- Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
- Keputusan itu dibuat panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria apabila mahkamah kembali bersidang sejurus rehat selepas menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan hukuman itu.
- Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
- Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
- Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
- Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
- Anwar dilihat memeluk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya.
- Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.
- "Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah)," kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.
- Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala. Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.
- Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.
- Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
- Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.
- Sementara itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman selepas keputusan itu diketahui. - BERNAMA
Tuesday, 10 February 2015
Anwar kena penjara 5 tahun
Kerajaan tidak terbabit dalam laporan liwat Anwar
- Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau.
- Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata: “Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.
- “Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar - bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.
- “Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman.”
- Sementara itu, peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus memberitahu anak guamnya menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan keputusan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwatnya. Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Zamri kepada Mohd. Saiful Bukhari melalui panggilan telefon.
Anwar bersalah meliwat Saiful
- Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
- Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
- Hukuman akan diputuskan nanti apabila mahkamah kembali bersidang selepas rehat. Anwar diberi peluang merayu untuk hukuman lebih ringan.
- Pihak pendakwaan sebelum ini mengemukakan rayuan balas meminta agar hukuman terhadap Anwar ditambah.
- Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
- Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
- Jika hukuman penjara itu dikekalkan, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
- Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto BERNAMA
Pas liberal mahu kuburkan ulama
- Puak liberal sedang menyusun strategi terancang untuk menguasai Pas bagi menyingkir kumpulan ulama yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
- Puak itu mahu Abdul Hadi dan kumpulan ulama akur dengan kehendak mereka walau bertentangan dengan agenda perjuangan Pas.
- Hanya sokongan padu akar umbi Pas yang dapat menjamin kelangsungan golongan ulama sebagai teras dalam pucuk pimpinan parti.
- Memang pada mulanya golongan ulama sangat kuat dalam Pas tetapi situasi kini berbeza selepas kemunculan golongan liberal dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).
- Namun, golongan ulama boleh mengekalkan kedudukan sekiranya mereka disokong akar umbi yang tidak mahu melihat golongan liberal menguasai Pas.
- Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.
- Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai Pas.
- Mohd. Fuad menambah, sekiranya dakwaan Fadhli tentang kewujudan komplot itu benar, pengaruh Abdul Hadi dijangka bertambah kuat kerana sebahagian besar ahli-ahli Pas akan mempertingkatkan sokongan kepada Presiden Pas tersebut bagi memastikan parti itu kekal di bawah kepemimpinan ulama.
- Mungkin pihak yang ingin menjatuhkan golongan ulama ini berani berbuat demikian kerana mereka menyangka ada sokongan namun usaha itu bukan mudah kerana pengaruh Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din masih kuat.
- Apapun, perkembangan terbaharu membabitkan Pas itu dijangka memberi kesan negatif terhadap parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
- Konflik dalaman yang berlaku di dalam Pas sekiranya dibiarkan berpanjangan akan mewujudkan tanggapan dalam kalangan orang ramai bahawa parti itu mengalami perpecahan.
- Pada masa yang sama penyokong Pas tertanya-tanya sejauh manakah kelangsungan kepemimpinan ulama dapat bertahan daripada tekanan puak liberal.
- Tambah menimbulkan persoalan apabila kumpulan yang dilihat pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, mereka sudah menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
- Malah, nama Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dikaitkan secara terbuka oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim sebagai penggerak utama usaha menggulingkan Abdul Hadi.
- Rentetan dakwaan tersebut, Fadhli memuat naik di laman sosial Facebook miliknya cetakan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai arahan Mohd. Hatta agar ‘menyerang’ kumpulan ulama.
- “Belasah cepat wei!!,” dakwa Mohd. Hatta dalam maklum balasnya terhadap perbincangan yang dipercayai merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
- Semalam, Fadhli mendakwa kumpulan yang diterajui Mohd. Hatta cuba menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dengan memburukkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
- Sambil diiringi lebih 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi, beliau kemudiannya menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Pas Pusat dan mendesak kesemua pemimpin kanan yang terbabit dalam komplot berkenaan supaya meletakkan jawatan.
- Dalam perkembangan yang sama, selain petikan meminta pihak tertentu ‘menyerang’ kumpulan ulama, Fadhli turut memuat naik cetakan skrin perbualan Ahli Parlimen Kuala Krai itu yang mengkritik pendirian Pas dalam isu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
- “Keputusan itu untuk Pilihan Raya Kecil Kajang dan telah kita sempurnakan. Takkan sampai mati nak pegang satu keputusan itu,” dakwanya, namun tidak dapat dipastikan kritikan Mohd. Hatta tersebut merujuk kepada keputusan yang masa satu.
- Sementara itu, Mohd. Hatta enggan menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut dengan alasan, beliau belum bersedia memberi kenyataan.
- Beliau turut memberikan jawapan yang sama apabila ditanya kemungkinan mengadakan sidang akhbar.
- “Minta maaf, saya belum bersedia (beri sebarang kenyataan). Saya juga belum buat sebarang keputusan (sama ada mahu mengadakan sidang akhbar atau tidak),” katanya.
Monday, 9 February 2015
Drama airmata Anwar diteruskan
- Bermula dengan serangan ke atas Hadi Awang kerana sehingga setakat ini, Hadi Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau perintah kepada ahli-ahli PAS untuk bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sekaligus mengurangkan kebarangkalian yang demonstrasi besar-besaran seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an dahulu akan berulang.
- Semalam juga, satu pertemuan membabitkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, TERPAKSA DIBUAT di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut dengan harapan, Hadi Awang akan malu alah dan menurut kehendak Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng / Lim Kit Siang, tetapi yang lebih memalukan PKR dan DAP ialah apabila sekumpulan ahli-ahli PAS yang setia menjunjung perjuangan sebenar parti itu, membuat tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat PAS Pusat menuntut Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai meletak jawatan kerana menjadi ANJING DAN BARUA PKR serta DAP yang telah memecah belahkan PAS semata-mata terliur dengan tawaran kemewahan.
- Hadi Awang sendiri tidak menunggu lama. Dia hadir sekadar untuk memenuhi protokol dan prosedur, apatah lagi dibuat di dalam 'rumahnya' sendiri. Selesai bermesyuarat, Hadi Awang bergegas meninggalkan bangunan Ibu Pejabat PAS Pusat tanpa mahu bersama-sama Lim Guan Eng/Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim memperkatakan tentang kesimpulan yang telah mereka buat.
- Tindakan Hadi Awang itu ternyata menutup mulut Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang hampir menyatakan Presiden PAS bersetuju agar ahli-ahli PAS bergabung dan berdemonstrasi untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam keputusan akhir Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
- Dari awal lagi, Anwar Ibrahim sangat sedar, perjalanannya kali ini lebih berduri tanpa sokongan daripada PAS. Dia telah menggerakkan orang-orangnya dalam PAS untuk tujuan itu, namun keadaan menjadi semakin buruk apabila belang PASMA dan GIK terdedah kepada umum sekaligus mengesahkan khabar-khabar angin selama ini bahawa PAS sememangnya cuba dipecahbelahkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim dari dalam.
- Gerakan menggulingkan Hadi Awang dan mengangkat Mat Sabu sebagai Presiden PAS yang baru juga, semakin bocor. Printscreen perbualan beberapa orang upahan Hatta Ramli yang merancang penggulingan itu, kini sedang tersebar luas.
- Siri ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim juga kurang mendapat sambutan sekalipun semalam (8 Februari) di Muar, ceramah tersebut dianggap yang paling 'berjaya' menarik kehadiran pendengar mencecah 1500 orang sekalipun pada masa yang sama, konco-konco Anwar Ibrahim cuba membesar-besarkan angka berkenaan menjadi 10,000 orang. 80% kehadiran adalah yang sudah tua-tua. Hanya 20% sahaja yang berusia muda.
- Beberapa ceramah membela Anwar Ibrahim sebelum ini, hanya mencatatkan kehadiran sangat rendah.
- Sekaligus memberitahu bahawa, tanpa PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan ke mana-mana. Sudah terbukti bahawa selama ini, PKR dan DAP yang kerap mendabik dada kekuatan mereka, sebenarnya sangat bergantung kepada PAS.
- Justeru tidak hairanlah sehinggakan A.Samad Said yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS, PKR atau DAP, sekadar menjadi balaci Ambiga Sreevanasan, turut melalak meminta dan mendesak agar Hadi Awang meletak jawatan kerana dia melihat tanpa penyertaan PAS, gerakan menyokong Anwar Ibrahim yang meramaikan jalanraya dengan demonstrasi bodoh hanyalah sebilangan budak-budak muda yang tidak tahu arah tujuan hidup mereka.... sama seperti dia juga!
- Dengan persediaan bas-bas percuma yang akan mengangkut para pendemonstrasi ke Putrajaya esok, PKR dan Anwar Ibrahim terus gelisah kerana sambutan tidaklah terlalu hebat sebagaimana yang diharap-harapkan. -- theflyingkick
Harga rumah menggila akibat spekulasi GST
- Meneliti iklan di dada akhbar tempatan dan nasional, pemaju perumahan bagai terus optimis bahawa permintaan terhadap rumah kediaman tidak akan reda selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Mereka merebut peluang daripada keghairahan pembeli untuk terus membeli rumah.
- Sejak tiga empat tahun ini, harga rumah sudah menggila, di luar daripada imaginasi dan jangkaan banyak pihak, sebahagiannya kerana spekulasi dan strategi pemaju menetapkan harga minimum sesama sendiri bagi meraih keuntungan tinggi.
- Di sebalik kontroversi harga makanan dan barangan keperluan harian tidak turun meskipun harga minyak sudah menjunam, kini pembeli dan pelabur dalam sektor hartanah berteka-teki, adakah harga rumah akan naik selepas pelaksanaan GST?
- Bakal pembeli, khususnya golongan muda keliru dengan pelbagai kenyataan pihak terbabit. Ada kementerian menjangkakan bahawa harga rumah akan naik sekitar tiga atau empat peratus, tetapi dinafikan kementerian lain, yang mendakwa hanya naik dua peratus. Kenyataan sedemikian tidak menguntungkan mana-mana pihak.
- Spekulasi bahawa harga rumah akan naik mendadak, menyebabkan ada pemaju menasihati pembeli supaya membeli sekarang sebelum pelaksanaan GST pada 1 April depan ketika membuat promosi dan pemasaran. Pembeli yang tidak waspada, terperangkap dengan helah demikian.
- Sesetengah pemaju perumahan cuba menangguk di air keruh, dengan menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga mengelirukan dan memperdayakan bakal pembeli. Bakal pembeli perlu berhati-hati membuat keputusan dan tidak mudah terpedaya dengan strategi sesetengah pemaju yang ingin melariskan jualan unit rumah yang dibina.
- Sebab peningkatan permintaan yang mendadak bagi rumah sebelum pelaksanaan GST, berpotensi menyebabkan harga rumah terus naik, sedangkan impak GST ke atas harga rumah tidaklah berlaku mendadak seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.
- Untuk itu, penting bagi pembeli dan orang ramai mengetahui bagaimana GST berfungsi dan kesannya terhadap harga rumah. Hakikatnya, rumah dikecualikan daripada GST, namun input bahan dan perkhidmatan untuk pembinaan tertakluk kepada GST sebanyak enam peratus, manakala tanah untuk perumahan dan kos pembiayaan dikecualikan daripada cukai. Malah, sesetengah bahan seperti perkakasan sanitari dan jubin yang kini dikenakan cukai jualan 10 peratus, akan dikenakan cukai 6 peratus selepas GST.
- Kita perlu belajar daripada fenomena yang berlaku di Australia pada tahun 2000 ketika GST diperkenalkan apabila pembeli dan pemaju bergegas membeli dan menyiapkan projek mereka kerana bimbang kos akan naik selepas pelaksanaan GST.
- Namun, disebabkan peningkatan permintaan yang mendadak itu, pemaju akhirnya membayar harga lebih tinggi untuk bahan dan perkhidmatan. Seterusnya, kos berkenaan disalurkan kepada pembeli. Sekitar setengah tahun selepas GST dilaksanakan, harga hartanah turun.
- Meskipun pemaju tidak boleh mengenakan GST kepada pembeli rumah kediaman, mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat. Dijangkakan kenaikan harga untuk hartanah kediaman baharu akan lebih rendah berbanding hartanah komersial baharu.
- Hakikatnya, kerajaan menjangkakan harga rumah bakal meningkat tiga peratus selepas pelaksanaan GST, bukan naik mendadak seperti yang dikatakan.
- Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan impak kenaikan sebanyak tiga peratus berasaskan perincian bahan binaan dan sebagainya. Pemaju perumahan tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga rumah sesuka hati, melebihi peratusan yang ditetapkan.
- Jika perkara ini berlaku, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas bagi melindungi pembeli. Seperti dalam kes harga makanan dan barangan keperluan harian sekarang, kita bimbang sesetengah pemaju menaikkan harga rumah sesuka hati di tengah-tengah keghairahan pembeli.
- Bagi rakyat, mereka tidak boleh menunggu kerana berdasarkan rekod, harga rumah tidak akan turun malah sentiasa meningkat. Sementelah, apabila pemaju bersekongkol sesama mereka dengan menetapkan harga rumah minimum bagi memastikan harga rumah terus tinggi.
- Kerajaan perlu terus berusaha untuk memastikan segala projek perumahan yang dirancang di bawah pelbagai skim dapat dilaksanakan dan seterusnya memastikan bahawa pemaju dikenakan tindakan yang sesuai, jika mereka mengaut keuntungan yang keterlaluan. -- Oleh Jeniri Amir, Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak
Kebebasan bersuara perlu ada batas
- Terpanggil saya untuk mengulas mengenai isu penghinaan yang dilakukan masyarakat tidak kira bangsa dan agama terhadap pemimpin negara yang begitu ketara baru-baru ini. Melihat pada sejarah, sejak Malaysia merdeka dari tahun 1957, semua bangsa di negara ini duduk bersama dan kenal akan budaya dan agama setiap kaum yang mengamalkannya dan cuba bertoleransi berteraskan kata kunci perpaduan.
- Namun dewasa ini, generasi baharu seolah-olah ingin melupakan apa yang diperjuangkan datuk nenek kita hanya kerana terpengaruh dengan ideologi kebebasan bersuara.
- Bertitik tolak dari sinilah ramai yang tidak memahami 'gist' perlembagaan telah mencetuskan kontroversi di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun YouTube. Hakikatnya apa yang mereka mahu lakukan sekadar meraih populariti dan mendapatkan perhatian dan dengan itu menjana kewangan.
- Sebagai contoh peraih populariti menggunakan akaun YouTube, Twitter dan Facebook pasti mengharapkan dengan mencetuskan kontroversi mereka akan dapat beratus ribu 'subscriber' ataupun 'like'. Dari situ mereka boleh jana ribuan ringgit di samping pengikut setia.
- Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan mengenai apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya. Kebebasan bersuara adalah hak untuk seseorang menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi.
- Ironinya, hak kebebasan bersuara tidak pernah bersifat mutlak di mana-mana negara sekalipun hatta di Amerika Syarikat dan lazimnya hak ini dihadkan. Namun, hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai 'hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan semua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat'. Di Malaysia, perkara 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa 'tiap-tiap warga negara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara'.
- Malangnya ramai pendukung kebebasan bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran diberikan. Lihat sahaja akhir-akhir ini, apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Maka berlakulah keretakan perkauman apabila ada beberapa individu peraih populariti yang khilaf. Mereka ini amat mementingkan diri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat menyebabkan keretakan perpaduan.
- Lembaran sejarah membuktikan, kebebasan bersuara tidak rasional serta bersifat melulu juga menimbulkan pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu peristiwa ketidakpuasan kaum terhadap kaum lain di Malaysia. Kebebasan penggunaan perkataan berunsur tidak sopan dan lucah jelas boleh menimbulkan pergaduhan dan huru-hara di negara kita.
- Tidakkah kita belajar apa-apa daripada sejarah? Dalam sistem pemerintahan kita hari ini, yang mengamalkan kaedah demokrasi raja berperlembagaan, institusi raja adalah lambang kenegaraan yang sangat penting. Penghinaan kepada institusi raja mahupun pemimpin negara boleh dianggap penghinaan juga kepada negara.
- Akhir-akhir ini penghinaan terhadap agama Islam, Raja-Raja Melayu, pemimpin negara dan kaum terus berleluasa. Penghinaan itu termasuk memaki serta menggunakan kata-kata lucah terhadap Raja-Raja Melayu, menyunting gambar pemimpin dengan gambar lucah serta menghina menteri. Bukit Aman sudah menerima lebih 500 laporan polis sejak tahun 2011 membabitkan isu penghinaan terbabit.
- Kronologi penghinaan institusi Diraja lima tahun kebelakangan ini bermula dengan isu penghinaan Aduka Taruna terhadap Almarhum Sultan Johor, penyamaran seorang remaja mengaku anak angkat Tengku Mahkota Pahang, paparan wajah Sultan Johor di kain rentang sebuah parti politik, penggunaan nama seorang Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, penyamaran seorang lelaki sebagai Tengku Mahkota Johor dalam laman FaceBook, dan penghinaan seorang wanita terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika Baginda berucap di laman sosial ternama.
- Sebelum ini seorang didapati bersalah menghina Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lelaki ini menunjukkan isyarat lucah dan kononnya, secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.
- Dalam insiden terbaharu, negara digemparkan dengan tindakan Vincent Leong, pelukis tempatan yang mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri pada pameran seni yang diadakan di Dart Stage, Singapura yang dilakukan bertunjangkan seni.
- Benih-benih penghinaan kepada negara dan pemimpin negara melalui media sosial boleh menghakis keyakinan dan kecintaan rakyat kepada negara dan menghancurkan landasan yang dibina dalam 57 tahun kemerdekaan. Hanya mereka yang dungu sahaja tidak tahu apakah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan negara. Seharusnya mereka yang tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong ditarik balik kerakyatan sebagai pengajaran kepada orang lain.
- Bekas Pengerusi SUHAKAM iaitu Tun Musa Hitam (2001) berpendapat bahawa tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporan dan penghasilannya. Jika media serta pengamalnya saling melagakan masyarakat yang berbilang kaum, maka penduduk berada dalam keadaan tidak aman serta rakyat menjadi keliru dan hidup dalam penuh kebencian. Adakah maruah negara, bangsa dan agama satu benda yang remeh yang boleh dipermainkan oleh siapa sahaja untuk mencakna kebebasan bersuara? Adakah ini yang kita mahukan, kebebasan tanpa batasan?
- Keterbukaan melampau yang cuba ditonjolkan sesetengah masyarakat seolah-olah bertujuan 'menghasut' rakyat agar membenci segala-galanya berkenaan Malaysia, orang Melayu, agama Islam dan Perlembagaan negara. Dengan itu, mereka akan dapat laluan mudah untuk mencorak negara mengikut acuan mereka sendiri dengan memadamkan sejarah yang menjadi bukti "Ketuanan Melayu".
- Mereka ini cuba dan terus cuba menggunakan bermacam-macam cara untuk memastikan matlamat keji mereka akan tercapai. Negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti Belanda juga mempunyai kanun keseksaan dikenali sebagai Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya.
- Sebagai contoh, pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda STG400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata 'I hate your Queen, she is a whore'. Pada tahun sama, seorang wanita muda yang juga seorang wartawan ditangkap hanya kerana memakai sehelai t-shirt yang tertulis 'Beatrix is a whore'.
- Begitu juga dengan negara jiran kita Thailand, pada tahun 2011 seorang pemandu teksi bernama Ampon dihukum 20 tahun penjara atas kesalahan menghantar teks SMS yang berunsur penghinaan kepada Raja Thai. Sebelum ini, beberapa warga asing turut dihukum atas kesalahan sama, tetapi mereka kemudian segera diberi pengampunan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
- Saya sama sekali tidak bersetuju dengan perlakuan yang tidak melambangkan ketamadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa menjijikkan kepada Raja-Raja Melayu dan pemimpin. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap rakyat Malaysia apatah lagi bangsa Melayu yang bersopan santun.
- Pada masa sama, penghinaan berkenaan juga menunjukkan tidak semua rakyat Malaysia memahami apatah lagi untuk menghormati Raja-Raja Melayu dan institusinya. Penghinaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan berlakunya keresahan dalam masyarakat. Kita harus menjunjung tinggi institusi raja sebagaimana kita seharusnya menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Ingat, sesiapa yang sabit dengan kesalahan melawan Yang di-Pertuan Agong, hukumannya mati! Bagi saya, isu ini adalah isu kebangsaan bukan politik. Mereka yang terbabit perlu dikenakan tindakan yang maksimum agar dapat menjadi iktibar pada yang lain. -- Oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri.
Harga barang tak turun gara-gara peniaga tamak
- Keengganan untuk mengurangkan harga produk dan perkhidmatan selepas pengurangan harga bahan api berkemungkinan menjadi penghalang kepada Malaysia untuk mencapai harga pasaran bagi sumber tenaga.
- Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah memantau perkembangan mengenai harga tenaga dan kesannya kepada ekonomi Malaysia secara berterusan. Pencatutan (profiteering) adalah penyakit kronik yang boleh diperhatikan dalam semakan harga bahan api yang terbaharu.
- Mari kita mengkaji isu ini dengan lebih lanjut. Apabila kerajaan mengurangkan subsidi untuk petrol dan diesel pada bulan Oktober 2014, banyak peniaga mengadu. Ada yang mengatakan mereka akan tutup kedai jika tidak menyalurkan kos tambahan kepada produk dan perkhidmatan manakala segelintir lagi mengatakan bahawa mereka akan 'mati' disebabkan oleh peningkatan harga yang mendadak.
- Harga tertinggi RON95 (petrol) adalah RM2.30 seliter dan diesel adalah RM2.23 seliter antara bulan Oktober 2014 dan Disember 2014. Kini, selepas tiga kali harga bahan api disemak semula pada bulan Disember 2014, Januari 2015 dan Februari 2015, harga RON95 dan diesel adalah RM1.70 seliter. Ini bersamaan dengan pengurangan 26.09 peratus dalam harga RON95 dan 23.77 peratus dalam harga diesel.
- Keluar kenyataan berbeza - Hairannya, golongan yang mengadu bahawa mereka tidak tahan dengan peningkatan dan akan 'mati' kini keluar dan mengatakan bahawa harga bahan api adalah komponen 'sangat kecil' dalam perbelanjaan operasi. Ada pihak menuding jari kepada yang lain dan yang lainnya adalah sejarah. Pokoknya, penurunan dalam perbelanjaan operasi bermakna kadar atau 'margin' keuntungan yang lebih tinggi, itulah matematik yang mudah. Wang mempunyai caranya sendiri untuk menggoda kebanyakan perniagaan supaya tidak menurunkan harga!
- Jika kita mengambil komponen harga bahan api sekata dalam kos operasi perniagaan sebagai 5 peratus, 10 peratus, 15 peratus, 20 peratus, 25 peratus, 30 peratus, 35 peratus dan 40 peratus. Kemudiannya, kita proratakan pengurangan sebanyak 20 peratus dalam kesan kos bahan api secara keseluruhan, komponen kos bahan api akan menurun menjadi, 4 peratus, 8 peratus, 12 peratus danalam kos operasi mereka.
- Sebagai contoh, persatuan pengusaha bas dan teksi menyebut bahawa komponen bahan api mereka adalah antara 30 peratus hingga 40 peratus apabila kerajaan menaikkan harga bahan api pada bulan Oktober 2014. Kini, ia sepatutnya antara 24 peratus hingga 32 peratus atau lebih rendah. Tetapi, mereka maklumkan bahawa kos lain telah meningkat, jadi mereka mengekalkan caj perkhidmatan seperti sedia kala. Bolehkah mereka senaraikan komponen kos yang meningkat dan apakah peratusan peningkatan bagi setiap komponen ini?
- Harga jualan dikawal - AWER ingin berkongsi pengalaman kami dalam mengkaji produk elektrik dan elektronik yang cekap tenaga. Kami dapati ada unsur kartel dan pencatutan dalam barangan elektrik dan elektronik semasa proses perundingan dengan pihak berkepentingan. Peruncit (termasuk pasar raya besar) tidak dibenarkan untuk menjual produk di bawah harga tetap. Jika mana-mana peruncit mengurangkan harga jualan di bawah harga tetap, peruncit ini tidak akan dibekalkan model produk tersebut sebagai hukuman.
- Peruncit hanya dibenarkan untuk menjual produk di atas harga yang ditetapkan sebanyak yang mereka suka. Malangnya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang telah dibekalkan salinan laporan kami gagal mengambil tindakan sehingga kini. (MyCC adalah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
- Sebagai pengguna, jika kita menyemak harga barang yang dijual di pasar raya besar dan peruncit, kita akan melihat bahawa harga diskaun sebenarnya tidak jatuh di bawah paras tertentu. Baru-baru ini, lapan pek mi segera dijual dengan harga RM4.88 sebagai harga terendah di beberapa pasar raya besar. Senarai ini berterusan untuk sabun pencuci, barangan rumah, makanan, minuman dan sebagainya. Jika kerajaan serius dalam menangani isu ini, mereka boleh dapatkan maklumat daripada peruncit yang dipaksa menjual pada harga tetap dan bergerak ke atas rantai bekalan untuk menangkap 'jerung-jerung' ini.
- Terdapat banyak 'jerung' untuk ditangkap bagi pelbagai produk. Bolehkah MyCC melakukan ini? Dalam satu kajian yang berkaitan dengan Lampu Kalimantang Mampat (compact fluorescent lights - CFL), kami telah menjalankan kajian pasaran dan menggunakan kaedah 'menamakan dan memalukan' (name and shame). Ada kumpulan syarikat yang berjanji kepada agensi kerajaan (semasa mesyuarat) apabila mentol pijar (mentol filamen) yang tidak cekap tenaga dihentikan penggunaannya secara berperingkat, syarikat ini bersedia membekalkan CFL pada 'tag' harga lebih rendah.
- Tetapi, selepas pengumuman mentol pijar akan dihentikan penggunaannya, harga CFL naik dan tidak pernah turun sehingga mereka pada dasarnya dinamakan dan dimalukan dalam laporan kami yang diterbit pada tahun 2012. Oleh itu, kami gesa pengguna menggunakan media sosial untuk menamakan dan memalukan barangan dan perkhidmatan yang tidak menawarkan harga berpatutan. Begitu juga, mengenali perniagaan yang baik dan menggalakkan kepada rakan anda.
- Beri pengajaran sepatutnya - Jangan lupa restoran francais termasuk restoran makanan segera yang berada dalam kedudukan lebih baik untuk mengekalkan kos rendah berikutan pembelian pukal. Mereka telah meningkatkan harga dan mengurangkan saiz makanan ditawarkan dengan ketara sejak beberapa tahun ini. Sektor perniagaan ini memerlukan pengajaran yang lebih pedih daripada rakyat Malaysia juga. Pada masa sama, gerai makanan juga mesti diingati oleh pengguna!
- Umumnya, rakyat Malaysia bersikap memaafkan dan tidak menuntut untuk barang dan perkhidmatan setanding kadar yang mereka bayar. Jika kita terus tidak menuntut dan menghukum peniaga yang menipu, peniaga terbabit akan mencari jalan untuk memerah lebih banyak daripada kita. Gunakan media sosial untuk mewujudkan gelombang menamakan dan memalukan. Jangan lupa, anda adalah bos. Jika anda (secara kolektif) tidak membeli, mereka terpaksa menutup kedai akhirnya. Pastikan momentum ini dikekalkan, sebagai pengajaran!
- AWER juga kerap dengar alasan bahawa 'biar pasaran menentukan.' Apa yang akan berlaku apabila sumber tenaga yang digunakan untuk sektor pengangkutan, sektor tenaga dan perindustrian akhirnya mencapai harga pasaran? Adakah peniaga akan mengikut trend dengan harga pasaran atau mereka hanya akan meningkatkan harga dan enggan untuk kurangkan harga apabila harga pasaran sebenarnya adalah rendah?
- Laksanakanlah penguatkuasaan di bawah undang-undang yang sedia ada. Pencatutan dan kartel tidak dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia. Ia begitu jelas dan mudah. Saya ingin petik kata-kata Profesor Albert Einstein: "Hanya dua perkara yang tak terhingga (infinite), alam semesta dan kebodohan manusia." Cuma, beliau lupa bahawa ketamakan manusia juga tiada hadnya!
Hatta `dalang' komplot guling Hadi
- PAS berdepan ancaman komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama.
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang digerakkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai PAS Pusat.
- Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepemimpinan ulama.
- “Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.
- “Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan perancangan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas.
- Fadhli seterusnya menyerahkan memorandum mendesak pemimpin-pemimpin terbabit untuk meletakkan semua jawatan dalam parti kepada wakil Pas Pusat.
- Beliau turut mengedarkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu termasuk salinan akuan berkanun dan cetakan skrin perbincangan kumpulan yang terlibat dalam komplot itu menerusi aplikasi WhatsApp.
- Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mengetuai bacaan doa selepas sidang akhbar bagi memohon kepada Allah SWT supaya melindungi parti itu serta Abdul Hadi dan golongan ulama daripada ancaman komplot dan pengkhianatan sama ada dari dalam atau luar Pas.
- Lebih 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi dan golongan ulama berhimpun di lokasi tersebut sambil memaparkan sepanduk untuk mendesak pemimpin-pemimpin parti yang didakwa terlibat dalam komplot supaya meletakkan jawatan.
- Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.
- Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.
- “Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami peroleh bahawa komplot ini menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” ujarnya.
- Fadhli mendakwa, mereka berupaya mensabotaj dan mencaturkan keputusan parti sehingga menjadikan Abdul Hadi kelihatan seperti boneka.
- “Sehubungan itu, kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya.
- Beliau menambah, lebih banyak pendedahan akan dibuat sekiranya pemimpin-pemimpin Pas terbabit tidak meletak jawatan.
- Sementara itu, Mohd. Hatta berkata, tuduhan Fadhli adalah tidak berasas dan beliau tidak berminat untuk memperbesarkannya kerana perkara sedemikian dianggap lumrah dalam parti.
- “Saya sudah tengok memorandum itu, yang gambar perbualan tersebut saya tengok bukan cetakan skrin tetapi gambar yang dirakam (snapshot),” jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
DAP enggan bincang hudud, Hadi tak minat sertai sidang akhbar
- PAS dan DAP masih tidak bersepakat tentang isu pelaksanaan hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu duduk semeja dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang.
- Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS mulai pukul 2 petang hingga 3.15 petang itu dikatakan berlangsung dalam suasana panas berikutan pendirian berbeza antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin kanan DAP.
- Difahamkan, Abdul Hadi tetap bertegas dengan pendiriannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan namun pada masa sama membantah hasrat DAP untuk memperkenalkan semula pilihan raya PBT di Pulau Pinang.
- Lebih memeranjatkan apabila Ahli Parlimen Marang itu terus beredar tanpa menyertai pemimpin-pemimpin kanan pakatan pembangkang yang lain termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.
- Sidang akhbar itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
- Sikap Abdul Hadi itu menimbulkan tanda tanya dan seolah-olah menggambarkan konflik yang melanda PAS serta DAP yang saling membantah dalam isu hudud dan pilihan raya PBT masih belum reda.
- Ekoran kegagalan kedua-dua parti itu mencapai persetujuan, pakatan pembangkang terpaksa menganjurkan mesyuarat khas yang dijangka berlangsung bulan depan untuk membincangkan isu hudud dan pilihan raya PBT.
- Anwar ketika mengetuai sidang akhbar itu berkata, mesyuarat khas tersebut bertujuan mencari jalan penyelesaian dalam dua isu membabitkan agenda perjuangan PAS dan DAP.
- “Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta pilihan raya PBT,” jelasnya.
- Beliau turut mengesahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini bagi memberi penerangan tentang enakmen tersebut.
- Walau bagaimanapun, Anwar tidak memberi penjelasan yang memuaskan ketika ditanya mengapa Abdul Hadi tidak menghadiri sidang akhbar itu.
- “Dia sampaikan salam. Sebenarnya dia tangguhkan program, dia patut tinggalkan majlis awal tetapi dia kekal sampai akhir mesyuarat,” jelasnya.
Friday, 26 December 2014
TNB henti sementara bekalan 2,195 pencawang
- Sehingga hari ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara bekalan 2,195 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah/kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.
- Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 164,633 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas.
- Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah Kelantan dengan seramai 144,077 pengguna dengan penutupan operasi 1,787 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat).
- Di TERENGGANU, penghentian operasi 131 PE di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula melibatkan 7,281 pengguna manakala di Pahang 13,275 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 277 PE.
- "TNB akan terus memantau pepasangannya seperti pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.
- “Lebih 1,000 warga kerja TNB telah ditugaskan di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu untuk tujuan ini”.
- “Selain tugas-tugas pemantauan pepasangan, kemudahan TNB juga digunakan untuk membantu kerja-kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.”
- "Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454," katanya.
- Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Pantai Barat hanya banjir kilat, KL dan Kelang mula diserang
- Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan.
- Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
- “Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap,” katanya.
- Beliau tidak menolak kemungkinan episod baharu hujan lebat akan berlaku pada Ahad ini di negeri Pantai Timur.
- Hisham turut menasihati mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berpotensi dilanda banjir agar bersiap sedia.
- Sebelum ini, Hisham dilaporkan berkata ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari dari November hingga Januari 2015 serta kawasan barat Sarawak dan Sabah dari Januari hingga Mac 2015.
- Kelang sudah mula diserang banjir kilat semalam. Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kawasan di Klang dekat sini mengalami banjir kilat, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
- Beliau berkata sehingga pukul 11 pagi ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan.
- Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti dinaiki air ialah di Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa, dengan paras air sedalam 0.5 meter manakala Kampung Budiman, Persiaran Hamzah Alang, Batu 5, Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru dinaiki air sedalam 0.6 meter.
- “Di Taman Sentosa, Klang sebanyak 15 buah rumah dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan dijalankan,” katanya.
- Mohd Sani berkata bagi kawasan Meru pula, sebanyak 12 rumah terlibat dalam kejadian banjir kilat tersebut dan setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai sebagai langkah berjaga-jaga.
- Menurutnya, kejadian banjir kilat di kedua-dua kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang akibat hujan lebat.
- Sementara itu di Kuala Lumpur, hujan lebat berterusan malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.
- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan pada 10.45 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
- “Bomba mendapati jalan tersebut mengalami banjir kilat dan paras air telah naik setinggi pembahagi jalan hingga memerangkap lima buah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
- Sementara itu, laman Twitter Informasi Bencana @PortalBencana dan PBanjir KL @PBanjirKL melaporkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air dan mengalami banjir kilat.
- Informasi Bencana @PortalBencana melaporkan Kampung Padang Balang berhampiran Sungai Gombak mengalami banjir kilat pada 12.12 pagi dan surut hampir sejam kemudian.
- PBanjir KL @PBanjirKL pula melaporkan, Kampung Puah dinaiki air sedalam 0.6 meter, Jalan Tun Razak berdekatan bangunan PERKIM, Jalan Rahmat (0.3-0.6 meter) dan Jalan Sentul Manis, Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh mengalami banjir kilat. Air mula surut di jalan berkenaan pada 12.11 pagi. - BERNAMA
Banjir menyelinap ke Johor
- Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.
- Di Johor, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.
- Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.
- "Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.
- Di Kelantan, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.
- Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.
- Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.
- Di Terangganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.
- Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272). Di Kedah, jumlah mangsa banjir menurun kepada 96 berbanding 157 orang pagi tadi.
- Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah, Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata dua pusat pemindahan di daerah Padang Terap di Dewan Kampung Tanjung Piring dan Dewan Kampung Sungai Kap ditutup pada 9.55 pagi.
- Dua lagi pusat pemindahan yang masih dibuka ialah Dewan Petunas Felda Lubuk Merbau bagi daerah Padang Terap dan SK Sungai Kecil Ulu, Mukim Bagan Samak bagi daerah Bandar Baharu.
- "Dua lagi pusat pemindahan dijangka ditutup dalam masa terdekat tetapi kami masih menunggu pengesahan daripada pejabat daerah terlibat," katanya kepada Bernama hari ini.
- Cuaca baik sejak awal pagi mungkin menjadi faktor utama banyak tempat yang dilanda banjir sejak semalam, beransur pulih. - Bernama
Bekalan makanan di Pantai Timur hampir habis
- Banjir yang melanda Kelantan lebih seminggu lalu hampir memutuskan semua bekalan barangan keperluan harian di beberapa daerah kritikal termasuk Kota Baru.
- Kebanyakan pasaraya dan kedai runcit kehabisan barangan seperti telur, beras, roti sejak dua hari lalu berikutan pembelian panik yang dilakukan orang ramai. Bekalan ikan bilis dan sayur-sayuran juga habis kerana ramai yang membuat pembelian panik, walaupun peniaga tidak membenarkan belian borong.
- Masih ramai rakyat Kelantan berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan dan air bersih walaupun bantuan disalurkan pelbagai pihak. Ini kerana ada kawasan terputus, manakala bekalan makanan hanya disalurkan di kawasan pemindahan mangsa banjir sahaja.
- Mengenai situasi mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang (pagi ini) dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.
- Pahang paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam.
- Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
- Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.
- Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).
- Di Kelantan, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.
- Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.
- Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).
- Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.
- Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.
- Di Terengganu, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang semalam.
- Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.
- Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286). Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.
- Di Perak, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam tadi.
- Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga. Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.
- Di Kedah, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi ini, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah.
- Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan. - Bernama
Wednesday, 24 December 2014
Malaysia gesa INTERPOL kemuka bukti jenayah al Qardawi
- Polis Antarabangsa (Interpol) digesa mengemukakan bukti terlebih dahulu bahawa ulama terkenal Mesir, Dr Yusuf al Qaradawi terlibat dengan aktiviti menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa seperti mana yang didakwa.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya pihak terbabit gagal mengemukakan bukti tersebut adalah perlu waran tangkap itu ditarik balik.
- “Situasi yang sangat sedih apabila seorang tokoh Islam yang berpengaruh dan memberi pandangan yang baik diperlakukan begitu. Saya berharap Interpol kemuka bukti terlebih dahulu terhadap penglibatan beliau yang dikatakan berbahaya itu dan umumkan kepada dunia,” katanya.
- Dalam pada itu ABIM naik angin apabila Interpol menuduh al Qardawi menggalakkan rakyat Mesir melakukan pembunuhan dan vendalisme itu merupakan satu fitnah yang tidak berasas.
- Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, waran tangkap itu dipercayai atas permintaan regim Al-Sisi yang penuh dengan dendam.
- "Kita nampak waran Interpol yang diminta oleh regim Al-Sisi adalah satu permintaan yang penuh dengan fitnah tidak berasas. Al Qardawi sendiri memang minta supaya orang muda menunjukkan contoh dengan membersihkan Dataran Rabiah selepas tunjuk perasaan itu," katanya.
- Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Al Qardawi yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan. Waran tangkap itu dikeluarkan selepas ulama itu dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
- Menurut laman webnya, notis merah terhadap al Qardawi, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
- Antara tuduhan terhadapnya ialah menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara serta aktviti vendalisme dan kecurian.
- Dalam pada itu, Abim membantah tindakan itu sambil menyifatkan permintaan kerajaan Mesir itu mempunyai dendam dan mengamalkan sikap double standard.
- "Regim Al-Sisi telah membebaskan Husni Mubarak daripada semua tuduhan tetapi cuba mensabitkan al Qaradawi dengan tuduhan yang tidak berasas. Sedang masyarakat mengetahui penindasan yang dilakukan oleh Husni Mubarak terhadap pejuang agama Islam (ulama) di Mesir," ujarnya.
- Sehubungan itu, Abim juga mengesa kerajaan Malaysia supaya menyatakan pendirian tegas terhadap tindakan Interpol itu.
- "Malaysia telah mengiktiraf ketokohan al Qaradawi, sudah tentu Malaysia sendiri ada asas untuk menyatakan sikap berubah iaitu membantah pengeluaran waran tangkap Interpol itu," katanya lagi.
- Manakala Pertubuhan Usahawan Halal Muslim Malaysia menyeru supaya NGO Islam lain bersatu mendesak kerajaan membantah tindakan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap al Qardawi yang dibuat berdasarkan permintaan Kerajaan Mesir.
- Naib Pengerusinya, Kamal Ariffin Abdul Rahman berkata, al-Qaradawi merupakan ulama yang mempraktikkan kesederhanaan seperti yang dituntut Islam dalam menyebarkan dakwah dan bukannya individu yang menyokong keganasan seperti yang didakwa.
- “NGO Islam sepatutnya menyokong kerajaan untuk membantu al-Qaradawi. Ini adalah satu bentuk ketidakadilan terhadap seorang tokoh ulama Islam yang telah banyak menyumbang kepada dunia. Atas alasan apa al-Qaradawi perlu ditahan? Tiada sebab sebenarnya ulama itu ditahan. Bukannya teori keganasan telah disebarnya,” katanya.
- Sementara itu, Pengerusi Khidmat Masyarakat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Ir Dr Faizul Amri Adnan berkata, jelas sekali itu adalah tindakan songsang yang dilakukan ke atas al- Qaradawi yang telah memberi begitu banyak sumbangan kepada dunia Islam.
- “Setelah begitu banyak sumbangan beliau berikan, ini balasan terhadapnya? Jelas sekali, sangat pelik tindakan mereka. Saya fikir waran tangkap itu tidak boleh diterima akal," katanya.
- Apapun, kata Faizul Amri, kita tidak seharusnya emosi dan perlu tenang menghadapinya meskipun umat Islam di Malaysia kini ramai yang bersimpati kepada al-Qaradawi. Saya percaya seluruh umat Islam dunia tahu isu ini,” katanya.
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia turut mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Interpol menarik balik notis tersebut dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.
- Dalam perkembangan yang sama Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Al-Qaradawi.
- Timbalan Presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus mendakwa tindakan itu berpunca daripada bantahan berterusan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi terhadap Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013.
- "Ikram berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana beliau adalah seorang ulama kontemporari yang moderat serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.
- "Kami meminta agar Interpol menarik balik waran tangkap ke atas Al Qardawi kerana pertuduhan ke atas beliau adalah tidak munasabah sama sekali," katanya dalam satu kenyataan.
- Sehubungan itu, Hasanuddin menggesa kerajaan agar bersikap tegas dan mengambil tindakan segera terhadap tindakan Interpol itu.
- "Malaysia digesa menggunakan kedudukannya selaku ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pengaruh dalam Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik dakwaan terhadap tokoh dunia Islam itu. Ikram juga merayu kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat mendoakan keselamatan dan kesihatan tokoh ulama besar tersebut," katanya lagi.
Tuesday, 23 December 2014
Asas kekuatan Melayu mudah dilarutkan
- Tema yang hendak dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah soal betapa perlunya unsur perpaduan dalam memastikan kuasa politik terus dapat dipertahankan oleh orang Melayu.
- Katanya, hakikat perwakilan politik Melayu kini diungguli tiga entiti politik – Umno, PAS dan PKR -- menonjolkan realiti bahawa kini asas kekuatan politik Melayu amat mudah dilarutkan.
- Walaupun orang Melayu mempunyai kelebihan membentuk seramai 60 peratus daripada keseluruhan pemilih dalam sistem demokrasi negara, kini ada tiga parti yang menawarkan khidmat kepimpinan politik kepada mereka.
- Hukum akal mengatakan jika peratusan ini dibahagi secara saksama, setiap parti akan dapat meraih kira-kira 20 peratus sokongan Melayu sepihak.
- Ini bermakna jika dikumpulkan sokongan Melayu kepada PAS dan PKR di bawah satu payung Pakatan Rakyat, 40 peratus Melayu masih belum boleh membentuk sebuah kerajaan majoriti di Malaysia.
- Ini bermakna jika mahu mendapat kuasa politik dan memerintah negara ini, sudah tentu, PAS dan PKR perlu kepada bantuan dan ihsan politik daripada rakyat bukan Melayu.
- Bagi memudah bicara, Tun Mahathir mengkelompokkan pengundi bukan Melayu sebagai Cina dan menyebut ihsan politik yang diperlukan itu tentulah daripada rakyat kelompok ini.
- Kini pola kesatuan politik pengundi Cina yang mewakili bukan Melayu ialah DAP. Lantas yang memegang teraju “kata putus” dalam menentukan sama ada kuasa politik selama 57 tahun yang didominasi Melayu-Umno, bakal berpindah ke tangan DAP.
- Malah trend pilihanraya umum lalu menunjukkan memang magnet politik di Malaysia ialah DAP. Ia memenangi 38 kerusi parlimen berbanding 30 PKR dan 21 PAS.
- Mujur realiti politik tidak begitu mudah dicongak. Dalam PRU lalu, Umno sendirian memenangi 88 daripada 120 kerusi parlimen yang ditandinginya. Umumnya boleh disimpulkan PKR dan PAS kini mempunyai 46 (PAS 21, PKR 15) kerusi parlimen Melayu.
- Memang ada banyak faktor yang menentukan kemenangan ketiga-tiga parti berteras Melayu ini. Paling utama ialah soal sokongan dan tokokan undi daripada bukan Melayu. Sebab itu kerjasama dengan parti bangsa lain itu penting.
- Sesungguhnya Tun Mahathir yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun cukup akur hakikat ini. Yang menjadi fokus sekarang ialah adakah status quo politik ini wajar dipertahankan?
- Tamadun manusia menunjukkan bahawa jika terlalu lama sesuatu kaum majoriti di sesebuah negara dinafikan kelebihan bilangan mereka untuk memerintah dan memeta halatuju negara, ia akan pasti menjadi “ancaman” kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara itu sendiri.
- Lambat laun faktor bilangan ini akan meluapkan semangat kaum teras untuk menuntut tempat mereka dalam hiraki pentadbiran negara. Malaysia belajar mengenai hakikat ini pada tahun 1969. Sejarah Afrika Selatan juga tidak jauh berbeza.
- Apabila soal “bilangan” tidak disaksamakan dengan faktor “hak”, pasti ia akan memercikkan kecurigaan, iri hati, kebencian dan mengundang keganasan.
- Maka fokus Tun Mahathir membangkitkan soal kuasa Melayu ini adalah bagi meraikan hakikat bahawa perhatian harus diberi kepada pembelaan orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi bangsa teras di negara ini.
- Namun memang menjadi ragam siasah, setiap kenyataan politik akan mengundang pelbagai reaksi dan serangan daripada parti pesaingnya jua.
- PKR segera menegaskan bahawa soal hilang kuasa politik Melayu bukan masalahnya kerana ia adalah sebuah parti berbilang kaum. Sementara DAP pula menyindir bahawa yang lebih gusar Melayu hilang kuasa politik ialah Umno.
- Isu sebenar di sebalik kemelut dan dilema politik Malaysia ialah masih perlukah ada konsep bangsa teras dalam membina sesebuah negara?
- Jika diperinci senario di Malaysia hari ini, konsep inilah yang cuba hendak dikuburkan oleh Pakatan Rakyat.
- Dengan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR menggembleng masa dan tenaga untuk meleburkan dominasi Umno dan memusatkan perhatian orang Melayu kepada partinya (dan mungkin juga PAS), ia secara langsung menghakis pengaruh dan kuasa politik Melayu.
- PKR nampaknya menjadi agen kepada DAP untuk melabelkan suara majoriti Melayu – Umno – sebagai bersikap rasis dan jika mereka cuba kembali berpegang teguh kepada agama mereka – Islam – akan dijenamakan sebagai ekstremis pula.
- Demikian ialah gula-gula politik PKR untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu ia berjuang untuk kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia. Walhal hasrat asasnya ialah untuk menggunakan bukan Melayu untuk melonjakkannya berkuasa.
- PAS pula teruja untuk turut menyambar kuasa dengan bantuan, kerjasama dan ihsan DAP. Sebab itu ia dalam Pakatan Rakyat. Status ini dihalalkan dengan menjaja konsep tahaluf siyasi.
- Namun kini apabila sudah terang dan nyata bahawa DAP apabila sudah mula selesa dalam kedudukan sebagai “tauke kuasa politik” di Malaysia, ia menunjukkan sikap tidak perlukan sangat sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat.
- Kini dengan gigih dan celuparnya DAP menyindir dan mencela PAS kerana perjuangan hudud yang dianggap “nyawa”nya dan memperlekeh sistem kepimpinan PAS di hadapan khalayak.
- Reaksi kalangan ulama PAS adalah tegas – sama ada DAP suka atau tidak, hudud tetap diteruskan juga. Namun sedihnya, ada pula di pemimpin “progresif” PAS yang “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” masih mahu menatang DAP “bagai minyak yang penuh” dan mahu tahaluf siyasi dipertahankan.
- Bagi DAP, sokongan PKR sudah memadai. Memahami bahawa PKR pun mempunyai ramai keahlian bukan Melayu, kerjasama dengan parti itu adalah “selamat” bagi DAP untuk merebut fungsi penentu halatuju politik Malaysia.
- Dalam konteks ini di mana salahnya jika Tun Mahathir menyatakan parti-parti politik Melayu seperti PKR dan PAS terpaksa “mengemis” kuasa politik daripada parti orang-orang Cina (bukan Melayu)?
- Bagaimanapun dalam kes Umno, ia memang sudah lama insaf keperluan bekerjasama dengan rakyat keturunan bukan Melayu memeta pembangunan Malaysia berdaulat, bermula dengan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional.
- Namun dalam kes PKR terutamanya ia adalah sebuah parti politik yang mendakwa berbilang kaum tetapi sebenarnya kini sedang membuka pintu kuasa Malaysia kepada bukan Melayu.
- Yang dikhuatiri Tun Mahathir ialah Melayu nanti “menang sorak tetapi kampung tergadai”. Berjaya tumbangkan Umno tetapi DAP pula yang mendalangi kuasa politik Malaysia. PKR hanya tempelan wajah Melayu tetapi bakal jadi pak turut DAP sahaja. – Oleh: Zainal Salleh
Jakarta sunk 4 meters over the past 3 decades
- Greater Jakarta, an agglomeration of 28 million people, sits on a swampy plain that has sunk four meters over the past three decades.
- "Jakarta is a bowl, and the bowl is sinking," said Fook Chuan Eng, senior water and sanitation specialist with the World Bank, who oversees a US$189 million (RM661 million) flood mitigation project for the city.
- The channels of the Ciliwung and other rivers are sinking. The entire sprawl of Jakarta's north coast – fishing ports, boatyards, markets, warehouses, fish farms, crowded slums and exclusive gated communities – it's all sinking. Even the 40-year-old seawall that is supposed to keep the Java Sea from inundating the Indonesian capital is sinking.
- Just inside the seawall sits Muara Baru, a kampung that is home to more than 100,000 people. It is now at least 1.8m below sea level, and residents like Rahmawati, a mother of two small children, gaze upward from their front stoops to view the sea.
- "When there's a high tide, the ships float almost at the same height as the seawall – we can see the ships from here," said Rahmawati.
- Flooding from overflowing rivers and canals in the area is at least an annual event that forces Rahmawati and the rest of the kampung to evacuate to public buildings nearby. High-water marks from the last big flood, in 2013, are still visible on the walls of the kampung.
- ‘Worst sinking city’ - Jakarta is sinking because of a phenomenon called subsidence. This happens when extraction of groundwater causes layers of rock and sediment to slowly pancake on top of each other.
- The problem is particularly acute in Jakarta because most of its millions of residents suck water through wells that tap shallow underground aquifers. Wells also provide about a third of the needs of business and industry, according to city data.
- "It's like Swiss Cheese underneath," Fook said. "Groundwater extraction is unparalleled for a city of this size. People are digging deeper and deeper, and the ground is collapsing."
- The effect is worsened by the sheer weight of Jakarta's urban sprawl. Economic development in recent decades has transformed the city's traditional low-rise silhouette into a thickening forest of high-rise towers. The weight of all those buildings crushes the porous ground underneath.
- Previous articles in this series have focused on rising seas, which are climbing as the warming atmosphere causes water to expand and polar ice to melt. Ocean levels have increased an average of 20cm globally in the past century, according to the United Nations-backed Intergovernmental Panel on Climate Change.
- But in many places – from metro Houston, Texas, and cities on the US East Coast to the megacities of Southeast Asia – the impact of subsidence, due mainly to groundwater extraction, has been greater. Manila is sinking at a rate of around 9cm a year. Ho Chi Minh City, Vietnam, is subsiding 7.6cm a year, and Bangkok around 2.5cm.
- This has been happening even as populations around the world have tended to concentrate along low-lying coastal land. In 2010, an estimated 724 million people around the world lived in what researchers consider low-elevation coastal zones – coastal areas 10m or less above sea level. That number increased 34% from 538 million people in 1990, according to a Reuters analysis of data developed by the Socioeconomic Data and Applications Centre at Columbia University.
- The phenomenon has been most pronounced in Asia, home to the top five nations in terms of population growth in vulnerable coastal areas. In China, that population rose 29% to 162 million during the 20-year period; in India, the increase was 43% to 88 million; and in Bangladesh, it was 46% to 68 million.
- In Indonesia, the number of people living in vulnerable coastal areas was 47.2 million – one of the highest totals in the world, and up 35% since 1990.
- Higher seas, sinking cities and more people mean worsening impacts from storms and floods. And the frequency of these events is increasing, too. Recorded floods and severe storms in Southeast Asia have risen sixfold, from fewer than 20 from 1960 to 1969 to nearly 120 from 2000 to 2008, according to an Asian Development Bank study.
- No city is subsiding faster than Jakarta. As a whole, the city is sinking an average of 7.6cm a year, far outpacing the one-third inch annual rise in mean sea level in the area. The coast near Jakarta is sinking at a much greater average of 15cm a year – and in some places as much as 28cm – according to a 10-year study by a team of geodynamics experts from the Institute of Technology Bandung.
- Today, 40% of the city is below sea level. "Jakarta is the world's worst sinking city," said JanJaap Brinkman, a hydrologist with the Dutch water research institute Deltares, who has spent years studying the city's subsidence and helping devise solutions for it.
- Little can be done to halt the slow upward creep of the seas. But it is possible to stop subsidence. Jakarta has regulations limiting the amount of water that can be extracted daily from licensed wells. A public-awareness campaign on television urges viewers to "save groundwater for the sake of our nation." But enforcement is weak, and illegal wells are rife in the city.
- About three-fourths of residents rely on groundwater. Many of them are refusing to connect to the piped water distribution system because it is more expensive, is not always available and sometimes looks dirty coming out of the tap.
- The city has a moratorium on new mall construction, mainly to ease notorious traffic congestion, but has otherwise not tried to temper the building that weighs on the ground below.
- Watershed moment - Unable to stop itself from sinking, Jakarta has focused its attention on walling off an inevitable inundation from the sea. A February 2007 storm was literally a tipping point for moving the government to act.
- A strong monsoon storm coinciding with a high tide overwhelmed ramshackle coastal defences, pushing a wall of water from Jakarta Bay into the capital. It was the first time a storm surge from the sea had flooded the city. Nearly half of Jakarta was covered by as much as 4m of muddy water. At least 76 people were killed, and 590,000 were left homeless. Damage reached US$544 million.
- As Jakarta cleaned up, then-president Susilo Bambang Yudhoyono formed a task force to come up with a strategy to deal with more frequent flooding.
- One option discussed was to move the overcrowded capital to higher elevations southeast of the city or to another island altogether, said Robert Sianipar, a top official from the Coordinating Ministry of Economic Affairs, which convened the task force. With 5,585 people per square km, Jakarta is among the 10 most densely populated cities in the world.
- Another thought was simply to abandon the old city district of north Jakarta. Both ideas were dismissed. Jakarta is the economic hub of Indonesia, contributing 20% of the nation's gross domestic product. Allowing the sea to claim 40% of the capital city, home to nearly half of Jakarta's population, was unthinkable, Sianipar said.
- "If we abandon north Jakarta, that would cost US$220 billion in assets – not to count the number of people and productivity that would have to be replaced," he said.
- The group decided to focus on bolstering coastal defences and refurbishing the crumbling flood canal system. The Dutch government offered technical assistance.
- The height of the existing 32km seawall was raised in 2008. But as that structure slips under the waves, it offers little protection against another big storm surge, or even a moderately high spring tide. At high tide in some places, the city's old seawall can barely be seen poking above the water's surface, both because the sea is rising and because the wall itself is sinking into soft alluvial sediments.
- The World Bank warned in a 2012 report that catastrophic floods would soon become routine in Jakarta, "resulting in severe socio-economic damage."
- The task force was still trying to decide on an overall strategy when the World Bank's prediction came true in January 2013: parts of the city were submerged under 1.6m of water after a heavy monsoon storm. Days later, Susilo ordered the task force to take a bolder approach.
- The result was the National Capital Integrated Coastal Development Master Plan, better known as the "Giant Sea Wall" or the "Great Garuda," for its resemblance from the air to the bird-god of Hindu mythology that is Indonesia's national symbol. The US$40 billion complex will include a 24km outer seawall and 17 artificial islands that will close off Jakarta Bay.
- Construction of the first stage of the plan, a new 1.8m-wide inner seawall just behind the existing one, was launched on October 9. The inner seawall is aimed at buying time, holding off another inundation until the new outer wall of the Great Garuda provides long-term protection.
- The Great Garuda won't, however, restore the flow of some of the sinking city's 13 rivers and various canals into Jakarta Bay.
- Some of the channels drain into floodwater retention lakes, a magnet for new migrants from outlying provinces who squat illegally around their perimeters. Pumping stations then spew the highly polluted water from these lakes the last few hundred yards into Jakarta Bay.
- More and bigger such lakes will soon be needed to discharge the water of all other rivers and canals, including the large flood canals, according to the NCICD Master Plan.
- "You're talking about pumping lakes up to 100 sq km," said Victor Coenen, Indonesia chief representative for Dutch engineering and consulting firm Witteven+Bos, who was part of the government's Dutch consulting team. "Where do you find room for that in a densely populated city?"
- The Great Garuda would solve that problem by creating a single gigantic storage lake in Jakarta Bay, enclosed by the inner and outer seawalls and fed by pumping stations onshore. "If it comes to that, I'd prefer to have the one big black lagoon offshore," Coenen said.
- To prevent the Great Garuda from looking like a great black lagoon, the city must address another huge priority – providing clean piped water to most of its citizens and setting up waste treatment facilities so the rivers and canals no longer have to function as open sewers.
- ‘Not a drop to drink’ - Jakarta under Dutch rule was known as Batavia, styled "the Queen of the East" for its distinctive colonial architecture and tree-lined canals. Closer inspection of the coast revealed "a dismal succession of stinking mud-banks, filthy bogs and stagnant pools (that) announces to more senses than one the poisonous nature of this dreadful climate," British writer John Joseph Stockdale observed in his 1811 book, "Island of Java".
- Then as now, "stagnant canals" functioned as open sewers and exhaled "an intolerable stench." In the wet season, "those reservoirs of corrupted water overflow their banks in the lower part of town, and fill the lower stories of the houses where they leave behind an inconceivable quantity of slime and earth".
- Today, the city has just one small wastewater treatment plant that serves the central business district. Almost everyone uses septic tanks or dumps waste into neighbourhood sewers that flow into the canal system.
- The slime has mounted over the centuries in the canals, and their embankments have risen in a failing effort to contain the floodwaters. The canals that flow to the sea or into the coastal retention ponds have lost up to 75% of their capacity, said Brinkman.
- The city is near the end of a three-year project to deepen the canals and increase the height of their walls. But the homes alongside them are often below the level of the canals now, leaving no "vertical escape" to the rooftop in a flood, he said.
- A city with an extensive canal system and a tropical rainforest climate should not have a water shortage. Yet only about a quarter of Jakarta's population is connected to the city's piped water system. Half draw their water from wells, and the other quarter buy from vendors who get their water from both legal and illegal public wells.
- Some city residents who could have access to piped water prefer to use groundwater because connection fees – a month's minimum wage – and additional charges on the bill make it much more expensive than a backyard well.
- Piped water is also unpopular because it is often filthy when it comes out of the tap. There's a good reason for that: half of Jakarta's water supply comes from the basin of the Citarum River, which the Asia Development Bank has dubbed "the world's dirtiest river".
- It is so clogged with industrial and agricultural effluents and waste from the teeming settlements along its banks that it almost seems like you could walk across parts of the river.
- Groundwater is hardly better. Nearly 70% of the wells in the city are contaminated by the E. coli bacteria from leaking septic tanks, according to a study conducted by the city government.
- The water crisis has been a boon to the increasing ranks of water vendors who drag long carts filled with 20-litre jerrycans of water around the kampung. One jerrycan costs about 500 rupiah (15 sen).
- They are especially prevalent in the coastal districts, where subsidence has allowed saltwater to flow into the water table, making well water undrinkable. And in some areas along the coast, piped water is only sporadically available during the day.
- The Jakarta government does not publish data on the volume of groundwater use. But the city's new governor, Basuki Tjajaja Purnama, said illegal use of groundwater had reached "alarming levels".
- He said he will start enforcing a 2008 law that imposes fines of up to 1 billion rupiah and jail terms of six years for those who misuse groundwater.
- The concrete jungle is not only an intensive water user, it has also taken over natural drainage sites and green areas, preventing the water tables below from being recharged. Instead of seeping into the ground, monsoon rains now wash into the canals and out to the sea.
- In 2009, the Ministry of Environment came up with a novel idea to restore the water tables: it issued a decree requiring homeowners and commercial buildings to store rainwater in 92cm-deep "biopore cylinders" on their properties to absorb and store rainwater. The decree has no enforcement mechanism, and the city environment ministry could not say how many cylinders had been installed.
- On the move - The city has recently tried another tack in its water wars: evicting settlers to create green areas along the coast.
- Tens of thousands of squatters occupy large swathes of the Muara Baru kampung, behind the seawall and around a retention pond, scavenging, collecting green mussels or shrimp from the dirty water, or picking up work in the boatyards.
- Every year, the floods come, people evacuate to public buildings, and the kampung sinks some more. "It's not that bad," says Sukiman, a 41-year-old father of three and a neighbourhood chief in Muara Baru. "We can live here."
- But Muara Baru's days appear to be numbered. The city has begun shifting the residents to create green space and to restore the Pluit retention pond, which had become clogged with rubbish and waste.
- Those who have a residency card may be eligible to get an apartment in new high-rise public housing projects. Those buildings, going up alongside luxury apartments and retail stores, will add to the weight pressing down on steadily subsiding land and – as with other besieged coasts around the world facing rising sea levels – only worsen the problem. – Reuters
Subscribe to:
Comments (Atom)
















