- Khabarnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan supaya mengenakan GST pada semua jenis perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
- Khabar ini bukannya dikutip bertebaran di kedai kopi yang boleh dinafikan oleh mana-mana menteri mengikut kelantangan suara dan tekak politik parti masing-masing.
- Khabar ini datang dari istana Johor dan gundah gulana itu diluahkan secara rasmi oleh Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui titah dalam perasmian Persidangan Ke-13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
- Pada sesi DUN itu tuanku telah menyentuh banyak pekara mengenai hal ehwal Johor termasuk menegur pelaksanaan GST yang turut dikenakan ke atas perkhidmatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Bernama melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah supaya pelaksanaan GST perlu sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat.
- “Saya dimaklumkan kerajaan negeri dan PBT turut diarah mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan. Perkara itu tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab kepada rakyat.
- “Tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat. Oleh itu, saya minta kerajaan negeri dan PBT tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan diberikan dan minta pengecualian daripada kerajaan Persekutuan,” titah baginda.
- Dalam pada itu, baginda mahu kerajaan negeri sentiasa merancang penuh teliti dengan menyediakan satu pelan induk pembangunan yang menyeluruh dan sentiasa dipantau serta dikaji kesesuaiannya supaya selaras perubahan ekonomi dan kehendak rakyat.
- Titah baginda, biarpun kedudukan kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan baik, perbelanjaan sesuka hati harus dielakkan kerana perlu bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak menentu pada masa akan datang.
- Sedihnya rungutan baginda Sultan Johor tidak mendapat reaksi mana-mana menteri dan KPDNKK. Mungkin juga luahan isu GST dari Johor tenggelam dengan keriuhan PRK Permatang Pauh dan Rompin yang bertali arus sejak beberapa hari lalu.
- Media dan blogger juga sibuk melancarkan serangan demi serangan ke atas parti lawan atau pihak yang tidak disenangi biarpun keputusan sudah ditentukan menerusi undi.
- Menang kalah di kedua-dua kawasan itu menjadi bahan bual yang tak berkesudahan sambil mereka membayangkan serta meramalkan keputusan PRU14 samada kekal di pangkuan BN atau tumpas ke tangan pembangkang yang dahagakan kuasa politik sejak merdeka.
- Pelbagai teori, analisa dan hujah didebatkan dalam media sosial yang dilampiaskan oleh blogger dari pelbagai cabang ideologi. Semuanya sangat teruja untuk melihat artikel mereka dibaca oleh seramai mungkin manusia di muka bumi.
- Lalu titah Sultan Johor terus tenggelam dihimpit kemelut pertelagahan dari dua blok politik terbesar di Malaysia.
- Titah tuanku juga tenggelam dengan kemeriahan pelbagai isu nasional seperti skandal pelaburan 1MDB, pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB dan serangan bertali arus Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri sekarang ini.
- Rakyat `terkujat’ dengan pembentangan semua isu nasional itu walaupun penjelasan sudah dibuat. Kini kemunculan GST pula terus memeningkan rakyat.
- Rakyat kini sedang gigih bergelut dengan kartel perniagaan yang dikuasai bangsa Cina yang sengaja menipu pengguna (majoriti Melayu miskin) dengan mengenakan dua kali atau tiga kali GST dan pada masa yang sama menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mengikut sesuka hati.
- Belum sempat menarik nafas semput, rakyat Malaysia kini berdepan dengan satu lagi isu GST yang membabitkan perkhidmatan kerajaan negeri dan PBT.
- Ramai tidak perasan dengan kehadiran isu itu. Namun apabila Sultan Ibrahim membangkitkannya di perasmian sidang DUN Johor, maka sekali lagi bergegarlah tiang dan lantai kesetiaan setiap lapisan masyarakat Malaysia.
- Mereka sudah mula membayangkan akan berlaku kenaikan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri dan PBT seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai jamban, premium tanah, ladang, kilang dan sebagainya.
- Pastinya Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Hassan Malek sedang menyiapkan skrip terbaik untuk mendepani persoalan yang dibawa oleh Sultan Johor.
- Mendepani persoalan yang dibawa oleh rakyat biasa terutama dari kampong mungkin boleh dibalut dengan seloroh Mat Maslan: “Apa yang kita makan dan pakai semua harga itu akan turun apabila GST dilaksanakan”
- Tetapi bolehkah Mat Maslan dan rakan-rakan tampil ke ruang udara dengan berseloroh seperti itu kepada persoalan yang dibawa oleh Sultan Johor? Kita lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini.
Friday, 8 May 2015
Rakyat berdepan GST khidmat kerajaan dan PBT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment