Sunday, 24 April 2011

Kerajaan tidak takut hadapi pandangan penulis blog - PM




BERNAMA

1) KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

2) "Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang sama sepanjang masa tapi kita tidak boleh bermusuhan.


3) "Apa yang penting ialah kita mengetengahkan pandangan anda (penulis blog) termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita," kata Najib dalam ucaptama pada persidangan penulis blog rantau Malaysia - Asean di sini.


4) Najib berkata era "kerajaan tahu semuanya" sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahu pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.


5) "Tapi kita perlu wujudkan garis sempadannya. Jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal2 separuh benar, ia satu perbuatan yang tidak betul.


6) Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar, kata beliau.


7) Najib berkata, sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan Asean.


8) Kata beliau, kerajaan yang memerintah bukan saja dicabar oleh gerila dan tentera upahan yang dilengkapi senjata canggih tetapi juga oleh laskar siber yang melancarkan peperangan virus melalui penggunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti yang dilihat dalam perang "Twitter" di Iran dan revolusi "Facebook" di Mesir.


9) "Kita juga antara peminat Facebook paling tegar - terdapat 10.1 juta pengguna FB. Saya berani mengatakan bahawa Malaysia memiliki sfera blong paling meriah di dunia dan sememangnya yang cukup bebas walaupun mungkin bukan yang paling bebas.


10) "Sekali lagi rakyat Malaysia perlu berterimakasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan koridor raya multimedia, Tun berjanji kepada dunia, Malaysia tidak akan menapis kandungan internet.


11) "Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhya terhadap pandangan bijak beliau. Kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya.


12) Najib berkata beliau yakin internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.


13) "Ini terpakai bagi semua masyarakat, malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digitalpun oleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan.


14) "Media sosial, blogging dan mikroblogging mampu merapatkan hubungan ntara negara kerana julung kalinya dalam sejarah manusia, orang boleh berkomunikasi antara satu sama lain secara tepat masa dan tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu untuk mendapatkan surat," katanya.

ends

No comments:

Post a Comment