyebarkan perbohongan dan fitnah, yang akhirnya dapat menghentikan politik kebencian,” kata Najib.
  • “Kita juga perlu melibatkan belia kita dalam inisiatif-inisiatif ini untuk menyatukan rakyat. Kita perlu mengusahakan dan merumuskan Model Perpaduan Sosial yang akan dapat membantu menjamin perpaduan kekal menjadi objektif bersama dalam aktiviti-aktiviti generasi akan datang.
  • “Dalam beberapa bulan akan datang, anda akan menyaksikan perubahan-perubahan yang akan membantu menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan sebuah negara yang padu. Saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai saya dalam perjalanan ini,” kata Najib.
  • Di barisan pembangkang pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mengajak BN berdialog demi mencapai "konsensus nasional", antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
  • Kata Anwar, sejak mutakhir ini beberapa kejadian yang mengakibatkan silaturahim antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menjadi semakin renggang dan boleh membawa kemusnahan.
  • “Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
  • “Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancurkan leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini,” katanya.
  •  
    RUMUSAN
     
  • Akhirnya Anwar sedar betapa pentingnya perpaduan kaum di negara ini. Perpaduan goyah bukan pekara baru. Sebermula dengan perpecahan Melayu. Tun Dr. Mahahir Mohamad pernah berkata "pembangkanglah yang memecahkan perpaduan sedia ada."
  • Melayu yang dulunya kuat dan bersatu, tiba-tiba menjadi lemah apabila segelintir ulama UMNO kecewa mendapatkan kerusi dan bertindak keluar parti lalu membentuk PAS. Bermula dari situ orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.
  • Perpecahan Melayu makin ketara apabila Anwar menubuhkan PKR bagi membolehkan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
  • Ia menyebabkan masyarakat Melayu kian lemah dan ‘mengemis’ di negara sendiri seperti mana PAS dan Anwar mengemis kepada DAP untuk mendapatkan sokongan politik dan kewangan.
  • Perpecahan kaum semakin serius disebabkan sikap DAP menolak ‘semangat perkongsian’ antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India. Ini kerana DAP mahu orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, meneruskan penguasaan dalam bidang politik, satu-satunya penguasaan Melayu yang ada.
  • Pada PRU13, DAP menggunakan sentimen perkauman dengan menggambarkan MCA sebagai ‘pak turut’ UMNO. Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya merupakan orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih merupakan orang Cina.
  • Kebencian terhadap Melayu telah dicanang melalui slogan "Malaysian Malaysia" dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua. Penyokong meritokrasi dan ekstremis Cina dalam DAP turut mendakwa BN telah melakukan diskriminasi dengan mengutamakan orang Melayu dalam banyak perkara.
  • Untuk itu setiap kali polisi kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilabel sebagai rasis.
  • Seperti kata Tun Dr. Mahathir, pembangkang bukanlah satu bentuk gabungan sebenar tetapi hanya `pakatan pilihan raya’ untuk menentang BN. Kesimpulannya sebelum Anwar nak ajak BN berdialog mengenai perpaduan dan perpecahan yang terjadi sekarang ini, dia perlu berdialog dulu soal perpaduan di kalangan kerabat Pakatan Rakyat.

Wednesday, 29 January 2014

Kerusi MB Selangor `berpuaka’

 
  • SEJAK 1964, kerusi Menteri Besar Selangor boleh dikatakan berpuaka. Sesiapa yang duduk di kerusi itu pasti ketulahan. Itu bahasa purba yang emosinya disampul ilmu mistik. Lain pula tafsiran dalam bahasa moden yang ilmiah iaitu MB dilanda kontroversi.
  • Kini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) bakal melepaskan kerusi berpuaka itu dalam keadaan kontroversi. Sebelum ini nasib yang sama sudah berlaku kepada Datuk Harun Idris (1964 – 1975), Tan Sri Muhammad Muhd.Taib (1986 – 1997), Tan Sri Abu Hassan Omar (1997 – 2000) dan Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo (2000 – 2008).
  • Kesemua mereka hilang jawatan MB dalam keadaan terpaksa. Kecuali Dr.Mohamad Khir yang tumpas dalam pilihan raya umum, Harun, Muhammad dan Abu Hassan pula terpaksa berundur kerana `isu panas’ yang dikaitkan dengan keperibadian mereka.
  • Kes Abdul Khalid dikatakan unik kerana ia berlaku hasil perbalahan politiknya dengan Azmin Ali apabila ADUN Bukit Antarabangsa itu digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
  • Biarpun Abdul Khalid mendakwa beliau tidak terbabit dengan pengguguran itu namun politik di Malaysia adalah berkaitan dengan persepsi umum. Dokumen sulit kronologi pengguguran Azmin membuktikan ia bukan arahan Abdul Khalid tetapi itu tidak bermaksud beliau 'terlepas' daripada persepsi politik.
  • Sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, hubungan Abdul Khalid dan Azmin sentiasa tegang. Azmin merupakan pengkritik tegar kepada kepimpinan Abdul Khalid sejak tahun 2010. Isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dianggap bagaikan 'gunung berapi yang memuntahkan laharnya.'
  • Ramai sudah meramalkan Abdul Khalid akan 'terkorban' dalam pertembungan dengan Azmin, orang kesayangan Anwar. Biarpun Abdul Khalid cuba mempertahan kedudukannya namun ia tidak kekal lama. Beliau akhirnya setuju berundur asalkan bukan Azmin menjadi Menteri Besar.
  • Abdul Khalid tidak pandai berpolitik kerana beliau sekadar tokoh korporat yang baru menceburi politik kira-kira enam tahun lalu. Beliau semakin terhimpit, terdesak dan tertekan dengan pelbagai serangan politik yang dilancarkan untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.
  • Walaupun pada awalnya beliau mahu melawan gelombang yang menghempas perjalanan politiknya, namun akhirnya beliau mengalah. Lumrah dalam politik, seseorang pemimpin itu mungkin mampu bertahan dengan tekanan luar tetapi beliau tidak akan mampu bertahan jika tekanan berlaku dari dalam.
  • Abdul Khalid berada dalam dilemma. Kelompok yang dianggapnya tidak bermoral kerana mendesak beliau mengundurkan diri, bukanlah calang-calang kelompok. Mereka terdiri daripada penyokong kuat Azmin dan Anwar.
  • Beliau terpaksa terima hakikat bahawa beliau mempunyai pilihan iaitu berkorban demi mengelakkan daripada dijatuhkan secara tidak terhormat termasuklah kemungkinan menghadapi undi tidak percaya di DUN yang bukannya akan dilakukan oleh pihak lain tetapi oleh PKR sendiri.
  • Bagaimanapun seperti diramalkan, kedudukan Abdul Khalid tidak akan sampai ke peringkat tersebut kerana PKR tidak akan mengizinkannya. Itulah yang berlaku sekarang. Malangnya, dalam menyelesaikan konflik dalaman PKR, rakyat diseret sama apabila satu lagi pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
  • PKR lantang mengkritik kerajaan dalam menguruskan kewangan negara tetapi hakikatnya mereka sanggup membenarkan pilihan raya kecil diadakan demi memenuhi agenda politik parti tersebut.
  • Kini semakin jelas, Lim Chin Cheh (Kajang) meletakkan jawatan untuk kepentingan partinya yang sedang huru hara.
  • Beliau mahu memberi laluan kepada Anwar berjaya dalam pilihan raya kecil, sekaligus menduduki kerusi MB Selangor. Sebelum ini, Anwar dilihat teruja menjadi Perdana Menteri, namun kini beliau 'menurunkan darjat impian itu' demi menggantikan Abdul Khalid.
  • Ini bermakna rakyat sekali lagi terpaksa menyaksikan satu lagi episod memualkan daripada PKR dalam usaha memenuhi agenda politik mereka. Ia memandangkan sebelum ini sudah berlaku dua pilihan raya kecil yang dicipta dengan sengaja oleh PKR bagi tujuan itu.
  • Kali pertama apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar menguasai semula kerusi itu. Begitu juga di DUN Penanti yang menyaksikan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 2009.
  • Peliknya, perletakan jawatan Chin Cheh dan pencalonan Anwar di Kajang tidak langsung dirujuk kepada PAS dan DAP sehinggakan pimpinan tertinggi PAS terkilan dengan tingkah laku PKR itu.
  • Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi kecewa dengan sikap PKR yang membelakangkan PAS dalam apa juga urusan, khususnya di Selangor sehinggakan tersasul bahasa “Apa PKR ingat PAS ni parti Tupperware ke?”
  • Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim pula menuntut penjelasan PKR berkaitan Kajang atau PAS akan memulau dan memboikot kempen PRK DUN Kajang nanti.
  • Berbeza dengan kenyataan Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang menyatakan PAS memberi sokongan penuh terhadap keputusan PKR Selangor meletakkan Anwar bertanding di DUN Kajang.
  • "Sebagaimana semangat dalam Pakatan Rakyat, PAS juga akan memberikan sokongan penuh terhadap calon dan kerusi yang dipertandingkan dalam memastikan kejayaan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat."
  • Sementara itu, Azmin turut berkongsi cerita pendek mengenai kerusi MB Selangor. “Bila kita (PKR) sudah menang (di Kajang) baru kita duduk balik dan berbincang," katanya.
  • Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) pula tersenyum pabila ditanya soal Anwar bertanding di Kajang dan berkata ”mungkin hal ini kecil dan PKR tak perlu maklumkan kepada saya”.
  • Inilah dia sikap sebenar Pakatan Rakyat yang terdiri dari tiga buah parti yang berbeza ideologi dan matlamat perjuangan. Jika pagi mereka mengeluarkan kenyataan, kenyataan mereka tidak boleh lagi dipercayai selepas tengahari.
  • Kenyataan mereka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak situasi yang mereka hadapi. Akhirnya, mereka akan mengeluarkan kenyataan dengan alasan kononnya, demi kepentingan parti. Kalau dah semua kepentingan parti, dimana letaknya kepentingan rakyat atau setidak-tidaknya keluarga Pakatan?
  • Pendek kata Anwar sudahpun dianggap sebagai MB Selangor walaupun belum pun bertanding PRK Kajang. Malah Wikipedia pun turut mengubah carta MB Selangor dengan meletakkan Anwar sebagai peneraju baru mulai 2014.
  • Sesungguhnya kerusi itu `berpuaka’ kerana belum pun bertanding, sudah disahkan oleh segelitir masyarakat. Puaka (kontroversi) semakin hebat dan bergelombang apabila pemimpin veteran itu memiliki pelbagai sejarah unik samada di dalam dan luar mahkamah.
  • Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014.
  • Azmin adalah Pengerusi PKR tetapi mengapa Abdul Khalid dibiarkan mengumumkan calon DUN Kajang? Kenapa ADUN Kajang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor.
  • Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.
  • Andai kata Anwar menang, beliau akan menjadi MB Selangor. Bagaimana jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar untuk menjadi MB Selangor? Tidakkah Anwar terfikir bab ini termasuk “TITAH SULIT” Sultan Selangor kepada Abdul Khalid di balai rong seri yang mana ketika itu Abdul Khalid diwajibkan memegang tombak hulubalang pusaka kesultanan Selangor sejak dahulu kala.
  • Sanggupkah Anwar melanggar TITAH Sultan Selangor? Menentang sultan bererti menentang rakyat juga. Persoalan seterusnya, apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor?
  • Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu Kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jangan dengar titah Sultan & Agong. Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja?
  • Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan “war cry” Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam. Apakah sudah terpadam cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?
  • Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor.

Tuesday, 28 January 2014

Kajang Anwar Mengkuang Layu?

 
Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu
  • SEMPENA pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Dewan Undangan (DUN) Kajang berikutan perletakkan jawatan Lee Chin Cheh, tiba-tiba saja pantun Melayu Lama menjadi popular semula.
  • Kalau Perdana Menteri pernah diperli dengan isu kangkung, kini Anwar menjadi kegilaan sesetengah blogger mengungkapkan “Kajang Anwar Mengkuang Layu” kerana keputusannya untuk bertanding di kawasan itu.
  • Apapun, keputusan Chin Cheh meletakkan jawatan baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang bakal disingkirkan tidak lama lagi jika Anwar menang kerusi Kajang.
  • Ia memandangkan terdapat spekulasi yang mengaitkan tindakan Chin Cheh tersebut dengan isu desakan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Abdul Khalid berundur.
  • Jika Abdul Khalid melepaskan jawatannya kelak, kepimpinan kanan PKR akan mencalonkan Anwar sebagai MB Selangor. Itu pun jika PKR menang pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi.
  • Bagaimanapun dalam surat yang dihantar oleh Chin Cheh kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatannya.
  • "Dia (Chin Cheh) telah datang sendiri ke pejabat saya hari ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.
  • "Peletakan jawatan ini adalah sah kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor LXVIII (Perkara 68), seseorang ADUN boleh melepaskan jawatannya melalui surat yang ditandatanganinya dan diserahkan kepada Speaker," kata Hannah pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini.
  • Sementara itu Chin Cheh dalam kenyataannya memberitahu, keputusannya mengosongkan kerusi DUN Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan pakatan pembangkang berkhidmat untuk rakyat Selangor.
  • "Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat.
  • "Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan kepada saya selama ini," katanya.
  • Chin Cheh sebelum dikaitkan dengan pendedahan seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar bahasa Cina baru-baru ini berhubung desakan PKR Selangor yang mahukan Abdul Khalid melepaskan jawatan.
  • Menurut laporan itu, sekiranya kepemimpinan pakatan pembangkang bersetuju dengan cadangan berkenaan, Abdul Khalid akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam tempoh terdekat atas sebab-sebab kesihatan.
  • Langkah Abdul Khalid itu menurut laporan berkenaan adalah bagi mengelakkan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan para penyokongnya mengemukakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid dalam Sidang DUN nanti.
  • Berikutan pendedahan tersebut, Chin Cheh difahamkan dipanggil oleh Majlis Pimpinan PKR bagi memberi penjelasan.
  • Kedudukan Abdul Khalid menjadi persoalan, selepas mesyuarat PKR Selangor sebulat suara mahu beliau digantikan berikutan isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
  • Malah, sebelum ini Abdul Khalid juga disifatkan oleh beberapa pemimpin PKR menimbulkan masalah kepada parti berikutan cara beliau mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri.
  • Menurut mereka, banyak tindakan Abdul Khalid tidak menepati aspirasi parti termasuklah pengumuman kenaikan gaji menteri besar dan wakil rakyat Selangor, baru-baru ini yang turut menerima kritikan hebat daripada Azmin.
  • Reaksi Abdul Khalid ketika ditanya mengenai Anwar, katanya: “Jika saya tidak bersetuju, saya tidak akan berada di sini."
  • Jika Anwar memenangi pilihan raya itu, ia akan membolehkan beliau menyertai DUN Selangor dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar negeri itu seperti yang diwar-warkan oleh banyak pihak sebelum ini.
  • Soal perletakan jawatan sebagai MB, Abdul Khalid berkata yang sudah menjangkakan riwayat politiknya di hujung tanduk selepas ditekan hebat pemimpin PKR, beliau menyatakan kesediaannya untuk berundur tetapi dengan bersyarat.
  • Syaratnya jelas Abdul Khalid, pengunduran beliau itu mesti mendapat persetujuan daripada kesemua komponen parti dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu, selain perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • "Proses pelantikan menteri besar ini memerlukan persetujuan antara pakatan. Lepas itu, orang yang nak dipilih akan ditentukan oleh ketiga-tiga parti dan kemudiannya mereka akan memberitahu Sultan Selangor untuk perkenan. Jadi, banyak tata cara. Oleh sebab itu, jangan spekulasi terlalu banyak.
  • "Namun itu (melepaskan jawatan) boleh dilakukan jika mendapat persetujuan ketiga-tiga parti sebab pelantikan saya sebagai menteri besar ditandatangani ketiga-tiga pemimpin parti. Jadi ketiga-tiga (pihak) kena setuju," katanya.
  • Diminta mengulas tindakan Chin Cheh meletakkan jawatan, Abdul Khalid berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah terdapat ura-ura mengenainya dan memberitahu perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR nanti.
  • "Saya pun tak tahu (kenapa Chin Cheh letak jawatan). Perkara ini akan dibincangkan Biro Politik parti kerana beliau mewakili PKR. Kita tengoklah nanti apa yang akan diumumkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Anwar,”.
  • Drama perebutan kuasa MB Selangor semakin mendebarkan yang mana puak Abdul Khalid dan puak Anwar akan saling bercakaran. Apa jua keputusannya nanti, ia akan berlanjutan dengan krisis kepimpinan dan kewujudan puak-puak Melayu yang lebih banyak.
  • Rupanya tampuk kepimpinan Selangor bukan saja bergolak di zaman BN malah menjadi ketulahan di zaman Pakatan. Maka benarlah bahawa parti bukan punca kemelut perebutan harta dan kuasa, sebaliknya ia sebenarnya mempamerkan kegelojohan segelintir individu, baik dalam BN mahupun dalam Pakatan.

USA uses Angry Birds and other smartphone apps to collect user data

  • Just when you thought that all the Angry Birds ever did was fling themselves from slingshots in an effort to get revenge on them bad piggies, we learn that they can also drive go-carts. Think that’s impressive? Bet you didn’t know that they are also experts in espionage.
  • Citing new documents provided by Edward Snowden, several major publications have revealed that the National Security Agency (NSA) and the British Government Communications Headquarters (GCHQ) are able to collect personal data from so-called ‘leaky’ apps that use photo sharing, location sharing, and other special permissions.
  • Some of the apps specifically mentioned in leaked documents from Snowden include social network apps like Twitter and Facebook, and navigational apps like Google Maps. On a somewhat surprising note, games such as Angry Birds are also targeted by these agencies.
  • While the extent of the information varies depending on the app, some of the leaked information reportedly includes things like age, gender, marital status and sexual orientation.
  • Now keep in mind that these apps are not designed with the intent of spying and instead the permissions are generally for improving the quality and services of the apps, or for delivering ads. In fact, Angry Bird’s creator Rovio has already issued a statement that they are unaware of any spying going on through the use of their programs.
  • Nonetheless, these apps still prove to be easy targets for the NSA and GCHQ. So what kind of information are these organizations able to get from monitoring smartphone apps? While the extent of the information varies depending on the app, some of the leaked information reportedly includes things like age, gender, marital status and sexual orientation.
  • Reportedly, the NSA and GCHQ have been trading methods (or as NY Times calls it, ‘recipes’) for grabbing location and planning data from specific apps and address books since as early as 2007. As smartphones have become more commonplace, the amount of data being gleaned has increased dramatically.
  • While the documents make it pretty clear that the NSA and GCHQ are technically able to piece together a pretty accurate profile of targeted users by collecting bits and pieces of data from various apps, it’s unclear how actively these methods are used and what groups are targeted.
  • For the NSA’s part, they have released a statement that doesn’t directly deny that they are capable of collecting information from smartphone apps, but they do claim that they do not use any information they collect to spy on “everyday Americans”.
  • Any implication that NSA’s foreign intelligence collection is focused on the smartphone or social media communications of everyday Americans is not true. … We collect only those communications that we are authorized by law to collect for valid foreign intelligence and counterintelligence purposes – regardless of the technical means used by the targets.
  • If you’re looking for a more in-depth look at the newly leaked documents and for more information on how deep the rabbit hole goes, be sure to check out the detailed reports from NY Times, ProPublica, and the Guardian.

Operasi Harga, Operasi Lapor, kita buat sama-sama

  • OPERASI HARGA 2.0 tidak akan berkompromi dengan pembekal dan pemborong jika mereka menaikkan harga barangan sesuka hati. Tiada amaran, tiada kompaun. Mereka akan terus diheret ke muka pengadilan dan apa yang pasti kerajaan akan memburu mereka hingga ke lubang cacing.
  • Susulan itu seramai 1,800 pegawai penguat kuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga dikerah memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukatan berterusan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan termasuk barangan kawalan.
  • Sejak dilancarkan, Ops Harga 2.0 telah membantu banyak pihak khususnya pengguna daripada menanggung beban kenaikan harga barangan oleh pihak peniaga, pemborong dan pembekal yang tidak bertanggungjawab.
  • Menerusi pemantauan yang berterusan mendapati terdapat penurunan jumlah kes dan notis yang dikeluarkan sejak operasi itu dilancarkan secara serentak di seluruh negara, baru-baru ini.
  • Sebanyak 9,124 premis perniagaan diperiksa di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 96 kes telah diambil tindakan manakala dua notis dikeluarkan, melibatkan nilai rampasan RM48,402.41.
  • Dua notis yang dikeluarkan itu ialah di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada 96 kes itu, 65 kes adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, 29 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dan dua kes Akta Perlindungan Pengguna 1999.
  • Pasar basah terus menjadi lokasi utama pemeriksaan apabila 3,735 pasar basah diperiksa diikuti pasar malam atau pasar tamu (2,061), pasar tani (1,572), kedai runcit (857), gerai makan (203) dan kedai makan (181).
  • Pemantauan dan pemeriksaan turut meliputi pasar mini (148), restoran (141) dan medan selera (128), hentian rehat dan rawat (R&R) (lapan), pasar raya (47), pasar raya besar (18), pemborong (24) dan pengeluar (satu).
  • Dalam hal menangani syarikat konglomerat pembekal yang dikatakan menekan harga tinggi, kita perlu lihat semua sektor dari sudut pengimport, pembekal, peniaga sebelum sampai ke pengguna.
  • Daripada peringkat awal, perlu ada spesifikasi kawalan harga supaya tiada pihak yang menaikkan harga secara melampau. Ini bagi memastikan apabila produk sampai ke pengguna, mereka dapat menikmati harga yang berpatutan.
  • Bagi menangani masalah ini, perlu wujud kerjasama penguatkuasaan di antara KPDNKK dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan pelaksanaannya dibuat lebih berkesan.
  • Penguatkuasaan KPDNKK mungkin tertumpu kepada peniaga. Namun, untuk pemborong dan pembekal di bawah kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Jadi, mungkin perlu ada perbincangan antara dua kementerian berkenaan untuk mengambil tindakan bersama.
  • Di pihak pengguna pula, jangan terjerit melaung tak tentu pasal. Sebaliknya tolong lapor kes harga mahal kepada KPDNKK atau siapa saja yang difikirkan sesuai, termasuk ketua kampong, pemimpin masyarakat, JKKK dan sebagainya.
  • Tindakan menaikkan harga adalah jenayah dan perlu ditentang habis-habisan. Buat kaedah Persatuan Pengguna Jepun. Kalau harga sesuatu barang itu naik melampaui batas, mereka akan boikot sehingga pembekal dan peniaga tunduk kepada harga permintaan rakyat.
  • Bukannya berarak dan terlonjak-lonjak di tengah jalanraya untuk menentang itu dan ini yang tak tentu hujung dan pangkalnya, sedangkan mereka tahu bhawa penyelesaian masalah tidak ada di situ kecuali bagi mereka yang tidak waras atau terpaksa berbuat demikian kerana sudah dibayar.

Melayu nak juga berniaga tapi ...

     
     
  • SEJAK kenaikan harga makanan dan keperluan dapur melambung, kehidupan Melayu kelas bawahan (marhaen) semakin tak keruan, terutama mereka yang hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru, Pulau Pinang.
  • Serba serbi semakin mahal biarpun kerajaan cuba mengawal harga barangan utama menerusi tindakan penguatkuasaan. Perdana Menteri, timbalan dan barisan kabinet Melayu sama-sama turun padang mengawasi harga dari pasar malam ke pasar pagi, dari warong ke restoran, dan dari kedai runcit ke pasaraya.
  • Namun harga tetap tinggi juga. Bila ada `spot check’ tanda harga murah dipasang, tapi selepas itu harga kembali mahal. Kata peniaga berhemah: “Jangan salahkan saya. Harga borong pun dah mahal. Saya cuma ambil untung sikit je”. Peniaga sombong pula menyebut “Lu mau lu beli la. Lu tamau lu jalan"
  • Lalu Melayu marhaen tecungap-cungap beli barang mahal bagi memastikan keluarga di rumah tidak kebulur. Pelanggan Cina tak sepatahpun mengeluh. Dengan selamba mereka ambil udang, ikan dan daging tanpa banyak karenah. Itu tak hairan kerana kuasa beli mereka tinggi.
  • Bagi Melayu marhaen, mereka kena gandakan kerja `part time’ bagi menampung belanja seharian. Ada juga cuba-cuba berniaga di kaki lima atau bawah pokok untuk meneruskan kahidupan yang sedang dirundung malang.
  • Seperti biasa, penguatkuasa bandaraya atau pihak berkuasa tempatan akan muncul dan menghalau penjaja Melayu dari situ atas nama perundangan. Bila ditanya, mereka jawab: “Nak berniaga kena ada lesen, bukannya susah pun, pergi mohon di pejabat, bukannya kita zalim nak halau kamu sesuka hati” OK. Kita percaya.
  • Lalu peniaga Melayu malang pun bertandang ke pejabat yang disebutkan. Pegawai di situ pun menjawab “Pak Cik, lesen bergerak (lesen kaki lima dan bawah payung) sudah dibekukan. Lesen pasar malam, pasar pagi, pasar tani boleh mohon tapi kami kena check kekosongan. Lesen bangunan kekal kami boleh bagi, tak ada masalah, asalkan pakcik ada lokasi untuk menyewa”
  • Luluh hati Melayu marhaen kerana tidak dapat berniaga di kaki lima dan bawah pokok. Nak berniaga di kedai sudah tentu tak mampu kerana sewanya sangat mahal. Di Bukit Bintang Kuala Lumpur, sewa satu lot restoran RM30,000 sebulan (kalau di Alor Setar baru RM1,500 sebulan). Itu pun berebut-rebut mamak mendapatkan lot niaga Bukit Bintang.
  • Melayu marhaen nak pacak payung saja kat selekoh Bukit Bintang tapi risiko dan dugaannya banyak. Selain dihalau DBKL, puak peniaga haram pun ada kongsi gelap. Mereka tak bagi Melayu meniaga. Hanya puak-puak mereka saja berniaga di situ. Itupun satu hal lagi nak diatasi.
  • Tup-tup Perdana Menteri kata beliau akan arahkan PBT supaya memansuhkan bayaran lesen penjaja kecil seperti mana yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Belumpun sempat arahan itu berkuatkuasa, ramai marhaen Melayu dah pacak warong sana sini dengan anggapan mereka sudah boleh berniaga di mana-mana saja tanpa perlu memiliki lesen.
  • Seperti biasa penguatkuasa datang lagi dan halau mereka. Terpinga-pinga peniaga pabila mendengar sebab yang diberi. “Mansuh bayaran lesen penjaja kecil, bukannya mansuhkan lesen. Ertinya lesen itu sudah jadi percuma dan boleh mohon bila-bila tanpa perlu bayar apa-apa. Namun meniaga tetap perlu ada lesen.”
  • “Satu lagi… itu peraturan di Kedah. Di Kuala Lumpur belum lagi. Jangan suka-suka pacak payong ikut pengumuman TV. Peraturan lulus dalam dewan PBT, bukan dalam TV.”
  • Nah kau. Sekali lagi Melayu marhaen tersepit di penjuru simpang. Mereka terus tewas dalam survival ekonomi. Lantaran itu, ada yang kerja malam di kedai judi siber, ada yang kerja di kelab malam, dangdut, ada juga yang berkecimpung merompak di sana sini.
  • Bila ada pihak menghasut, hati mereka mudah terbakar dan semudahnya menerima pelawaaan berarak di tengah jalan atas pelbagai nama dan tujuan. Si penghasut pula dibayar oleh penaja untuk membayar makan minum Melayu marhaen, asal boleh rampas kuasa dan harta. Melayu marhaen ibu kota sering menjadi mangsa. Diperkuda sana sini dek kerana mahu mencari sesuap nasi.
  • Cerita berlainan kita dengar di lobi hotel, yang mana para penaja demonstrasi berbincang dengan santai. Ada juga soalan cepumas timbul untuk meriangkan suasana “Apakah nasib Melayu marhaen di jalanan ini akan berubah sekelip mata jika kerajaan digulingkan?”
  • Jawab: “Mereka jadi gitu atas kehendak diri sendiri. Ibu kota ini dibina untuk warga berpendidikan dan berpengalaman. Yang miskin tetap miskin kerana mereka memilih untuk berjuang tanpa pendidikan, wang dan kepakaran sebagai persediaan untuk hidup selesa”
  • Soal: “Lalu mengapa kita perlu ajak mereka berjuang di jalan raya?” Jawab: “Kau ada idea lain lebih baik untuk merampas kuasa? Kalau ada sila kemukakan” Gitulah apa yang berlaku di lobi hotel. -- Yang Benar.
  •  

Monday, 27 January 2014

Cerita di hotel dan surau soal cuaca sejuk Malaysia

 
  • KETIKA sebahagian rakyat Malaysia sedang meranduk cuaca sejuk luar biasa sejak kebekalangan ini, kebanyakan umat Islam sudah siap sedia meramal petanda awal kehadiran kiamat.
  • Dari surau, masjid hingga ke kedai kopi, bual bicara pasti menyebut apakah cuaca buruk ini sekadar fenomena sains yang berlaku di muka bumi, atau peringatan terakhir yang ada kaitan dengan hadith Abu Hurairah: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai.”
  • Salji sudah pun di tanah Arab. Cuma tunggu ais mencair menjadi sungai, anak sungai, jeram, dan menyuburkan tanaman di kawasan yang sebelum ini tandus dan kering kontang. Sudah terang lagi bersuloh. Tanda kiamat sudah muncul.
  • Namun lain sekali cerita yang disebarkan oleh cendikiawan Islam yang bersantai di lobi-lobi hotel, mereka mengatakan bumi sedang menempuh fasa zaman ais akibat pergerakan bumi yang pantas.
  • Kata mereka, fasa ais biasanya mengambil masa ratusan ribu tahun, disusuli satu tempoh panas selama 10 hingga 20 ribu tahun. Corak perubahan ini telah berulang lebih 10 kali, sejak sejuta tahun lalu.
  • Pergerakan ais di bahagian utara semasa zaman-zaman ais memberi kesan kepada cuaca bumi, , peralihan lingkungan hujan di kawasan-kawasan selatan. Dengan demikian, semenanjung arab dan gurun sahara di utara Afrika menjadi sebahagian lingkungan hujan yang menerima angin yang bertiup di utara Eropah. Ini akan menyuburkan kawasan gurun, yang bakal dipenuhi lembah-lembah subur dengan sungai-sungai.
  • Dalam konteks Malaysia, apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau sejak kebelakangan ini? Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan cuaca dingin di beberapa kawasan di pantai timur dan utara Semenanjung pada pertengahan Januari 2014 adalah di sebabkan beberapa faktor tertentu.
  • Tiga faktor utama ialah tiupan Angin Musim Sejuk dari tanah besar China, litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia, dan bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum di Malaysia.
  • Berdasarkan kajian juga, cuaca dingin yang luar biasa dan tiupan angin akan berterusan sehingga awal Februari 2014. Selepas itu keadaan akan kembali normal.
  • Persoalannya yang sering dibincangkan di lobi-lobi hotel ialah bagaimana jika cuaca sejuk itu berterusan selepas Februari, Mac dan bulan-bulan selanjutnya. Bualan mereka menjadikan lobi hotel sentiasa penuh bagaikan mereka sedang merayakan Tahun Melawat Malaysia.
  • Apa yang pasti, cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, manakala di Temerloh pula dikatakan mencecah paras 14 darjah Celsius.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan, Kuala Krai, Kelantan, merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.
  • Penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu. Sementara di Jertih, perubahan cuaca mendadak membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.
  • Penurunan suhu dan udara sejuk dialami beberapa daerah di pantai timur merupakan satu rekod baharu. Selain itu, beberapa kawasan lain juga terjejas seperti Pasir Putih, Kota Bharu dan Gong Kedak.
  • Jelasnya di antara punca utama penurunan suhu itu ialah tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat.
  • Fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.
  • Disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa. Dalam masa yang sama, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.
  • Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.
  • Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.
  • Sementara itu, tinjauan di pantai timur mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada tengahari.

Mana pemimpin Melayu Islam yang berani

  • Riduan Tee Abdulah: Mulanya saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.
  • Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.
  • Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.
  • Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.
  • Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.
  • Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.
  • Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.
  • Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.
  • Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.
  • Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.
  • Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.
  • Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.
  • Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.
  • Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.
  • Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.
  • Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.
  • Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.
  • Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.
  • Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
  • Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Ungku Aziz bercerita soal Melayu

 
  • BARU-BARU ini Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid berkongsi pandangan pelbagai isu berkaitan bahasa Melayu, perpaduan kaum dan ekonomi.
  • Soal: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?
  • Jawab: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.
  • Soal: Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?
  • Jawab: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.
  • Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?
  • Jawab: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
  • Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi. Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
  • Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
  • Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri? Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
  • Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.
  • Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?
  • Jawab: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.
  • Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.
  • Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan. Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).
  • Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?
  • Jawab: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.
  • Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu. Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
  • Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.
  • Soal: Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.
  • Jawab: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.
  • Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.
  • Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.
  • Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi. Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.
  • Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.
  • Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan. Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.
  • Soal: Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?
  • Jawab: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas. 

Isu penggunaan kalimah Allah makin tegang

  • PULAU PINANG kian tegang apabila penganut Islam dan Kristian melakukan provokasi melampau dengan memasang kain rentang berkaitan kalimah Allah.
  • Ada pihak meletakkan kain rentang dengan ungkapan “Allah is great (Allah itu hebat)” manakal di pihak lawan pula mereka meletakkan kain rentang “Jesus is the son of Allah (Jesus adalah anak lelaki Allah)” di Pulau Tikus, Sungai Pinang dan Green Lane.
  • Pada mulanya puak pelampau agama hanya memasang kain rentang di Kampung Rawa, Sungai Pinang, namun tidak lama kemudian wujud dua lagi kain rentang serupa di Green Lane dan Pulau Tikus.
  • Perkara ini amat bahaya dan boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini dikecapi rakyat Malaysia.
  • Dipercayai usaha itu akan diteruskan di kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia sebagai tanda peperangan antara Islam dan Kristian di Malaysia yang selama ini tiada kemelut seperti itu.
  • Difahamkan provokasi di pihak pelampau Kristian bertujuan untuk memporak perandakan  keamanan negara sekaligus mengajak rakyat menentang kerajaan.
  • Namun ramai pemimpin masyarakat mahu pihak berkuasa menyiasat pekara ini kerana ia merupakan satu provokasi yang amat bahaya.
  • Di PUTRAJAYA, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi di Pulau Pinang.
  • Beliau berkata, kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
  • “Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati," katanya.
  • Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.
  • Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.
  • “Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik untuk mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan.”
  • Tegasnya, tindakan ini jika tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri akan menjadikan puak-puak pelampau ini bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
  • RUMUSAN: Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja.
  • Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
  • Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
  • “Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.
  • “Ini bermakna bukan Islam tidak mengamalkan agama mereka secara aman damai dan ini boleh mencetuskan perbalahan…kita juga tidak tahu apa motif mereka (pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam),” katanya.
  • Sehubungan itu, selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berkaitan Islam, Ahmad Fairuz berkata pihaknya akan menyiapkan satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
  • Beliau berkata memorandum itu dirangka untuk memohon dan merayu Majlis Raja-Raja yang dianggotai Sultan dan Raja Melayu selaku ketua agama Islam di setiap negeri supaya mengeluarkan satu ketetapan khusus untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan kesucian agama itu.
  • “Memorandum ini juga mengandungi petisyen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang menolak sama sekali sebarang cubaan untuk mengganggu gugat kesucian Islam dan jika tiada sebarang halangan (memorandum) akan diserahkan kepada pihak Majlis Raja-Raja pada penghujung Februari ini,” katanya.

Wednesday, 8 January 2014

Kontroversi isu bughah, halal darah

  • TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA sekali menjadi kontroversi di kalangan umat Islam berikutan kenyataannya mengenai isu bughah, halal darah. Namun kebanyakan media tidak dapat melaporkan kenyataan penuhnya, mengakibatkan berlakunya salah faham, salah tafsir, salah tamsil dan salah pengertian.
  • Rentetan itu pelbagai reaksi diketengahkan dalam media sehingga ada yang mahu ke balai polis kerana bimbang dengan kenyataan Mufti Perak itu. Bagi menyelesaikan polemik agama, kenyataan penuh Tan Sri Harusani perlu disiarkan bagi mengelak salah faham yang tak berkesudahan. Berikut adalah KENYATAAN PENUH Mufti Perak berkaitan isu tersebut.
  • TAN SRI HARUSSANI: Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil.
  • Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak dihalalkan golongan bughah”.
  • Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “bughah” dan demonstrasi. Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemik dan kecelaruan kepada masyarakat.
  • Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ Turun” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
  • Diizinkan ALLAH saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya.
  • Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim.
  • Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
  • Nasihat dan peringatan. Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud:
  • “…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .
  • Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau. Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)
  • Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
  • Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.
  • Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti Parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah.
  • Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.
  • Larangan memberontak. Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
  • “Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada ALLAH ”.
  • Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim.
  • Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada ALLAH dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka. “Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)
  • Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith: “Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)
  • Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.
  • Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab).
  • Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.
  • Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
  • Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
  • Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
  • Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mengulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah. Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
  • Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
  • Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
  • Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.
  • Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan realiti semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha ALLAH dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
  •  
  • Mufti Kelantan pertahan Harussani
  • KOTA BHARU – Kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bukan bermaksud menuduh tetapi bersifat memberi contoh dengan situasi yang berlaku di Himpunan Turun pada malam ambang tahun baharu minggu lalu.
  • Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, situasi di himpunan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkataan bughah dalam istilah fiqah namun ia boleh digunakan bagi tujuan memberi tauladan dan contoh.
  • “Pada pendapat saya, ia hanya contoh, bukan menuduh, tugas kita sebagai mufti adalah untuk memberitahu tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam, tentang fatwa, nasihat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan salah faham.
  • “Kalau mereka (peserta) tidak tergolong dalam contoh yang dinyatakan, maka mereka tidak perlu marah atau terasa hati dengan kenyataan itu, kalau  keluar beramai-ramai tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, itu tidak menjadi masalah, kenyataan tersebut sebenarnya dipolemikkan golongan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
  • Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang tampil membuat laporan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak tersebut.
  • Menurutnya, Harussani  memberikan contoh itu supaya masyarakat Islam yang menyertai himpunan itu sedar tentang apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah.
  • Beliau berkata, sebagai contohnya di negara-negara bergolak lain  mengharamkan himpunan dan demonstrasi yang boleh mengakibatkan kemudaratan kerana ia akhirnya melibatkan kematian.
  • “Tetapi realiti yang berlaku baru-baru ini tidak seteruk negara luar, sebagaimana dalam Fiqah, tetapi, guling dalam istilah syarak adalah dilarang, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
  • “Kalau tunjuk perasaan secara aman, tidak menjadi masalah, tetapi kini apa yang dapat dilihat, masyarakat kurang kefahaman dan kurang kepercayaan kepada institusi fatwa dan ulama, sehingga perkara-perkara seperti ini boleh timbul dan pelbagai pertikaian dari pihak-pihak tertentu, inilah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi sekarang,”katanya.
 
Pemuda Pas buat laporan polis
  • KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut.
  • Timbalan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti itu boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara.
  • Justeru katanya, Dewan Pemuda Pas di seluruh negara perlu mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Harussani, sambil menggesa Mufti Perak itu menarik balik kenyataannya.
  • keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’
Nasruddin: Hukum bughah perlu penelitian
  • TEMERLOH – Menghukum sesuatu kumpulan atau kelompok sebagai bughah memerlukan penelitian dan kajian terperinci kerana boleh mencalarkan imej mufti sekali gus memperlihatkan sudut kurang baik terhadap agama Islam.
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, mufti berperanan mengeluarkan fatwa merungkai kekusutan ummah dalam permasalahan agama juga bertanggungjawab membantu menyatukan ummah, mendidik dan membimbing ke arah Islam.
  • “Sementara suara mufti adalah fatwa yang didengari masyarakat umat Islam, mufti selayaknya bijak dan tepat mengeluarkan fatwa tersebut. Tentu rujukannya al-Quran dan Sunnah, lampiran bukti dan maklumat lengkap dan tepat. Bukan merujuk kepada blogger atau media terbuka yang tiada wibawa dan komitmen taqwa tinggi,” katanya.
  • Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, definisi bughah (penderhaka/pemberontak) pula mengikut istilah syarak ialah golongan umat Islam yang menentang dan menderhaka Ulil Amri, iaitu pemerintah atau kerajaan adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.
  • “Ustaz Dr Mustafa Dib Bugha menjelaskan, bughah merujuk sekumpulan umat Islam keluar dari ketaatan pemimpin benar dan adil, yang dipilih umat Islam. Golongan itu enggan menunaikan kewajipan yang sepatutnya, memerangi umat Islam lain disebabkan ta’wil berbeza dan mendakwa kebenaran di pihak mereka,” katanya.
  • Beliau berkata, sebelum mufti berfatwa mengenai bughah, terlebih dahulu mesti ada fatwa dari mufti mengenai kedudukan sebuah kerajaan yang enggan melaksanakan syariat sebagai dasar, peraturan dan undang-undang negara.
  • Katanya, mufti tidak boleh memejamkan sebelah mata kanannya terhadap kedegilan kerajaan untuk patuh pada syariat dan menjegil sebelah mata kirinya terhadap rakyat yang bangkit secara aman menolak kerajaan yang menindas.