- Nasib ribuan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) semakin `simpang perenang' apabila usaha merayu janji kenaikan gaji terkandas di pintu utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu.
- Sebaliknya wakil mereka, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dirundung malang apabila beliau bakal dikenakan hukuman kerana kononnya cuba menuntut hak rakan seperjuangan dengan membelakangkan JAIS.
- Kini guru berusia 24 tahun itu berdepan dengan tindakan disiplin daripada JAIS kerana dikatakan menceroboh DUN Selangor, cuba melakukan keganasan (cuba mengasari pengawal) dan mungkin beberapa perbuatan lain yang di luar dugaan guru malang itu.
- Memetik laporan Antara Pos hari ini, Pengarah JAIS dikatakan telah meminta guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Kapar itu memberi penjelasan berhubung tindakannya tersebut dalam tempoh dua minggu.
- Berdasarkan jawapan kepada surat yang dihantar oleh JAIS itu, pihaknya akan meneliti bentuk tindakan selanjutnya terhadap Ekhsan Bukharee.
- Minggu lalu kecoh apabila Ekhsan 'menyerang' DUN Selangor dan mahu berjumpa Menteri Besar dan Exco negeri itu untuk menuntut janji kenaikan elaun yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.
- Beliau mendakwa selama tiga tahun, kerajaan negeri Selangor mempermainkan perasaan guru-guru KAFA kononnya untuk menaikkan elaun mereka daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
- Sejak itu tiada sebarang respon dari kerajaan negeri mahupun exco yang berkaitan. Malah JAIS juga tidak mengatur pertemuan dengan guru berkenaan sebaliknya tergesa-gesa memberi surat tujuk sebab.
- Biarpun itu merupakan prosedur JAIS tetapi alangkah baik jika guru itu dipanggil bersemuka dengan beberapa pihak berkaitan bagi merungkai masalah yang dibawanya itu, bukannya berdolak dalik soal kebenaran isi kandungan memorandumnya.
- Terdahulu kerajaan negeri berkata dakwaan guru itu bahawa bilangan KAFA terbabit dengan isu janji kenaikan gaji adalah tidak sampai 7,000 tetapi guru berkenaan mendakwa ia membabitkan 10,000 guru.
- Soalnya bukan ketepatan bilangan guru yang dipersoalkan tetapi janji kerajaan negeri sejak tiga tahun lalu tidak ditunaikan. Dan memorandum itu mahu mengingatkan kerajaan negeri soal janji.
- Malangnya janji itu bukan saja tidak ditepati, guru yang hendak menyampaikan memorandum itu juga dihalang bertemu MB atau wakilnya. Kini guru berkenaan berdepan pula dengan tindakan disiplin. Peliknya.
Monday, 13 April 2015
Kerana tuntut hak guru KAFA bakal dihukum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment