- Betulkah rakyat Malaysia malas sehingga negara terpaksa mengambil 5.8 juta warga asing yang mana daripada jumlah itu 2.9 juta merupakan pekerja seludup tanpa dokumen yang sah.
- Gaji murah? Tidak mungkin. Industri binaan menawarkan gaji lumayan kepada semua. Pekerja mahir berpendapatan lebih RM300 sehari, manakala buruh tidak berkemahiran menikmati purata gaji RM70 sehari.
- Industri pertanian mungkin menawarkan gaji sedikit rendah tetapi makan minum dan tempat tinggal pekerja ditanggung 100 peratus oleh majikan. Begitu juga dengan pembantu rumah dan pembantu kedai.
- Namun rata-rata pekerja dlam sektor terbabit dibanjiri warga asing, sekaligus menimbulkan tanda Tanya apakah belia Malaysia semakin malas, tidak mahu bekerja kuat dalam pertanian dan binaan? Atau majikan lebih gemar memilih pekerja asing yang tidak banyak karenah dan boleh diarah itu dan ini tanpa soal.
- Mungkin juga caruman SOCSO dan EPF menjadi ukuran kepada majikan untuk mengambil pekerja asing terutama pendatang haram. Majikan mungkin berfikir, jika projek terputus, terkandas atau terbengkalai, mereka tetap wajib membayar caruman pekerja. Situasi itu merugikan mereka.
- Lantas majikan terpaksa mengambil apa jua risiko dengan mengambil pekerja seludup kerana golongan ini boleh datang dan pergi tanpa sebarang ikatan. Penyudahnya Malaysia dibanjiri pendatang tanpa permit.
- Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan serta dasar liberal yang sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan.
- Beliau berkata, polisi seperti dasar mesra pelancong dan dasar pendidikan antarabangsa memberi ruang kepada mereka untuk masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan atau visa pelajar untuk bekerja dan tinggal lebih masa.
- “Institusi pengajian tinggi yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan tanpa pemantauan berkesan banyak digunakan sebagai ‘kenderaan’ oleh pekerja asing untuk masuk ke negara ini,” jelasnya.
- Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Impak pekerja asing kepada kesejahteraan politik dan keselamatan negara’ pada Persidangan Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).
- Justeru, Abdul Halim mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu dasar pekerja asing kekal, yang lebih komprehensif atau institusi berbentuk kekal bagi mengawal pekerja asing.
- “Aktiviti penguatkuasaan juga memerlukan pendekatan bersepadu atau perkongsian antara semua agensi terlibat dan elakkan sifat ‘territorial’,” katanya.
- Beliau berkata, langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing masih gagal berikutan sumbangan mereka kepada negara terutama dari segi mengurangkan kos buruh, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkatkan eksport negara.
- Bagaimanapun, katanya usaha mengurangkan jumlah pekerja asing secara berperingkat perlu dilakukan agar mereka tidak menjadi liabiliti berpanjangan kepada negara.
- “Usaha ini mesti dibuat secara berperingkat supaya sektor utama seperti perindustrian, perladangan dan pembinaan tidak terjejas dan pada masa sama, jumlah mereka tidak mengancam keselamatan negara,” jelasnya.
Tuesday, 16 December 2014
Rakyat Malaysia malas, industri guna 5.8 juta pekerja asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment