- Mungkinkah Presiden Cuepacs tak baca surat khabar mengenai kenyataan Kementerian Kewangan tidak akan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam?
- Hairan juga mengapa Cuepacs mahu mengadakan demonstrasi membantah pemansuhan BPP wal hal KSU Perbendaharaan sudah menyatakan ia tidak dimansuhkan tetapi dijadikan sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.
- Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata demonstrasi itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Okt ini.
- Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
- "Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.
- "Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya.
- Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.
- Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.
- Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.
- Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.
- Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.
- Sebelum ini satu berita tersebar di laman media sosial bahawa BPP di bawah Kementerian Kewangan yang menguruskan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam akan dimansuhkan.
- Berita itu juga menimbulkan persoalan sama ada urusan pinjaman rumah kakitangan awam selepas ini akan dibuat oleh sebuah bank terkenal di negara ini (CIMB).
- Menurut berita itu yang disebarkan di beberapa blog, syarat baharu juga akan dikenakan terhadap kakitangan awam untuk pinjaman perumahan rumah.
- "Nilai bayaran pendahuluan untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4 peratus akan diubah kepada yang lain," menurut berita itu.
- Berita itu turut menyebut pemansuhan BPP dan penggunaan bank komersil adalah satu daripada cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam.
- Berikutan tersebarnya berita itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan bercadang menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.
- "Pada masa ini, BPP dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan ini sedang menyediakan Rang Undang-Undang penubuhan BB berkenaan dan Skim Saraan Baharu bagi kakitangan BB tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
- Beliau berkata, kerajaan beri jaminan bahawa pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan mereka.
- "Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini. Malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," katanya.
Tuesday, 23 September 2014
Ceupacs tak baca paper ke, BPP tidak dimansuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment