SISTEM cukai baru, “Good and
Services Tax” (GST) makin kecoh diperdebat hingga ada pihak terbit buku “Faham
GST, Tolak GST” untuk memburuk-burukkan pemerintah. Semua cerdik pandai ekonomi
berkali-kali menjelaskan kebaikan perlaksanaan sistem GST tetapi semuanya
dianggap “tidak betul”.
Puas sudah diberitahu bahawa GST hanya mengenakan cukai
di antara 4% hingga 6% saja berbanding sistem cukai sedia ada (SST) sebanyak
16%. Ada orang kecoh soal 6% akan menyebabkan
rakyat menjadi miskin dan papa kedana, walhal 16% yang dimansuhkan itu tidak disebut
langsung.
Disenaraikan sebanyak mungkin
barang-barang yang akan naik harga daripada GST 6% itu untuk menghasut rakyat Malaysia seolah-olah
kita tidak akan mampu membeli sekampit beras, sekilo gula dan sekati garam pada
tahun 2015 nanti.
Macam-macam gelaran diberi
seperti kerajan lupa pada manifesto, janji ditepati digelar janji
dicapati, janjikan gula, beri garam. Macam-macam lagi fitnah yang dihamburkan.
Sebelum terjah tak tentu hala, jom imbau sedikit sejarah. Ketika
mula-mula kerajaan nak tubuhkan Proton, KLIA, KLCC dan Putrajaya, ramai marah
kerajaan kononnya bazirkan duit rakyat, boros, bela kroni dengan projek mega, jahat
dan zalim.
Hari ini mereka yang `menyalak
bukit' itu pakai kereta Proton, turun naik KLIA dengan selesa, berhimpun di KLCC dan buat rombongan ke Putrajaya. Maksudnya, segala yang dibangkang
dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga sekarang. Segala yang mereka
buruk-burukkan dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga di zaman ini.
Kembali kepada GST. Ia bukan aset pembangunan
seperti KLCC, KLIA, Putrajaya atau Proton. Tapi sikap suka memburuk-burukan
sesuatu yang baik tanpa berfikir panjang perlu ditamatkan.
Sistem GST dilaksanakan di 160
negara dari 193 negara maju dan membangun di dunia. Menurut kajian, memang
terbukti GST memberikan pulangan yang baik dari sudut ekonomi, sama ada kepada
rakyat mahupun kerajaan.
Secara ringkas, sistem itu
berjaya mengatur semula sistem percukaian negara dengan berkesan dan memberikan
pulangan yang baik berbanding sistem lama. Manakala bagi rakyat pula, mereka
bakal menikmati kemakmuran ekonomi negara yang lebih baik, teratur dan
sistematik.
Tiada siapa yang suka bayar cukai.
Tapi, Islam juga mengamalkan sistem cukai. Di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa
Ar-Rashidin, sistem cukai sudah diperkenalkan. Zakat juga sebahagian dari
sistem cukai. Cuma dalam Islam ia tidak disebut “cukai”, ia disebut “zakat”…
Marah sangat nak kena bayar cukai
6%? Kenapa rakyat di negara lain yang amalkan GST tak marah pun? Untuk itu jangan termakan
dakyah pihak yang “buta perut”. Sudah lama restoran seperti McD, Starbucks dan sebagainya mengenakan cukai tambahan. Malah
ada yang kenakan “service charge” dan “table charge”. Tapi penuh juga rakyat
Malaysia di situ. Tidak pernah pula dengar
pelanggan marah-marah di kaunter McD, berleter pada penjaga kaunter
tentang “cukai” yang perlu dibayar.
Ada pihak berkata, “yang kaya okaylah
bayar, tapi macam mana yang miskin”. Soalnya apakah orang miskin minum di
Starbuck? Beras, gula, garam dan barangan
keperluan asas tidak ada kena mengena dengan GST. Hanya barangan yang
melibatkan “kehendak nafsu” saja yang dikenakan GST. Orang miskin sudah tentu utamakan
keperluan berbanding kehendak hawa nafsu.
Orang miskin lebih suka pakai
telefon bimbit biasa berbanding orang kaya. Perangai orang kaya ialah tidak
pernah puas. Misalnya, kalau dulu dia pakai Nokia 3310, bila keluar model baru
yang lebih canggih, mereka akan tukar pada yang lebih canggih! Itu perangai
orang kaya.
Masalahnya, ada juga orang miskin
yang berlagak macam orang kaya. Dia hanya mampu pakai Nokia 3310, tapi berlagak
nak pakai Iphone 5. Itulah masalahnya. Sudah elok-elok beli beras tak payah
bayar GST, tiba-tiba suka sangat ikut hawa nafsu nak makan karipap dan minum
kopi Starbuck, kenalah bayar GST! Padanlah.
Sebab itu disarankan pada rakan-rakan
supaya kembali pada kehidupan seorang muslim yang bersederhana dalam hidup,
khususnya berbelanja. InsyaAllah kalau kita ikut cara Islam, datanglah GST
berapa peratus pun, kita akan dapat menyesuaikan diri…kan? -- susunan blogger aktif.
No comments:
Post a Comment