- Umat Islam menjadi bingung apabila ada pihak mengatakan apa jua jenis cukai termasuk GST yang dikenakan ke atas mereka adalah HARAM manakala sebahagian yang lain mengatakan HARUS.
- Perbezaan pendapat sedemikian adalah kerana mereka yakin dengan maklumat yang diperolehi melalui internet atau ceramah di surau dan masjid berdekatan kawasan masing-masing.
- Apabila berlaku perbezaan sebegini, mereka membuat kesimpulan dengan mengukur kredibiliti penceramah pula.
- Penceramah seperti Fathul Bari, Kazim Elias dan beberapa lagi disifatkan sebagai ustaz Umno, manakala penceramah seperti Azhar Idrus pula dianggap sebagai ustaz PAS. Maka akidah umat Islam kini sudah bersandarkan kepada falsafah politik.
- Orang PAS akan menolak apa pun maklumat dari penceramah Umno, manakala orang Umno juga menolak maklumat yang disampaikan oleh ustaz PAS. Kekecohan yang sama berlaku dalam PKR dan DAP kerana masing-masing ada `ustaz peliharaan’.
- Persoalannya ceramah yang mana satu betul? Bagi mengelakkan kekeliruan yang maha kelam kabut itu, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi UTM menjelaskan bahawa terdapat tiga pandangan mengenai hukum mengutip cukai daripada rakyat, menurut perspektif ulama.
- Pengarahnya Prof Madya Dr Arieff Salleh Rosman berkata, tiga pendapat itu adalah (1) HARAM, (2) HARUS TETAPI BERSYARAT dan (3) HARAM TETAPI BERSYARAT.
- “Ulama bermazhab Hambali menyatakan haram. Sebagai contoh, katanya, Ibnu Muflih menjelaskan diharamkan mengambil cukai daripada harta seperti yang dikutip oleh raja daripada rakyat.
- “Ulama terdahulu juga mengemukakan pendapat yang sama. Ibnu al-Azraq menjelaskan antara contoh siasah yang batil menurut syarak ialah mengutip cukai secara zalim,” kata Dr Arieff pada Seminar Kebangsaan GST Menurut Perspektif Islam.
- Bagi pendapat kedua, kerajaan harus mengenakan cukai sekadar memenuhi keperluan umum pentadbiran negara.
- “Imam al-Syatibi ketika mengulas isu pemimpin mengutip cukai daripada rakyat yang kaya ketika wujud keperluan berkata, (ia dibolehkan) untuk menjaga perbatasan negara dan memelihara kestabilan sedangkan jumlah tentera semakin meningkat dan perbendaharaan tidak mencukupi.
- "Pemimpin yang adil boleh mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya bagi memenuhi keperluan itu," katanya.
- Menurutnya, imam itu berpendapat, cukai juga boleh dikutip jika, tanpa mengutip cukai, kuasa pemimpin yang adil akan tergugat dan negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir.
- Menurutnya, jika sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat hanya dikhususkan kepada zakat, maka perbelanjaan negara akan terjejas.
- “Agihan zakat yang dikutip ditetapkan oleh ALLAH. Jika sesuatu perbelanjaan negara tidak berkaitan dengan lapan asnaf zakat, maka sumber zakat tidak boleh digunakan.
- “Sebagai contoh, ulama berpendapat, harta zakat tidak boleh digunakan untuk membina jambatan, membina jalan raya, mendalamkan sungai, membina sekolah dan masjid,” katanya.
- Bagi pendapat ketiga yang mengatakan hukumnya haram mengutip cukai tetapi dibenarkan dengan bersyarat, Arieff Salleh berkata, majoriti ulama menyatakan cukai itu hanya untuk sementara waktu dan ia dikenakan ke atas rakyat yang kaya pada kadar tertentu.
- “Imam al-Ghazali menjelaskan, jika terdapat keperluan, kerajaan dibenarkan mengutip cukai tambahan daripada orang kaya," katanya.
- Berdasarkan penjelasan itu, diharapkan umat Islam dapat menilai status percukaian di Malaysia terutama sekali GST yang sedang hangat diperkatakan.
- Oleh kerana kita hidup di sebuah negara yang bernama Malaysia, maka adalah satu tanggungjawab umat Islam untuk mematuhi Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Ini kerana kita adalah umat Islam biasa yang tidak mampu mengupas persoalan hukum kerana kecetekan ilmu.
- Dalam konteks GST, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan perlaksanaan cukai itu adalah HARUS. Keputusan itu telah diumumkan di laman web www.e-fatwa.gov.my hasil muzakarah ketika bersidang pada 21 dan 22 Oktober 2014.
- Kini GST sudah dilaksanakan. Seperti yang diduga ia memberi kesan buruk kepada pengguna. Rakyat termiskin juga terkesan dengan cukai itu walaupun ramai menyedari ia merupakan satu komplot di kalangan peniaga yang sengaja mahu membebankan rakyat.
- Jika rakyat terkesan dengan GST, mereka akan membenci kerajaan dan besar kemungkinan akan menentang kerajaan pada PRU akan datang. Itulah sebenarnya matlamat pakatan peniaga (maaf cakap kebanyakan mereka Cina) yang sengaja memanipulasi harga barangan dan perkhidmatan dengan niat tertentu.
- Kini GST bukan lagi satu perjuangan untuk memberi keselesaan kepada pengguna tetapi dijadikan landasan politik untuk menolak kerajaan sedia ada.
- Oleh kerana 65 peratus atau 17 juta daripada 30 juta penduduk Malaysia adalah Melayu Islam, maka isu GST telah sengaja dikelirukan dari aspek hukum oleh segelintir pihak yang ditaja oleh musuh Islam.
- Ada juga kalangan pendakwah tidak perasan mereka telah dipergunakan oleh musuh Islam supaya menentang kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam di Malaysia. Mereka lebih yakin bahawa kerajaan baru nanti lebih adil dan memberi kesejahteraan kepada umat Islam.
- Hal yang sama telah berlaku di Singapura pada awal tahun 1960an yang mana umat Melayu Islam ketika itu telah memberi kepercayaan dan harapan kepada Lee Kuan Yew (mendiang) memartabatkan Islam dan bangsa Melayu.
- Hari ini Singapura dibangunkan dengan pantas oleh bangsa Cina, manakala bangsa Melayu Islam hanya wujud sebagai pendokong kerajaan sahaja dan kuasa politik dan ekonomi Melayu tidak dapat dikembalikan kerana `janji sudah dicapati'.
- Dalam konteks Malaysia, musuh Islam telah lama berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang melalui serangan politik, ekonomi dan agama. Namun setakat ini Allah tidak mengizinkan lagi penguasaan kafir ke atas politik dan pentadbiran kerajaan Persekutuan walaupun ekonomi sudah habis dibolot.
- Kini terpulanglah kepada umat Melayu Islam di Malaysia yang berjumlah 17 juta itu untuk menentukan masa depan mereka. GST hanya sekadar `small game' yang dimanipulasi oleh musuh Islam. Akan ada lebih ancaman lebih besar lagi selepas ini. Berhati-hati jangan sampai negara tergadai.
Friday, 17 April 2015
Soal halal haram GST mengikut tiga perspektif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment