- Wartawan dan editor bukan Islam di media pro pembangkang `tergedik-gedik' bangga untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa Sisters In Islam (SIS) yang disahkan NGO sesat boleh mencabar fatwa Selangor di Mahkamah Sivil.
- Pada masa yang sama NGO itu juga gembira kerana mahkamah membenarkan semakan kehakiman dibuat terhadap fatwa Selangor yang mengiystihar SIS tersesat lagi menyesatkan.
- Kegembiraan sebegitu mengesahkan kedegilan SIS untuk bersemuka dengan mufti Selangor atau Jawatankuasa Fatwa Selangor sebelum pekara itu dibawa ke mahkamah sivil, wal hal ruang dan peluang terbentang luas.
- Demi perpaduan ummah wakil PAS berkunjung dan bertemu mufti untuk mendapatkan penjelasan mengenai SIS, tetapi akhirnya mengakui bahawa SIS tidak menggunakan peluang untuk berdepan dengan jawatankuasa fatwa atau mufti Selangor.
- Jika SIS datang ke pejabat mufti untuk meminta penjelasan, pihak yang terlibat termasuk beberapa ulama bertauliah pasti memberi tarbiyah kepada NGO itu sebaik mungkin dan akan memujuk SIS supaya kembali ke pangkal jalan.
- Malangnya SIS semakin `buta hati’ dan kedegilan itu sudah diduga akan mengheret ke mahkamah sivil kerana NGO sesat itu mahu mempertahankan diri tanpa dikekang peraturan dan perundangan syariah.
- Dengan angkuh SIS mendakwa pihak tidak dijemput bagi mendengar penjelasan berkaitan fatwa itu, lantas memilih jalan untuk `bertarung’ dengan jawatankuasa fatwa Selangor di mahkamah sivil, bukannya mahkamh syariah.
- Apa ertinya penubuhan sebuah pertubuhan Islam (merujuk kepada SIS) jika ia tidak mahu diadili oleh mahkamah syariah. Jika mereka tidak percaya keadilan mahkamah syariah Selangor atau Malaysia, mereka tetap menerima hukuman yang sama (diistiyhar sesat) jika diadili di mahkamah syariah negara lain yang berpegang kepada Sunnah wal jamaah.
- Oleh kerana SIS tidak percaya kepada sistem perundangan syariah, mereka memfailkan affidavit untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah sivil.
- Ternyata Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan SIS mencabar Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan negeri.
- Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad, ketika membenarkan semakan kehakiman berkata, permohonan itu tidak serius dan menolak bantahan Pejabat Peguam Negara untuk megenepikan permohonan SIS.
- Sebelum itu, peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mengemukakan terbitan fatwa melibatkan titah sultan yang menjamin hak pemerintah menjalankan tugasnya.
- Katanya, menjadi hak multak kuasa raja-raja dan itu tidak boleh dimasukkan dalam semakan kehakiman. Mengenai fatwa itu sendiri, Shamsul berhujah ia merupakan pandangan undang-undang rasmi oleh pakar perundangan Islam syariah.
- "Disebabkan itu untuk menentukan kesahihan fatwa, ia perlu dilakukan pakar undang-undang yang unggul dan bukan melalui mahkamah sivil...tetapi mahkamah syariah," katanya ketika memohon mahkamah menolak permohonan kebenaran.
- Manakala peguam mewakili SIS, Datuk Malik Imtiaz Sarwar, mengemukakan hujah kuasa mutlak sultan hanya tertakluk kepada memperakui fatwa yang disediakan oleh statut.
- Beliau memberitahu mahkamah, ada keputusan daripada Mahkamah Persekutuan mengatakan jika fatwa bercanggah dengan had Perlembagaan Persekutuan, fatwa itu boleh dicabar.
- Malik mendakwa fatwa melebihi bidang kuasa negeri apabila memutuskan sebarang unsur yang membawa kepada fahaman liberalisme dan pluralisme akan disekat.
- "Kuasa ini hanya menteri dalam negeri mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dan di bawah Perlembagaan, yang terletak di bawah bidang kuasa pusat," katanya.
- Malik mendakwa, fatwa mengenai SIS tidak boleh dilakukan kerana ia adalah badan pertubuhan, dan bukan membawa kepada mana-mana agama.
- Sementara itu, Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman ketika ditemui selepas keputusan itu gembira kerana semakan kehakiman itu memberi peluang mendengar isu fatwa yang terlalu banyak membawa kesan.
- "Kami akan mencari asas Perlembagaan tentang bagaimana fatwa boleh melebihi bidang kuasanya daripada kawalan hal ehwal agama negeri," katanya.
- SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Mais, dan kerajaan negeri sebagai responden ketika memfailkan semakan kehakiman pada 31 Oktober lalu.
- SIS ketika memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi cuba membatalkan perintah itu dan juga mahu diisytiharkan sebagai pertubuhan yang dijamin di bawah Akta Syarikat 1965.
- Ketetapan Selangor pada Julai mewartakan SIS, mana-mana individu, persatuan atau institusi yang menggalakkan liberalisme dan pluralisme sebagai terpesong daripada ajaran Islam.
- Sebarang penerbitan yang menggalakkan pemikiran liberal dan plural akan diisytiharkan sebagai melanggar undang-undang dan boleh dirampas.
- Ketetapan itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyekat mana-mana laman web yang menyalahi ajaran Islam. Undang-undang itu digazetkan mengikut Seksyen 111 Enakmen Pentadbiran Islam (Selangor) 2003.
Thursday, 11 December 2014
NGO sesat cabar fatwa Selangor di mahkamah sivil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment