- Sehingga hari ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara bekalan 2,195 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah/kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.
- Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 164,633 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas.
- Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah Kelantan dengan seramai 144,077 pengguna dengan penutupan operasi 1,787 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat).
- Di TERENGGANU, penghentian operasi 131 PE di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula melibatkan 7,281 pengguna manakala di Pahang 13,275 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 277 PE.
- "TNB akan terus memantau pepasangannya seperti pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.
- “Lebih 1,000 warga kerja TNB telah ditugaskan di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu untuk tujuan ini”.
- “Selain tugas-tugas pemantauan pepasangan, kemudahan TNB juga digunakan untuk membantu kerja-kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.”
- "Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454," katanya.
- Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Friday, 26 December 2014
TNB henti sementara bekalan 2,195 pencawang
Pantai Barat hanya banjir kilat, KL dan Kelang mula diserang
- Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan.
- Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
- “Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap,” katanya.
- Beliau tidak menolak kemungkinan episod baharu hujan lebat akan berlaku pada Ahad ini di negeri Pantai Timur.
- Hisham turut menasihati mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berpotensi dilanda banjir agar bersiap sedia.
- Sebelum ini, Hisham dilaporkan berkata ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari dari November hingga Januari 2015 serta kawasan barat Sarawak dan Sabah dari Januari hingga Mac 2015.
- Kelang sudah mula diserang banjir kilat semalam. Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kawasan di Klang dekat sini mengalami banjir kilat, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
- Beliau berkata sehingga pukul 11 pagi ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan.
- Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti dinaiki air ialah di Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa, dengan paras air sedalam 0.5 meter manakala Kampung Budiman, Persiaran Hamzah Alang, Batu 5, Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru dinaiki air sedalam 0.6 meter.
- “Di Taman Sentosa, Klang sebanyak 15 buah rumah dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan dijalankan,” katanya.
- Mohd Sani berkata bagi kawasan Meru pula, sebanyak 12 rumah terlibat dalam kejadian banjir kilat tersebut dan setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai sebagai langkah berjaga-jaga.
- Menurutnya, kejadian banjir kilat di kedua-dua kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang akibat hujan lebat.
- Sementara itu di Kuala Lumpur, hujan lebat berterusan malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.
- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan pada 10.45 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
- “Bomba mendapati jalan tersebut mengalami banjir kilat dan paras air telah naik setinggi pembahagi jalan hingga memerangkap lima buah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
- Sementara itu, laman Twitter Informasi Bencana @PortalBencana dan PBanjir KL @PBanjirKL melaporkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air dan mengalami banjir kilat.
- Informasi Bencana @PortalBencana melaporkan Kampung Padang Balang berhampiran Sungai Gombak mengalami banjir kilat pada 12.12 pagi dan surut hampir sejam kemudian.
- PBanjir KL @PBanjirKL pula melaporkan, Kampung Puah dinaiki air sedalam 0.6 meter, Jalan Tun Razak berdekatan bangunan PERKIM, Jalan Rahmat (0.3-0.6 meter) dan Jalan Sentul Manis, Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh mengalami banjir kilat. Air mula surut di jalan berkenaan pada 12.11 pagi. - BERNAMA
Banjir menyelinap ke Johor
- Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.
- Di Johor, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.
- Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.
- "Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.
- Di Kelantan, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.
- Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.
- Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.
- Di Terangganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.
- Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272). Di Kedah, jumlah mangsa banjir menurun kepada 96 berbanding 157 orang pagi tadi.
- Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah, Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata dua pusat pemindahan di daerah Padang Terap di Dewan Kampung Tanjung Piring dan Dewan Kampung Sungai Kap ditutup pada 9.55 pagi.
- Dua lagi pusat pemindahan yang masih dibuka ialah Dewan Petunas Felda Lubuk Merbau bagi daerah Padang Terap dan SK Sungai Kecil Ulu, Mukim Bagan Samak bagi daerah Bandar Baharu.
- "Dua lagi pusat pemindahan dijangka ditutup dalam masa terdekat tetapi kami masih menunggu pengesahan daripada pejabat daerah terlibat," katanya kepada Bernama hari ini.
- Cuaca baik sejak awal pagi mungkin menjadi faktor utama banyak tempat yang dilanda banjir sejak semalam, beransur pulih. - Bernama
Bekalan makanan di Pantai Timur hampir habis
- Banjir yang melanda Kelantan lebih seminggu lalu hampir memutuskan semua bekalan barangan keperluan harian di beberapa daerah kritikal termasuk Kota Baru.
- Kebanyakan pasaraya dan kedai runcit kehabisan barangan seperti telur, beras, roti sejak dua hari lalu berikutan pembelian panik yang dilakukan orang ramai. Bekalan ikan bilis dan sayur-sayuran juga habis kerana ramai yang membuat pembelian panik, walaupun peniaga tidak membenarkan belian borong.
- Masih ramai rakyat Kelantan berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan dan air bersih walaupun bantuan disalurkan pelbagai pihak. Ini kerana ada kawasan terputus, manakala bekalan makanan hanya disalurkan di kawasan pemindahan mangsa banjir sahaja.
- Mengenai situasi mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang (pagi ini) dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.
- Pahang paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam.
- Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
- Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.
- Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).
- Di Kelantan, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.
- Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.
- Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).
- Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.
- Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.
- Di Terengganu, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang semalam.
- Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.
- Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286). Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.
- Di Perak, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam tadi.
- Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga. Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.
- Di Kedah, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi ini, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah.
- Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan. - Bernama
Wednesday, 24 December 2014
Malaysia gesa INTERPOL kemuka bukti jenayah al Qardawi
- Polis Antarabangsa (Interpol) digesa mengemukakan bukti terlebih dahulu bahawa ulama terkenal Mesir, Dr Yusuf al Qaradawi terlibat dengan aktiviti menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa seperti mana yang didakwa.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya pihak terbabit gagal mengemukakan bukti tersebut adalah perlu waran tangkap itu ditarik balik.
- “Situasi yang sangat sedih apabila seorang tokoh Islam yang berpengaruh dan memberi pandangan yang baik diperlakukan begitu. Saya berharap Interpol kemuka bukti terlebih dahulu terhadap penglibatan beliau yang dikatakan berbahaya itu dan umumkan kepada dunia,” katanya.
- Dalam pada itu ABIM naik angin apabila Interpol menuduh al Qardawi menggalakkan rakyat Mesir melakukan pembunuhan dan vendalisme itu merupakan satu fitnah yang tidak berasas.
- Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, waran tangkap itu dipercayai atas permintaan regim Al-Sisi yang penuh dengan dendam.
- "Kita nampak waran Interpol yang diminta oleh regim Al-Sisi adalah satu permintaan yang penuh dengan fitnah tidak berasas. Al Qardawi sendiri memang minta supaya orang muda menunjukkan contoh dengan membersihkan Dataran Rabiah selepas tunjuk perasaan itu," katanya.
- Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Al Qardawi yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan. Waran tangkap itu dikeluarkan selepas ulama itu dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
- Menurut laman webnya, notis merah terhadap al Qardawi, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
- Antara tuduhan terhadapnya ialah menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara serta aktviti vendalisme dan kecurian.
- Dalam pada itu, Abim membantah tindakan itu sambil menyifatkan permintaan kerajaan Mesir itu mempunyai dendam dan mengamalkan sikap double standard.
- "Regim Al-Sisi telah membebaskan Husni Mubarak daripada semua tuduhan tetapi cuba mensabitkan al Qaradawi dengan tuduhan yang tidak berasas. Sedang masyarakat mengetahui penindasan yang dilakukan oleh Husni Mubarak terhadap pejuang agama Islam (ulama) di Mesir," ujarnya.
- Sehubungan itu, Abim juga mengesa kerajaan Malaysia supaya menyatakan pendirian tegas terhadap tindakan Interpol itu.
- "Malaysia telah mengiktiraf ketokohan al Qaradawi, sudah tentu Malaysia sendiri ada asas untuk menyatakan sikap berubah iaitu membantah pengeluaran waran tangkap Interpol itu," katanya lagi.
- Manakala Pertubuhan Usahawan Halal Muslim Malaysia menyeru supaya NGO Islam lain bersatu mendesak kerajaan membantah tindakan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap al Qardawi yang dibuat berdasarkan permintaan Kerajaan Mesir.
- Naib Pengerusinya, Kamal Ariffin Abdul Rahman berkata, al-Qaradawi merupakan ulama yang mempraktikkan kesederhanaan seperti yang dituntut Islam dalam menyebarkan dakwah dan bukannya individu yang menyokong keganasan seperti yang didakwa.
- “NGO Islam sepatutnya menyokong kerajaan untuk membantu al-Qaradawi. Ini adalah satu bentuk ketidakadilan terhadap seorang tokoh ulama Islam yang telah banyak menyumbang kepada dunia. Atas alasan apa al-Qaradawi perlu ditahan? Tiada sebab sebenarnya ulama itu ditahan. Bukannya teori keganasan telah disebarnya,” katanya.
- Sementara itu, Pengerusi Khidmat Masyarakat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Ir Dr Faizul Amri Adnan berkata, jelas sekali itu adalah tindakan songsang yang dilakukan ke atas al- Qaradawi yang telah memberi begitu banyak sumbangan kepada dunia Islam.
- “Setelah begitu banyak sumbangan beliau berikan, ini balasan terhadapnya? Jelas sekali, sangat pelik tindakan mereka. Saya fikir waran tangkap itu tidak boleh diterima akal," katanya.
- Apapun, kata Faizul Amri, kita tidak seharusnya emosi dan perlu tenang menghadapinya meskipun umat Islam di Malaysia kini ramai yang bersimpati kepada al-Qaradawi. Saya percaya seluruh umat Islam dunia tahu isu ini,” katanya.
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia turut mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Interpol menarik balik notis tersebut dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.
- Dalam perkembangan yang sama Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Al-Qaradawi.
- Timbalan Presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus mendakwa tindakan itu berpunca daripada bantahan berterusan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi terhadap Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013.
- "Ikram berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana beliau adalah seorang ulama kontemporari yang moderat serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.
- "Kami meminta agar Interpol menarik balik waran tangkap ke atas Al Qardawi kerana pertuduhan ke atas beliau adalah tidak munasabah sama sekali," katanya dalam satu kenyataan.
- Sehubungan itu, Hasanuddin menggesa kerajaan agar bersikap tegas dan mengambil tindakan segera terhadap tindakan Interpol itu.
- "Malaysia digesa menggunakan kedudukannya selaku ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pengaruh dalam Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik dakwaan terhadap tokoh dunia Islam itu. Ikram juga merayu kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat mendoakan keselamatan dan kesihatan tokoh ulama besar tersebut," katanya lagi.
Tuesday, 23 December 2014
Asas kekuatan Melayu mudah dilarutkan
- Tema yang hendak dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah soal betapa perlunya unsur perpaduan dalam memastikan kuasa politik terus dapat dipertahankan oleh orang Melayu.
- Katanya, hakikat perwakilan politik Melayu kini diungguli tiga entiti politik – Umno, PAS dan PKR -- menonjolkan realiti bahawa kini asas kekuatan politik Melayu amat mudah dilarutkan.
- Walaupun orang Melayu mempunyai kelebihan membentuk seramai 60 peratus daripada keseluruhan pemilih dalam sistem demokrasi negara, kini ada tiga parti yang menawarkan khidmat kepimpinan politik kepada mereka.
- Hukum akal mengatakan jika peratusan ini dibahagi secara saksama, setiap parti akan dapat meraih kira-kira 20 peratus sokongan Melayu sepihak.
- Ini bermakna jika dikumpulkan sokongan Melayu kepada PAS dan PKR di bawah satu payung Pakatan Rakyat, 40 peratus Melayu masih belum boleh membentuk sebuah kerajaan majoriti di Malaysia.
- Ini bermakna jika mahu mendapat kuasa politik dan memerintah negara ini, sudah tentu, PAS dan PKR perlu kepada bantuan dan ihsan politik daripada rakyat bukan Melayu.
- Bagi memudah bicara, Tun Mahathir mengkelompokkan pengundi bukan Melayu sebagai Cina dan menyebut ihsan politik yang diperlukan itu tentulah daripada rakyat kelompok ini.
- Kini pola kesatuan politik pengundi Cina yang mewakili bukan Melayu ialah DAP. Lantas yang memegang teraju “kata putus” dalam menentukan sama ada kuasa politik selama 57 tahun yang didominasi Melayu-Umno, bakal berpindah ke tangan DAP.
- Malah trend pilihanraya umum lalu menunjukkan memang magnet politik di Malaysia ialah DAP. Ia memenangi 38 kerusi parlimen berbanding 30 PKR dan 21 PAS.
- Mujur realiti politik tidak begitu mudah dicongak. Dalam PRU lalu, Umno sendirian memenangi 88 daripada 120 kerusi parlimen yang ditandinginya. Umumnya boleh disimpulkan PKR dan PAS kini mempunyai 46 (PAS 21, PKR 15) kerusi parlimen Melayu.
- Memang ada banyak faktor yang menentukan kemenangan ketiga-tiga parti berteras Melayu ini. Paling utama ialah soal sokongan dan tokokan undi daripada bukan Melayu. Sebab itu kerjasama dengan parti bangsa lain itu penting.
- Sesungguhnya Tun Mahathir yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun cukup akur hakikat ini. Yang menjadi fokus sekarang ialah adakah status quo politik ini wajar dipertahankan?
- Tamadun manusia menunjukkan bahawa jika terlalu lama sesuatu kaum majoriti di sesebuah negara dinafikan kelebihan bilangan mereka untuk memerintah dan memeta halatuju negara, ia akan pasti menjadi “ancaman” kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara itu sendiri.
- Lambat laun faktor bilangan ini akan meluapkan semangat kaum teras untuk menuntut tempat mereka dalam hiraki pentadbiran negara. Malaysia belajar mengenai hakikat ini pada tahun 1969. Sejarah Afrika Selatan juga tidak jauh berbeza.
- Apabila soal “bilangan” tidak disaksamakan dengan faktor “hak”, pasti ia akan memercikkan kecurigaan, iri hati, kebencian dan mengundang keganasan.
- Maka fokus Tun Mahathir membangkitkan soal kuasa Melayu ini adalah bagi meraikan hakikat bahawa perhatian harus diberi kepada pembelaan orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi bangsa teras di negara ini.
- Namun memang menjadi ragam siasah, setiap kenyataan politik akan mengundang pelbagai reaksi dan serangan daripada parti pesaingnya jua.
- PKR segera menegaskan bahawa soal hilang kuasa politik Melayu bukan masalahnya kerana ia adalah sebuah parti berbilang kaum. Sementara DAP pula menyindir bahawa yang lebih gusar Melayu hilang kuasa politik ialah Umno.
- Isu sebenar di sebalik kemelut dan dilema politik Malaysia ialah masih perlukah ada konsep bangsa teras dalam membina sesebuah negara?
- Jika diperinci senario di Malaysia hari ini, konsep inilah yang cuba hendak dikuburkan oleh Pakatan Rakyat.
- Dengan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR menggembleng masa dan tenaga untuk meleburkan dominasi Umno dan memusatkan perhatian orang Melayu kepada partinya (dan mungkin juga PAS), ia secara langsung menghakis pengaruh dan kuasa politik Melayu.
- PKR nampaknya menjadi agen kepada DAP untuk melabelkan suara majoriti Melayu – Umno – sebagai bersikap rasis dan jika mereka cuba kembali berpegang teguh kepada agama mereka – Islam – akan dijenamakan sebagai ekstremis pula.
- Demikian ialah gula-gula politik PKR untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu ia berjuang untuk kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia. Walhal hasrat asasnya ialah untuk menggunakan bukan Melayu untuk melonjakkannya berkuasa.
- PAS pula teruja untuk turut menyambar kuasa dengan bantuan, kerjasama dan ihsan DAP. Sebab itu ia dalam Pakatan Rakyat. Status ini dihalalkan dengan menjaja konsep tahaluf siyasi.
- Namun kini apabila sudah terang dan nyata bahawa DAP apabila sudah mula selesa dalam kedudukan sebagai “tauke kuasa politik” di Malaysia, ia menunjukkan sikap tidak perlukan sangat sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat.
- Kini dengan gigih dan celuparnya DAP menyindir dan mencela PAS kerana perjuangan hudud yang dianggap “nyawa”nya dan memperlekeh sistem kepimpinan PAS di hadapan khalayak.
- Reaksi kalangan ulama PAS adalah tegas – sama ada DAP suka atau tidak, hudud tetap diteruskan juga. Namun sedihnya, ada pula di pemimpin “progresif” PAS yang “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” masih mahu menatang DAP “bagai minyak yang penuh” dan mahu tahaluf siyasi dipertahankan.
- Bagi DAP, sokongan PKR sudah memadai. Memahami bahawa PKR pun mempunyai ramai keahlian bukan Melayu, kerjasama dengan parti itu adalah “selamat” bagi DAP untuk merebut fungsi penentu halatuju politik Malaysia.
- Dalam konteks ini di mana salahnya jika Tun Mahathir menyatakan parti-parti politik Melayu seperti PKR dan PAS terpaksa “mengemis” kuasa politik daripada parti orang-orang Cina (bukan Melayu)?
- Bagaimanapun dalam kes Umno, ia memang sudah lama insaf keperluan bekerjasama dengan rakyat keturunan bukan Melayu memeta pembangunan Malaysia berdaulat, bermula dengan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional.
- Namun dalam kes PKR terutamanya ia adalah sebuah parti politik yang mendakwa berbilang kaum tetapi sebenarnya kini sedang membuka pintu kuasa Malaysia kepada bukan Melayu.
- Yang dikhuatiri Tun Mahathir ialah Melayu nanti “menang sorak tetapi kampung tergadai”. Berjaya tumbangkan Umno tetapi DAP pula yang mendalangi kuasa politik Malaysia. PKR hanya tempelan wajah Melayu tetapi bakal jadi pak turut DAP sahaja. – Oleh: Zainal Salleh
Jakarta sunk 4 meters over the past 3 decades
- Greater Jakarta, an agglomeration of 28 million people, sits on a swampy plain that has sunk four meters over the past three decades.
- "Jakarta is a bowl, and the bowl is sinking," said Fook Chuan Eng, senior water and sanitation specialist with the World Bank, who oversees a US$189 million (RM661 million) flood mitigation project for the city.
- The channels of the Ciliwung and other rivers are sinking. The entire sprawl of Jakarta's north coast – fishing ports, boatyards, markets, warehouses, fish farms, crowded slums and exclusive gated communities – it's all sinking. Even the 40-year-old seawall that is supposed to keep the Java Sea from inundating the Indonesian capital is sinking.
- Just inside the seawall sits Muara Baru, a kampung that is home to more than 100,000 people. It is now at least 1.8m below sea level, and residents like Rahmawati, a mother of two small children, gaze upward from their front stoops to view the sea.
- "When there's a high tide, the ships float almost at the same height as the seawall – we can see the ships from here," said Rahmawati.
- Flooding from overflowing rivers and canals in the area is at least an annual event that forces Rahmawati and the rest of the kampung to evacuate to public buildings nearby. High-water marks from the last big flood, in 2013, are still visible on the walls of the kampung.
- ‘Worst sinking city’ - Jakarta is sinking because of a phenomenon called subsidence. This happens when extraction of groundwater causes layers of rock and sediment to slowly pancake on top of each other.
- The problem is particularly acute in Jakarta because most of its millions of residents suck water through wells that tap shallow underground aquifers. Wells also provide about a third of the needs of business and industry, according to city data.
- "It's like Swiss Cheese underneath," Fook said. "Groundwater extraction is unparalleled for a city of this size. People are digging deeper and deeper, and the ground is collapsing."
- The effect is worsened by the sheer weight of Jakarta's urban sprawl. Economic development in recent decades has transformed the city's traditional low-rise silhouette into a thickening forest of high-rise towers. The weight of all those buildings crushes the porous ground underneath.
- Previous articles in this series have focused on rising seas, which are climbing as the warming atmosphere causes water to expand and polar ice to melt. Ocean levels have increased an average of 20cm globally in the past century, according to the United Nations-backed Intergovernmental Panel on Climate Change.
- But in many places – from metro Houston, Texas, and cities on the US East Coast to the megacities of Southeast Asia – the impact of subsidence, due mainly to groundwater extraction, has been greater. Manila is sinking at a rate of around 9cm a year. Ho Chi Minh City, Vietnam, is subsiding 7.6cm a year, and Bangkok around 2.5cm.
- This has been happening even as populations around the world have tended to concentrate along low-lying coastal land. In 2010, an estimated 724 million people around the world lived in what researchers consider low-elevation coastal zones – coastal areas 10m or less above sea level. That number increased 34% from 538 million people in 1990, according to a Reuters analysis of data developed by the Socioeconomic Data and Applications Centre at Columbia University.
- The phenomenon has been most pronounced in Asia, home to the top five nations in terms of population growth in vulnerable coastal areas. In China, that population rose 29% to 162 million during the 20-year period; in India, the increase was 43% to 88 million; and in Bangladesh, it was 46% to 68 million.
- In Indonesia, the number of people living in vulnerable coastal areas was 47.2 million – one of the highest totals in the world, and up 35% since 1990.
- Higher seas, sinking cities and more people mean worsening impacts from storms and floods. And the frequency of these events is increasing, too. Recorded floods and severe storms in Southeast Asia have risen sixfold, from fewer than 20 from 1960 to 1969 to nearly 120 from 2000 to 2008, according to an Asian Development Bank study.
- No city is subsiding faster than Jakarta. As a whole, the city is sinking an average of 7.6cm a year, far outpacing the one-third inch annual rise in mean sea level in the area. The coast near Jakarta is sinking at a much greater average of 15cm a year – and in some places as much as 28cm – according to a 10-year study by a team of geodynamics experts from the Institute of Technology Bandung.
- Today, 40% of the city is below sea level. "Jakarta is the world's worst sinking city," said JanJaap Brinkman, a hydrologist with the Dutch water research institute Deltares, who has spent years studying the city's subsidence and helping devise solutions for it.
- Little can be done to halt the slow upward creep of the seas. But it is possible to stop subsidence. Jakarta has regulations limiting the amount of water that can be extracted daily from licensed wells. A public-awareness campaign on television urges viewers to "save groundwater for the sake of our nation." But enforcement is weak, and illegal wells are rife in the city.
- About three-fourths of residents rely on groundwater. Many of them are refusing to connect to the piped water distribution system because it is more expensive, is not always available and sometimes looks dirty coming out of the tap.
- The city has a moratorium on new mall construction, mainly to ease notorious traffic congestion, but has otherwise not tried to temper the building that weighs on the ground below.
- Watershed moment - Unable to stop itself from sinking, Jakarta has focused its attention on walling off an inevitable inundation from the sea. A February 2007 storm was literally a tipping point for moving the government to act.
- A strong monsoon storm coinciding with a high tide overwhelmed ramshackle coastal defences, pushing a wall of water from Jakarta Bay into the capital. It was the first time a storm surge from the sea had flooded the city. Nearly half of Jakarta was covered by as much as 4m of muddy water. At least 76 people were killed, and 590,000 were left homeless. Damage reached US$544 million.
- As Jakarta cleaned up, then-president Susilo Bambang Yudhoyono formed a task force to come up with a strategy to deal with more frequent flooding.
- One option discussed was to move the overcrowded capital to higher elevations southeast of the city or to another island altogether, said Robert Sianipar, a top official from the Coordinating Ministry of Economic Affairs, which convened the task force. With 5,585 people per square km, Jakarta is among the 10 most densely populated cities in the world.
- Another thought was simply to abandon the old city district of north Jakarta. Both ideas were dismissed. Jakarta is the economic hub of Indonesia, contributing 20% of the nation's gross domestic product. Allowing the sea to claim 40% of the capital city, home to nearly half of Jakarta's population, was unthinkable, Sianipar said.
- "If we abandon north Jakarta, that would cost US$220 billion in assets – not to count the number of people and productivity that would have to be replaced," he said.
- The group decided to focus on bolstering coastal defences and refurbishing the crumbling flood canal system. The Dutch government offered technical assistance.
- The height of the existing 32km seawall was raised in 2008. But as that structure slips under the waves, it offers little protection against another big storm surge, or even a moderately high spring tide. At high tide in some places, the city's old seawall can barely be seen poking above the water's surface, both because the sea is rising and because the wall itself is sinking into soft alluvial sediments.
- The World Bank warned in a 2012 report that catastrophic floods would soon become routine in Jakarta, "resulting in severe socio-economic damage."
- The task force was still trying to decide on an overall strategy when the World Bank's prediction came true in January 2013: parts of the city were submerged under 1.6m of water after a heavy monsoon storm. Days later, Susilo ordered the task force to take a bolder approach.
- The result was the National Capital Integrated Coastal Development Master Plan, better known as the "Giant Sea Wall" or the "Great Garuda," for its resemblance from the air to the bird-god of Hindu mythology that is Indonesia's national symbol. The US$40 billion complex will include a 24km outer seawall and 17 artificial islands that will close off Jakarta Bay.
- Construction of the first stage of the plan, a new 1.8m-wide inner seawall just behind the existing one, was launched on October 9. The inner seawall is aimed at buying time, holding off another inundation until the new outer wall of the Great Garuda provides long-term protection.
- The Great Garuda won't, however, restore the flow of some of the sinking city's 13 rivers and various canals into Jakarta Bay.
- Some of the channels drain into floodwater retention lakes, a magnet for new migrants from outlying provinces who squat illegally around their perimeters. Pumping stations then spew the highly polluted water from these lakes the last few hundred yards into Jakarta Bay.
- More and bigger such lakes will soon be needed to discharge the water of all other rivers and canals, including the large flood canals, according to the NCICD Master Plan.
- "You're talking about pumping lakes up to 100 sq km," said Victor Coenen, Indonesia chief representative for Dutch engineering and consulting firm Witteven+Bos, who was part of the government's Dutch consulting team. "Where do you find room for that in a densely populated city?"
- The Great Garuda would solve that problem by creating a single gigantic storage lake in Jakarta Bay, enclosed by the inner and outer seawalls and fed by pumping stations onshore. "If it comes to that, I'd prefer to have the one big black lagoon offshore," Coenen said.
- To prevent the Great Garuda from looking like a great black lagoon, the city must address another huge priority – providing clean piped water to most of its citizens and setting up waste treatment facilities so the rivers and canals no longer have to function as open sewers.
- ‘Not a drop to drink’ - Jakarta under Dutch rule was known as Batavia, styled "the Queen of the East" for its distinctive colonial architecture and tree-lined canals. Closer inspection of the coast revealed "a dismal succession of stinking mud-banks, filthy bogs and stagnant pools (that) announces to more senses than one the poisonous nature of this dreadful climate," British writer John Joseph Stockdale observed in his 1811 book, "Island of Java".
- Then as now, "stagnant canals" functioned as open sewers and exhaled "an intolerable stench." In the wet season, "those reservoirs of corrupted water overflow their banks in the lower part of town, and fill the lower stories of the houses where they leave behind an inconceivable quantity of slime and earth".
- Today, the city has just one small wastewater treatment plant that serves the central business district. Almost everyone uses septic tanks or dumps waste into neighbourhood sewers that flow into the canal system.
- The slime has mounted over the centuries in the canals, and their embankments have risen in a failing effort to contain the floodwaters. The canals that flow to the sea or into the coastal retention ponds have lost up to 75% of their capacity, said Brinkman.
- The city is near the end of a three-year project to deepen the canals and increase the height of their walls. But the homes alongside them are often below the level of the canals now, leaving no "vertical escape" to the rooftop in a flood, he said.
- A city with an extensive canal system and a tropical rainforest climate should not have a water shortage. Yet only about a quarter of Jakarta's population is connected to the city's piped water system. Half draw their water from wells, and the other quarter buy from vendors who get their water from both legal and illegal public wells.
- Some city residents who could have access to piped water prefer to use groundwater because connection fees – a month's minimum wage – and additional charges on the bill make it much more expensive than a backyard well.
- Piped water is also unpopular because it is often filthy when it comes out of the tap. There's a good reason for that: half of Jakarta's water supply comes from the basin of the Citarum River, which the Asia Development Bank has dubbed "the world's dirtiest river".
- It is so clogged with industrial and agricultural effluents and waste from the teeming settlements along its banks that it almost seems like you could walk across parts of the river.
- Groundwater is hardly better. Nearly 70% of the wells in the city are contaminated by the E. coli bacteria from leaking septic tanks, according to a study conducted by the city government.
- The water crisis has been a boon to the increasing ranks of water vendors who drag long carts filled with 20-litre jerrycans of water around the kampung. One jerrycan costs about 500 rupiah (15 sen).
- They are especially prevalent in the coastal districts, where subsidence has allowed saltwater to flow into the water table, making well water undrinkable. And in some areas along the coast, piped water is only sporadically available during the day.
- The Jakarta government does not publish data on the volume of groundwater use. But the city's new governor, Basuki Tjajaja Purnama, said illegal use of groundwater had reached "alarming levels".
- He said he will start enforcing a 2008 law that imposes fines of up to 1 billion rupiah and jail terms of six years for those who misuse groundwater.
- The concrete jungle is not only an intensive water user, it has also taken over natural drainage sites and green areas, preventing the water tables below from being recharged. Instead of seeping into the ground, monsoon rains now wash into the canals and out to the sea.
- In 2009, the Ministry of Environment came up with a novel idea to restore the water tables: it issued a decree requiring homeowners and commercial buildings to store rainwater in 92cm-deep "biopore cylinders" on their properties to absorb and store rainwater. The decree has no enforcement mechanism, and the city environment ministry could not say how many cylinders had been installed.
- On the move - The city has recently tried another tack in its water wars: evicting settlers to create green areas along the coast.
- Tens of thousands of squatters occupy large swathes of the Muara Baru kampung, behind the seawall and around a retention pond, scavenging, collecting green mussels or shrimp from the dirty water, or picking up work in the boatyards.
- Every year, the floods come, people evacuate to public buildings, and the kampung sinks some more. "It's not that bad," says Sukiman, a 41-year-old father of three and a neighbourhood chief in Muara Baru. "We can live here."
- But Muara Baru's days appear to be numbered. The city has begun shifting the residents to create green space and to restore the Pluit retention pond, which had become clogged with rubbish and waste.
- Those who have a residency card may be eligible to get an apartment in new high-rise public housing projects. Those buildings, going up alongside luxury apartments and retail stores, will add to the weight pressing down on steadily subsiding land and – as with other besieged coasts around the world facing rising sea levels – only worsen the problem. – Reuters
Monday, 22 December 2014
ASTRO didakwa wujudkan peraturan anti Islam
- Rakyat Malaysia gempar apabila seorang lelaki berbangsa Melayu yang merupakan peruncit (retailer) produk Astro mendakwa syarikat telekomunikasi itu mengamalkan sikap `anti Islam’ ketika mengendalikan urusniaga.
- Berikut merupakan aduan beliau yang disiarkan di dalam Facebook: Salam. Saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari Astro tentang syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula-mula saya biarkan je, tak ambil port (tak ambil kisah). Tapi semalam, tujuh pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya.
- Saya call validation department. Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama Islam dalam Mykad pemohon itu. Saya Tanya kalau agama lain macam mana? Mereka jawab agama lain taka pa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan. Kalau pemohon beragama Islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam itu, baru permohonan diterima. Takkan nak cari rezeki, saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. (sumber Facebook oleh BBCD Is Back).
- Peruncit itu juga menyiarkan surat jawapan dari Steven Soh, Director Sales and Distribution Customer Division ASTRO yang menulis seperti berikut: Greenfield new booking policy (Amended) – Further to our trade dated 23rd Sept 2014, please note that we have revised the new booking policy for Greenfield submission. Effective from 21st Nov 2014: (1) NRIC or passport with religion MUST be masked due to PDPA on religious-Islam. (2) Passport, IMM13 & NRIC for temporary residence MUST be valid with at least 6 months validity period. (3) All photocopied NRIC, army ID, navy ID, passport, IMM13 must display ASTRO name on the top left corner. Failing which to comply with the above procedures will lead to sales order rejected by the validation team. – STEVEN SOH.
- Pekara pertama bermaksud: Berkuatkuasa 21 Nov 2014, semua kad pengenalan atau passport yang dilengkapi agama MESTI ditutup (masked) bagi mematuhi peraturan (PDPA) berkaitan agama Islam.
- Rakyat Malaysia terkejut dengan surat Steven Soh yang menyatakan peraturan Astro seperti itu. Perenggan berkenaan jelas menunjukkan bahawa Astro ternyata anti agama Islam, sedangkan penganut agama lain dibenarkan mempamerkan kad pengenalan dan passport masing-masing.
- Beberapa NGO Islam yang menerima viral daripada peruncit produk Astro itu bercadang mahu membuat aduan kepada pihak polis berkaitan peraturan Astro yang jelas menunjukkan sikap anti Islam.
- Pada masa yang sama mana-mana peruncit lain yang menerima nasib yang sama, dikehendaki menyiarkan masalah mereka di media sosial agar pekara itu dapat diketengahkan kepada umum.
- Setakat ini belum ada mana-mana syarikat di Malaysia (selain Astro) yang meletakkan peraturan sedemikian pelik dan anti-Islam.
Siapa perosak MAS
- SEBAGAI individu yang dipertanggungjawabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk membuka syarikat penerbangan negara bernama Malaysia Airlines (MAS), tiada apa yang lebih mengecewakan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman apabila melihat syarikat yang dahulunya gah terbang di udara kini hampir menyembah bumi.
- Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992.
- Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
- “MAS sejak 20 tahun lepas telah rugi banyak dan sekarang ini ada liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta. Banyak harta terutama bangunan termasuk ibu pejabat di Kuala Lumpur telah dijual dan merata pejabat (MAS) di dunia telah dijual.
- “Kerajaan melalui duit pembayar cukai telah rugi berbilion ringgit. Ramai rakyat rugi berbilion ringgit sebab saham yang dibeli mula-mula pada 1985 bernilai RM11.50, sekarang terpaksa jual 27 sen. Kini, kakitangan pula akan dipecat seramai 6,000. Oleh sebab ini semua, adalah perlu bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat punca semua ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.
- Katanya, suruhanjaya itu juga boleh mengesyorkan cara MAS perlu diurus pada masa akan datang sebagai syarikat kebangsaan. Ternyata jiwanya masih teguh bersama MAS apabila Abdul Aziz kini menjadi Pengerusi Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan ia sedia mengambil alih beberapa aset MAS untuk membantu menyelamatkan syarikat itu.
- Apa kata beliau mengenai pelan pemulihan semula MAS yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd, cadangan Jentayu Danaraksa untuk membantu MAS serta harapan Tun Abdul Razak untuk melihat MAS sentiasa membawa nama negara di seluruh dunia.
- Boleh Tan Sri kongsi sedikit latar belakang Jentayu Danaraksa?
- Syarikat ini ditubuhkan untuk ambil alih (aset MAS), buat sementara waktu ini. Tujuan kita nak ambil bahagian dalam perniagaan penerbangan. Jadi ini (penstrukturan semula MAS) satu peluang bagi kita untuk buat cadangan untuk memulihkan MAS. Saya sendiri terlibat dalam MAS sudah lama.
- Adakah Tan Sri rasa pelan pemulihan MAS oleh Khazanah tak memuaskan?
- Ada perkara dalam pelan (12-poin) Khazanah yang saya musykil. Saya tanya mereka pun, jawapan yang saya dapat tidak memuaskan. Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.
- Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soal lah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur, dan pengurusan tak buat apa-apa.
- Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.
- Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.
- Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.
- Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata it’s not apples to apples.
- Kenapa tidak boleh bandingkan begitu, Tan Sri?
- Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.
- Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.
- Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.
- Dia nak buat satu syarikat penerbangan baru nak guna 14,000 kakitangan sahaja. Boleh lah jika dia ada laluan yang setanding dengan syarikat lain. Persaingan hebat sekarang ini.
- Dan kemudian dia nak mulakan syarikat baru ini dalam Julai tahun depan. (Pada) hujung 2015 atau awal 2016, sudah ada (polisi) langit terbuka Asean. Bolehkah guna 14,000 orang untuk (bersaing di) langit terbuka? Ini yang saya tak percaya bahawa pelan dia itu boleh berjalan baik.
- Boleh Tan Sri jelaskan lebih terperinci mengenai dasar langit terbuka Asean dan kesannya?
- (Dasar) langit terbuka ini maknanya semua syarikat penerbangan dalam Asean boleh beroperasi di negara sendiri dan mana-mana negara lain dalam Asean. Kita pun boleh buat, kita pergi Singapura-Jakarta, atau Singapura-Bandung, Singapura-Filipina.
- Sekarang tak boleh, kena ada perjanjian dua hala. Syarikat lain akan buat begitu di Malaysia, persaingan akan menjadi lebih hebat. Adakah kita tidak akan menyahut cabaran ini?
- Kalau nak sahut, mesti kena ada kapal terbang lebih, pekerja lebih. Bukan sekadar 14,000 orang. Ini terlalu awal dia tetapkan (perlukan) pekerja 14,000 (sahaja). Padahal pelan perniagaan dia tiada lagi. Laluan semua tak sebut. Ini yang jadi masalah.
- Kalau (Khazanah) boleh jawab semua ini, tak apa lah. Saya (bercakap) sebagai seorang warganegara dan ramai orang yang berharap pada saya untuk beri penjelasan tentang perkara ini sebab mereka tahu saya 20 tahun lebih dalam MAS.
- Selain pembuangan pekerja, apa lagi keputusan Khazanah yang Tan Sri rasa tak perlu dibuat?
- Saya rasa nak ambil orang luar (Christoph R Mueller dari syarikat penerbangan nasional Ireland) jadi ketua pegawai eksekutif. Itu tak perlu. Kita nak bawa dia untuk menguruskan syarikat baru. Apabila dia datang, dia urus syarikat baru, syarikat lama tak ada lagi.
- Syarikat baru, bukan nak memulihkan. Syarikat baru (operasi) baru, pulih apa lagi. Kapal terbang sudah ada, ambil dari sini (MAS) angkat pergi sana (MAS NewCo), pekerja sudah ada. Laluan sudah ada lama. Pasal apa nak ambil orang luar, nak memulih apa.
- Itu satu, yang keduanya, orang asing ini dia tak tahu budaya negara kita. Dia tak tahu polisi kerajaan. MAS ini syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Orang yang tadbir GLC mesti tahu dasar kerajaan dalam mengambil pekerja, memberi kontrak. Dia tak tahu ini semua. Nak faham ini semua (ambil masa yang) lama.
- Tetapi beliau dikatakan berjaya memulihkan syarikat penerbangan lain dalam masa singkat.
- Itu tak apa lah, boleh jadi dia bagus, tapi kita bukan nak bagus sahaja, dia ada roh ke tidak, spirit dia. Kita ini syarikat nasional, bukan sektor swasta punya. Adakah dia ada roh nak kembangkan syarikat ini supaya jadi syarikat besar, boleh bersaing di seluruh dunia?
- Apa rancangan Jentayu Danaraksa untuk MAS?
- Mula-mula kita buat cadangan, kita nak ambil alih (anak syarikat MAS) Firefly, (cabang) kejuruteraan MAS dan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB). Lepas saya jumpa wakil Khazanah, nampaknya mereka tak setuju cadangan ambil alih Firefely, (untuk) kejuruteraan pun nampaknya dia tak setuju.
- Untuk rancangan ambil alih PMB dan beli kapal terbang MAS, itu dia tak kata tak setuju tapi dia pertikaikan macam mana kita nak buat semua ini. Mereka tahu saya tak ada duit (ketawa). Tapi kita ada rakan kongsi strategik di beberapa tempat di dunia.
- Dari segi kewangan tak ada masalah, pembiaya banyak. Mereka setuju ambil alih kapal terbang ini dan kita kendalikan PMB, kemudian kita beli semua kapal terbang MAS, kita sewakan balik kepada MAS atas harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.
- Adakah patut MAS jual pesawatnya dan kemudian sewa semula?
- MAS (ada) hutang RM12 bilion sekarang. Dia boleh ambil hasil jualan (pesawat) dan bayar balik hutang, kemudian kita beri harga sewaan yang berpatutan dan rendah daripada biasa. Kita untung juga tapi sikit. Itu yang kita nak buat.
- Kemudian sekarang ini kerana Khazanah tak mahu (jual Firefly dan cabang kejuruteraan), kita hanya tumpu (cadangan) beli kapal terbang MAS dan beli PMB.
- Berapa jumlah kapal terbang dimiliki MAS dan nilainya?
- Jumlah pesawat MAS lebih kurang 82 unit. Kita dah kira, lebih kurang RM8 bilion kita kena bayar (untuk beli semua pesawat). Jadi MAS boleh guna hasil itu untuk bayar hutang dan tak adalah (perlu) belanja duit kerajaan banyak sangat, RM6 bilion kan kerajaan nak belanja sekarang ini?
- (Jika MAS jual pesawat) tak banyaklah (kerajaan perlu beri duit) RM1 bilion hingga RM2 bilion sudah cukup. Itu kita punya perkiraan. Kalau dia tak setuju, apa boleh buat.
- Jika Jentayu Danaraksa beli pesawat dan PMB, bagaimana ia boleh selamatkan 6,000 pekerja yang akan kena buang ini?
- Yang pertama, saya pertikaikan kenapa perlu 14,000 pekerja sahaja. Saya rasa perlu lagi ramai. Mungkin kita kena buang 2,000 hingga 3,000 sahaja, kalau kita kira betul-betul. Syarikat baru (MAS NewCo) itu kalau dengan 14,000 pekerja sahaja nak buat laluan baru, saya ingat tak cukup.
- Kalau boleh kita nak runding dengan MAS, mana-mana laluan yang dia tak buat kita boleh kaji, kalau boleh buat kita buat dan kita serap kakitangan ini. Ini perlu dikaji dan dihalusi tapi pada prinsipnya kita nak buat syarikat penerbangan juga. Tapi bukan persaingan kepada MAS, tetapi saling melengkapi laluan yang dia tak ada.
- Berapa kali Tan Sri telah menemui Khazanah mengenai cadangan ini dan bagaimana maklum balas mereka?
- Saya sudah jumpa dua kali. Saya nampak mereka tak berminat nak menimbang (cadangan itu) sebab mereka dah ada rancangan sendiri.
- Selain Khazanah, pihak mana lagi yang Tan Sri jumpa untuk jelaskan cadangan Jentayu Danaraksa?
- Kita tak ada jumpa orang lain tapi surat cadangan kita hantar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tetapi perkara ini perkara rumit.
- Ada yang pertikai Jentayu Danaraksa baru ditubuhkan beberapa bulan, sudah nak ambil alih MAS.
- Kita tubuh (syarikat) memang sebab nak ambil alih MAS. Kalau meniaga 100 tahun pun kalau tak ada duit tak boleh buat juga. Kita ada duit, ada kepakaran.
- (Pekerja) MAS yang baru bersara, semua datang jumpa saya, tawarkan pertolongan, bagi idea dan mahu kerja semula pasal mereka bimbang mengenai MAS nak buang pekerja dan takut MAS lenyap, tak mampu nak bersaing dengan syarikat lain yang bertambah besar.
- Syarikat lain bertambah besar, kita nak jadi kecil lagi. Mereka bimbang itulah. Ini syarikat kebangsaan. Duit orang ramai dah berbilion dibelanja untuk MAS.
- Siapa di belakang Jentayu Danaraksa dan apa kepakaran mereka?
- Kebanyakannya orang (dalam bidang) kewangan, setengah ada latar belakang penerbangan dan kejuruteraan. Pelabur saya tak boleh beritahulah. Kalau kita berunding nanti (dengan Khazanah), bolehlah beritahu.
- Bagi Tan Sri sendiri, apa masalah sebenar MAS sampai boleh rugi teruk?
- Yang pertama, kena tahu perniagaan (penerbangan) ini, laluan yang dibuat itu, kena tahu. Kena tahu pasaran, apa pasaran kita masuk dan cara macam mana kita nak masuk. Kedua, kita kena tahu dari segi teknikal, jenis kapal terbang, kos penyelenggaraan.
- Orang pengurusan kena tahu ini semua, kalau tidak dia tak boleh cari jalan. Ketiga, kena ada integriti, mesti tidak ada penyelewengan di seluruh atas bawah syarikat itu. Kalau tak ada ini semua, tak boleh nak jalan. Jalan pun mesti rugi punya. Saya rasa MAS ada masalah ini semua.
- Orang selalu kata kesatuan pekerja MAS yang jadi penyebab syarikat itu rugi, Tan Sri setuju?
- Mereka kata pengurusan tak boleh buat apa-apa, kesatuan pekerja sekat. Itu mengarutlah. Bukan kesatuan pekerja yang (urus syarikat). Kesatuan pekerja bukan kebal, mereka tidak boleh buat apa kalau pengurusan tak setuju (apa-apa tuntutan).
- Kalau mereka degil, buat piket sana sini, kita kena tahu macam mana nak kendalikan mengikut undang-undang. Kalau tak tahu kawal kesatuan pekerja, maknanya pengurusan tak cekaplah.
- Suruhanjaya yang Tan Sri cadangkan itu, kalau dapat tahu siapa yang salah...
- Suruhanjaya perlu buat pengesyoran supaya ambil tindakan terhadap individu atau pihak tersebut. Kalau tak ambil tindakan, apa yang berlaku sebelum ini habis semua sekali. Siapa yang kena hukum, kakitangan yang kena hukum, kena buang kerja. Ini tak adillah.
- Sebagai orang yang bina MAS dari bawah, apa perasaan Tan Sri apabila lihat MAS sedang berdepan banyak masalah?
- Saya rasa cukup sedih tengok begini. Seolah-olah syarikat ini sudah bankrap dan ditutup. Dulu menjadi harapan kerajaan, harapan (perdana menteri kedua), arwah Tun (Abdul) Razak (Hussein) dan mereka yang sekali dengan saya pada permulaan untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. Itu kita punya objektif supaya kita boleh promosi pelancongan, perniagaan, perkenalkan negara kita di seluruh dunia. Kita dah berjaya.
- Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.
- Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).
- Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.
- Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.
- MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.
- Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.
- Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.
- Adakah MRO ini memang boleh jana banyak keuntungan?
- Ya, kita baiki kapal terbang, macam baiki kereta. Kita buka bengkel, orang datang baiki, kita kenakan caj.
- Bagaimana Tan Sri jangka prestasi MAS apabila dasar langit terbuka Asean bermula tahun depan?
- Kita kena bersedia untuk atasi persaingan langit terbuka. Jika tidak kita akan tenggelam. Kalau ikut keadaan sekarang ini, (MAS) tak kan mampu (bersaing). Saya nak tengok apa perancangan Khazanah untuk atasi perkara itu. Boleh jadi dia kata ini perkara sulit.
- Dari segi korporat, adakah memang patut dirahsiakan rancangan perniagaan?
- Ada perkara sulit, ada tak sulit. Macam (sebuah syarikat penerbangan Malaysia) umum nak beli 100 kapal terbang. Sebagai syarikat penerbangan, kita kena beritahu juga (apa pelan) untuk pemasaran. Orang kena tahu, (apa) laluan baru kita.
- Tetapi Khazanah tak sebut, mungkin dia kata ini rahsia. Laporan akhbar (baru-baru ini), Khazanah kata kita (Jentayu Danaraksa) tak hormati dari segi sulit (dalam perbincangan perniagaan). Saya ingat perkara ini sudah terbuka, tak ada lagi sulit.
- Khazanah sudah keluar (pelan pemulihan) 12-poin, kita pun keluar kita punya 8-poin. Sulit apa lagi, orang ramai sudah tahu. Ini bukan tender. Kita buat cadangan, kita terbuka. Ada orang lain nak buat lebih baik, buatlah, tak ada nak sembunyi apa-apa.
- Tetapi mereka mesti beritahu perkara sebenar. Kalau salah, kena mengaku. Saya tiada apa-apa kepentingan peribadi dalam hal ini, saya bukan buat ini untuk wang. Ia semata-mata kerana saya ingin hidupkan semula syarikat ini.
- Saya sudah tua, umur sudah 81 tahun. Sebelum mati, saya ingin lihat syarikat penerbangan ini tumbuh semula. - Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Global Ikhwan berdakwah melalui ekonomi
- Kumpulan Al-Arqam menempuh liku kehidupan yang panjang di negara ini apabila mula diasaskan sejak 45 tahun lalu oleh pengasasnya, allahyarham Ashaari Muhammad atau Abuya yang membawa ajaran Aurad Muhammadiyah.
- Bagaimanapun, segalanya berubah selepas isteri Ashaari, Khatijah Aam telah bertaubat sekembalinya ke tanah air selepas ditahan pihak berkuatkuasa Arab Saudi kerana amalan yang meragukan dan bidaah.
- Khatijah berkata, kumpulan itu kini dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) yang diasaskan pada 13 Mei 2013 dengan menggunakan pendekatan dakwah melalui ekonomi.
- “GISBH kini terdiri daripada 4,000 pekerja yang semuanya diletakkan di bawah undang-undang tenaga kerja ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami sudah pun selesaikan urusan nikah kahwin seperti diarahkan oleh jabatan agama Islam di Malaysia.
- “Kami akur dengan kerajaan Malaysia yang begitu serius memulihkan iman dan Islam kami. Allah yang menggerakkan negara ini memerintahkan supaya kami bertaubat nasuha daripada kesesatan sebelumnya.
- “Taubat kini menjadi budaya kami. Semua pekerja GISBH diarahkan bangun malam sembahyang taubat kepada Allah. GISBH sudah taubat bahkan bersumpah kepada Allah untuk tidak mengulangi dosa-dosanya,” katanya dalam satu kenyataan media.
- Dia yang juga dikenali sebagai Ummu Jah berkata selain menerima fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka sedang berusaha mendapatkan sijil halal Jakim.
- Katanya, GISBH sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja apatah lagi agensi kerajaan yang bercita-cita hidup dan berjuang untuk Allah dan Rasul.
- “GISBH tidak yakin sesuatu perjuangan tanpa takwa kepada Allah itu boleh berjaya. Lihat betapa kuasa Allah menghancurkan kuasa dunia dengan mudah sahaja. Hanya bersama hati yang takut Allah, rindu nabi saja yang mampu mencipta kekuatan dunia akhirat.
- “Perancangan GISBH ialah mengajak semua umat Islam membela Islam melalui ekonomi. Al-Quran dan hadis merubah bangsa Arab yang dungu, miskin dan mundur menjadi penyelamat dunia melalui ekonomi Allah dan rasul.
- “Islam ialah cara hidup. Maka GISBH perlu mempunyai rangkaian projek yang terdiri daripada seluruh aspek hidup seorang Islam. GISBH kini mempunyai rangkaian di benua Australia, Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah, China dan Rusia,” katanya.
- Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Lokman Hakim berkata syarikat itu kini lebih berperanan dalam menyediakan keperluan umat Islam.
- Katanya, pelbagai isu meruncing yang melanda umat Islam sejak kebelakangan ini menjadikan syarikat isu terpanggil memberi alternatif kepada produk dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- “Kita nak sempurnakan keperluan makanan umat Islam yang kritikal termasuk mi dan makanan beku. Sekarang banyak yang meragukan. Kita dah mula keluarkan produk dan yang lain berjalan macam biasa.
- “Kami mempunyai 8 buah pusat pemulihan dadah yang bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak lebih setahun lalu dan 30% daripada mereka pulih. Program AADK libatkan kami sebagai perunding dan sebagainya sebab terbukti mereka boleh dipulihkan dengan menanam iman.
- “Dari satu sudut, kita bantu kerajaan dan memberi khidmat kepada masyarakat. Kita pun ada pengalaman jadi boleh dikembangkan. Letak mereka di luar memang tak boleh. Kalau keluar mereka tak cukup kuat.
- “Di klinik gigi kami, kalau ada RM5 pun boleh. Kita bukan komersil. Ada bagi RM5, ada bagi RM1,000. Itu sumbangan yang dikata rezeki daripada Allah,” katanya merujuk kepada pusat perniagaan di Bandar Country Homes Rawang.
- Lokman berkata, sumbangan mereka kepada kerajaan dan masyarakat juga dapat dibuktikan dengan terdirinya 80 buah rumah amal di seluruh negara.
- Katanya, Akademi Generasi Harapan kelolaan mereka juga mampu melatih 2,000 remaja dalam pelbagai bentuk kebudayaan berteraskan Islam seperti nasyid, seni persembahan, penerbitan dan sebagainya bertujuan dakwah.
- “Kita mengendalikan 80 buah rumah amal tetapi apabila ada isu berbangkit, kami tutup 30, tinggal 50. Kita ada lebih 300 anak yatim yang dijaga.
- “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) marah apabila kita tutup kerana mereka terpaksa bertanggungjawab terhadap anak-anak ini. Mereka kata tolong jangan tutup, jadi kami buka semula.
- “Bila kita buat rumah ini, kita dah selesaikan masalah JKM. Anak-anak ini mereka balik sekolah kita didik cara hidup Islam. Solat jemaah dan sebagainya. Satu generasi kita selamatlah,” katanya.
- Ditanya mengenai kejayaan dalam memperkembangkan GISBH, Lokman berkata keyakinan menyeluruh terhadap pertolongan Allah menjadi bekal dalam usaha membangunkan syarikat itu.
- Katanya, GISBH kini mampu berbangga dengan konsep perniagaan Islam yang mereka amalkan dengan menghindarkan pinjaman bank yang mungkin mengandungi perkara meragukan.
- “Kami suka merujuk ayat Al-Quran yang selalu orang kenali sebagai ayat pelaris atau 1,000 dinar yang Allah berfirman maksudnya barang siapa bertakwa akan diberi kepadanya jalan keluar kepada masalah dan diberi rezeki kepadanya yang dia sendiri tak tahu sumbernya.
- “Akhirnya yang dirasai itu kasih sayang Allah, bukan kepandaian percaturan sendiri tetapi Allah, kerana Allah yang memberi. Kita mula bangunkan insan. Kalau sistem cantik dan indah tetapi manusia tak baik, tak boleh bangun juga.
- “Dari dulu lagi kita tak pernah meminjam dari bank. Kita tak mahu bersandarkan kepada manusia tetapi minta pada Allah. Modal minta dengan Allah, mungkin bunyinya pelik tapi bagi orang bertakwa tak pelik kerana Rasulullah dulu tidak minta pada orang Yahudi apabila mereka pindah ke Madinah,” katanya.
- Mengulas mengenai perancangan masa depan GISBH, Lokman berkata syarikat itu akan membuka kilang memproses bihun tidak lama lagi di Pekan, Pahang bagi menambah keyakinan umat Islam terhadap produk itu.
- Katanya, pelaksanaan membangunkan kilang itu mendapat pertolongan Allah yang luar biasa apabila dipermudahkan segala urusan operasinya.
- “Kami terus beli mesin di Thailand, melalui kastam kena RM5,000. Mereka kata kami pun nak sumbangan juga, dikecualikan RM5,000 bawa ke Pekan. Ada wakil perdana menteri datang ke Country Homes, dia nak aturkan perdana menteri rasmikan.
- “Mesin tu dijual dengan harga RM450,000, pakai dalam berapa bulan. Mereka jual RM150,000 akhirnya dia nak saham, bayar tunai RM80,000, kami bawa masuk,” katanya.
Tahaluf siyasi PAS - DAP sudah koyak
- Kerjasama politik antara PAS dan DAP dalam apa jua bentuk pakatan atau gagasan ternyata merugikan bangsa Melayu kerana pada dasarnya DAP enggan menerima perjuangan Islam biarpun pada sekecil-kecil perjuangan.
- Bayangkan bagaimana DAP meluat dengan azan berkumandang di setiap surau dan masjid hingga menyekat azan dilaungkan apabila mendapat kuasa di kawasan dan negeri tertentu. Kalimah Allah juga dipersenda dan diperkotak katik wal hal Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan fatwa mengenainya. DAP peduli apa dengan fatwa itu.
- Tak semena-mena DAP mengisytiharkan Chin Peng dan PKM dianggap sebagai nasionalis, bukannya komunis. Apakah ertinya semua ini. Ramai pemimpin DAP bersaudara dengan Chin Peng dan menerima perjuangan PKM dan tiada sebarang tindakan daripada kerajaan Barisan Nasional. Apa erti semua ini.
- Mungkin selepas ini DAP akan menolak sistem beraja secara terbuka jika soal azan, kalimah Allah dan komunis sudah dapat diketengahkan tanpa sebarang pertumpahan darah. Mereka (DAP dan kroni) tidak hairan dengan teriakan NGO Melayu kerana gerakan demonstrasi mereka lagi hebat dan jahat.
- NGO Melayu baru nak belajar berdemonstrasi, itu pun tak teratur. Bila dipanggil perhimpunan, tak ramai yang hadir. Yang hadir pun kerana mereka diupah. Keikhlasan perjuangan sekadar di atas kertas dan tulisan pojok di media sosial tanpa dibuktikan dengan perjuangan fizikal.
- Kembali kepada kerjasama PAS-DAP. Parti DAP telah menunggang PAS untuk ke mercu kejayaan dan ia sudah dibuktikan dalam PRU13. Kini DAP tidak memerlukan bantuan PAS. Mereka sudah cukup kental bersama PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.
- Azmin Ali sudah menakluk politik Selangor. Lim Guan Eng sudah menakluk politik Pulau Pinang. Satu persatu negeri lain akan mereka rampas dengan hanya menggunakan PKR sebagai kenderaan. Di mana suara PAS dalam kedua-dua kerajaan itu? Kalau ada pun suara itu tidak mampu mengoncang sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing. PAS sekadar menjadi pak turut dan DAP mahukan begitu untuk selamanya.
- Untuk itu DAP tidak perlu menghormati kehendak PAS dalam perlaksanaan perundangan hudud biarpun untuk 1000 tahun lagi. Dengan demikian DAP dibenarkan menghina dan melukakan hati PAS pada bila-bila masa tanpa rasa segan silu.
- Ketika PAS menghulurkan tangan dalam kerjasama tahaluf siyasi, DAP senyum saja tanpa perdulikan konsep yang seimbang itu. Bagi DAP kerjasama yang mereka kehendaki lebih penting daripada kerajasama seimbang. Maka koyaklah tahaluf siyasi yang diamalkan itu.
- Kemarahan PAS disampaikan oleh ramai pemimpin kanan parti itu tapi tidak dipedulikan oleh mana-mana pemimpin DAP. Tiada yang simpati dengan PAS.
- Lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akhirnya menempelak tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan hudud mengoyakkan kertas "tahaluf siyasi" antara PAS dengan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP kerana bagi beliau hudud adalah “nyawa” PAS.
- Haron berkata jika DAP ataupun Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, setiausaha agung DAP tersebut boleh mencari “keselesaan” lain dengan jalannya sendiri.
- Justeru, tegas tokoh ulama PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan “kertas” tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.
- “PAS tidak terbelenggu dengan komen lawan mahupun kawan. Hudud adalah nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng berasa tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).
- “Apa yang dibuat DAP hanya mencacat dan mencarik robek tahaluf. Kalau terus menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya.
- Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini bagi meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.
- Pada masa yang sama, DAP terus mengkritik PAS dan menyifatkan hudud bakal melambatkan PR ke Putrajaya. PKR pula akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini.
- Guan Eng pula menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada PR selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
- Kenyataan tersebut dibuat ketua menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.
- Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu laporan media menyebut, isu hudud sudah lama diputuskan oleh PAS sebelum wujudnya PR.
Subscribe to:
Posts (Atom)