- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut.
- Beliau menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord) dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal.
- "Kita perlu buktikan ‘warlord’ bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.
- "Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam Umno. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal," kata Muhyiddin.
- Muhyiddin mengakui terdapat ramai 'warlord' dalam Umno yang beranggapan mereka berkuasa dan mampu mengugut pemimpin atasan parti dalam pilihan raya.
- "Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.
- "Dengan sokongan pengikut, 'warlord' akan menggugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya," katanya.
- Sekiranya budaya tersebut tidak dihalang, Muhyiddin bimbang Umno kelak dipenuhi pemimpin tidak berbolehan dan berkelulusan tetapi mereka yang memiliki wang sahaja.
- "Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.
- "Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata 'money is everything in politics'. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya," katanya.
- Muhyiddin juga berkata perkara itu sebagai punca barah politik wang dalam Umno akan semakin membesar.
- "Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Apabila berlaku keadaan begitu, Umno akan hilang kepercayaan daripada rakyat dan akhirnya menolak parti.
- "Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap Umno.
- "Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita," katanya.
- Dalam ucapannya lagi, Muhyiddin menggesa supaya budaya itu dihentikan segera sekiranya mahu melihat kelompok anak muda berminat untuk bersama Umno, jika tidak mereka bakal berdepan kehilangan sokongan hampir 60% pengundi yang terdiri daripada Gen Y itu.
- "Untuk itu, kita perlu mempersiapkan Umno untuk menjadi parti masa hadapan, parti harapan umat Melayu, parti idaman generasi muda Melayu dan parti yang sesuai dengan dinamika politik nasional," katanya.
- Muhyiddin berkata, penghalang antara Umno dan rakyat perlu dikurangkan dan dipecah melalui kerja sukarela, yang akan membawa mereka lebih dekat dengan akar umbi.
- Komen YBN: Budaya sebegini sudah menyelinap dalan Umno cukup lama dan amat sukar bagi parti itu mengubahnya melainkan ada kesungguhan daripada pucuk pimpinan itu sendiri.
- Muhyiddin sendiri sudah begitu lama dalam Umno dan sepatutnya masak dengan budaya sebegini. Menyeru Umno supaya menghentikan budaya itu boleh dikatakan sudah `hampir terlambat’ kerana beliau tidak memiliki apa-apa lagi di dalam kerajaan.
- Dan besar kemungkian beliau akan dipecat daripada Umno sedikit masa lagi kerana dikatakan tidak sehaluan dengan Presiden Umno.
- Blogger-blogger politik sudah mula meramalkan hari-hari terahir beliau dalam Umno pada sekitar September ini juga bersama beberapa pemimpin lain yang disingkirkan daripada kabinet baru-baru ini.
- Beberapa Menteri Besar juga dijangka terlibat dalam rombakan parti dan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri yang berketurunan bugis Sulawesi.
- Pada masa yang sama pengikut Muhyiddin juga meramalkan Presiden parti itu sendiri akan tersingkir selewat-lewatnya tahun depan apabila Sultan Johor menjadi Yang Dipertuan Agong bagi mengisi giliran.
- Penyudahnya rakyat Malaysia terus pening kepala dengan pertelingkahan dalan kerajaan dan parti UMNO.
- Semua pemimpin dan juak-juak menyatakan kebenaran masing-masing sehingga rakyat terkeliru pemimpin mana yang mempertahankan kebenaran dan pemimpin mana yang dizalimi.
- Hanya kuasa rakyat bakal menentukan segalanya dan itu hanya berlaku pada pilihan raya umum, bukannya di jalan raya.
- PRU14 menjadi pertaruhan paling berisiko pada UMNO kerana ia bakal menentukan samada parti itu masih mampu bertahan atau jatuh tersembam ke buminya sendiri.
- Persoalannya, ramai yang tidak sanggup menunggu kekalahan UMNO pada PRU14 sementelahan dengan pelbagai skandal yang membabitkan Perdana Menteri dan isteri.
- Tanpa UMNO, Melayu akan menjadi bangsat kata Perdana Menteri. Namun tanpa Perdana Menteri yang ada sekarang, Melayu dijamin tidak akan menjadi bangsat, kata bekas Perdana Menteri. Pening. Pening.
Thursday, 3 September 2015
Benarkah YB UMNO hanya untuk orang berduit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment