Sunday, 24 April 2011

Salahkah Melayu Mengajak Melayu Bersatu?



1) Bila semboyan berbunyi "1Melayu 1Bumi" mengajak bangsa Melayu dan umat Islam bersatu, tiba-tiba bangsa lain yang berpayungkan pelbagai parti (terutama MCA dan DAP) melenting dan menuduh slogan itu bersifat rasis atau perkauman.

2) Bangsa Melayu kini berpecah belah. Jika bangsa itu tidak melaungkan slogan untuk bersatu, mereka harus melaungkan slogan apa?. Melayu semakin malu kerana diperbodohkan bangsa lain di luar Parlimen terutama di kedai kopi, hotel dan majlis2 tertutup bangsa bukan Melayu. Lihat saja bagaimana Karam Singh Walia, ikon TV3 juga sanggup menghina bangsa Melayu. Apatah lagi tulisan2 di akhbar berbahasa Cina.

3) Pernahkah bangsa lain menyatakan rasa kesal atau kesedihan mereka terhadap perpecahan bangsa Melayu dan membuat kenyataan akhbar meminta semua bangsa Melayu bersatu padu dan hidup muhibbah dengan bangsa lain?. Pasti tiada.

4) Utusan Melayu dan Berita Harian dianggap rasis kerana menyebelahi bangsa Melayu dalam pemberitaan. Nanyang Siang Pau, Sin Chiew Jit Poh dan lain2 akhbar bersekutu tidakkah rasis juga? Terimakasih kepada Google kerana menjadi penterjemah percuma kepada bangsa Melayu. Berpuluh tahun Melayu ditoreh kulit dan disiat isi dalam akhbar Cina tapi Melayu tak tau baca. Apabila Google hadir dalam dunia penterjemahan (biarpun tunggang langgang bahasanya), barulah celik sedikit mata kita.

5) Setiap kali bangsa Melayu mengajak bangsa Melayu mengenal dan memahami Kontrak Sosial Malaysia atau lebih tepat lagi Kontrak Sosial Melayu yang tertera dalam Perlembagaan Malaysia tanpa cacat cela sehingga sekarang ini, tiba-tiba bangsa lain kelam kabut menimbulkan pelbagai isu lain asalkan dapat mengelak Kontrak Sosial Melayu itu dibahas / bincang / tulis / siar / dll. Ini kerana jika bangsa Melayu faham dengan kontrak itu maka secara otomatik ruang penyatuan itu pasti bertaut.

6) Saya tidak hairan ada bangsa lain mengumpan sedikit dollar secara lembut kepada segelintir umat Islam supaya memijak isu kebangsaan bangsa Melayu sebaliknya menegakkan agama walhal bangsa Melayu tidak pernah mengetepikan agama dan akidah. Jika terketepi juga di peringkat individu bukan kumpulan atau gerakan.

7) Isu kebangsaan bangsa bukan Melayu sentiasa bertiup kencang menerusi pertemuan persatuan dan kelab masing-masing. Cuba teliti laporan Special Branch (SB) berbangsa Cina yang mengikuti siri ceramah persatuan. Pasti mereka berkata "isu biasa aje. bab bagaimana nak meniaga". Cuba tanya SB apakah ceramah itu ada mengandungi cemuhan dan rasa tidak puashati mengenai dasar kerajaan dan dasar bangsa Melayu?. Jawapannya pasti ada.

No comments:

Post a Comment