Friday, 5 September 2014

Anwar lawan istana untuk siapa?

  • HEBAT sangatkah Dr. Wan Azizah Wan Ismail sehingga tiada nama lain boleh menyainginya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor?
  • Skrol mana-mana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang beliau sertai. Lihatlah betapa lemahnya `public speaking’ dan pengetahuan am beliau.
  • Malah pada satu perbahasan dewan, beliau melalut dan tak tahu apa itu LLN (dengan menyebut lembaga….apa tu ntah). Pada sidang itu juga beliau tak tahu menjawab soalan daripada ADUN mana, Permatang atau Sungai Burong.
  • Semua orang tahu Wan Azizah tiada daya kepimpinan dan tidak mampu menyaingi kepimpinan korporat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak 2008 selepas rakyat Selangor memberi mandat kuasa kepada Pakatan Rakyat.
  • Beliau sendiri mengakui dirinya sebagai boneka suaminya (beliau berkata dengan nada serius ketika berucap di Kelang) sedangkan rakyat tidak boleh terima pemimpin seperti itu.
  • Persoalannya mengapa PKR dan DAP berdegil mencadangkan satu nama kepada Sultan Selangor wal hal Tuanku sudah meminta ketiga-tiga parti itu mengemukakan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan.
  • Mereka beriya-iya mengatakan Wan Azizah adalah pemimpin terbaik PKR sedangkan hakikatnya semua orang tahu wanita itu terlalu lemah untuk menduduki kerusi MB Selangor.
  • Rupa-rupanya Anwar dikhabarkan mahu mengocak gelora istana Selangor bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi istana. Sengaja dihantar Wan Azizah ke istana untuk ditolak oleh Baginda.
  • Lalu berkompanglah juak-juak Anwar mendakwa istana Selangor tidak memegang prinsip demokrasi. Itulah modal terbesar Anwar dan partinya untuk terus meraih simpati rakyat pada PRU14. Malah situasi itu juga akan mendapat simpati antarabangsa.
  • Tidak mustahil dana luar negara berbilion ringgit akan terus mengalir bagi menyambung nyawa PKR dan keluarga Anwar. Barat mempunyai sebab yang kukuh untuk membantu Anwar yang dikatakan menegakkan demokrasi yang dinafikan oleh institusi istana.
  • Rakyat melihat Anwar sedang mengumpan isterinya untuk mencari modal perjuangan PKR pada masa depan sambil `memenjarakan’ PAS dengan ikatan janji Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipertajamkan semula baru-baru ini.
  • Anwar melihat PAS seperti ikan bilis yang senang nak dimamah. Cukup dengan mencabar PAS menunjukkan keislaman dengan mengotakan janji-janji PR, semudah itu saja taktik untuk mengunci PAS.
  • DAP pandai menangguk di air yang keruh. Segala kemahuan PKR dituruti. Orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang DAP dapat lihat dengan menyokong PKR yang bermati-matian mahu Wan Azizah menjadi MB.
  • DAP memang tidak selesa dengan PAS dalam soal negara Islam, hudud dan sering bergeser dalam pelbagai soal sensitiviti agama.
  • Memesrai PKR lebih waras kerana ia boleh memberi sumbangan dividen politik lebih besar berbanding PAS. Parti itu mudah mententeramkan bangsa Cina bahawa dalam kerangka politik Malaysia.
  • PKR lebih mudah meraih sokongan pengundi Melayu untuk DAP berbanding PAS yang banyak dibebani dengan emosi perkauman dan agama serta kekangan kehendak syaraknya. 
  • Tambahan pula PKR ada Anwar Ibrahim yang bijak menyusun strategi menyerang dan memburukkan Umno-BN berbanding dengan PAS yang sering lebih bersikap “berpada-pada” mengutuk lawan.
  • Dengan mengkaldaikan PKR, parti DAP lebih mudah “membahagi-bahagi zon pengaruh” dan “pecah perintah” pengaruh politik pembangkang di kalangan orang Melayu berbanding PAS yang kadangkalanya bersikap “ultra” dalam isu-isu bangsa dan agama.
  • DAP yakin Anwar ada strategi politik yang lebih besar walaupun menyedari Wan Azizah pasti tidak diterima menjadi MB Selangor.
  • Jika Wan Azizah ditolak dan Anwar dipenjara, maka lengkaplah modal politik terbesar mereka untuk meraih simpati rakyat pada PRU 14.
  • Juak-juak akan dikerah berkempen betapa Umno-BN menggunakan instrumen kerajaan dan istana untuk menafikan demokrasi yang dibawa oleh parti pembangkang di Malaysia.
  • Mereka akan berhujah bahawa Umno-BN penindas suara demokrasi manakala Negara Barat yang menyokong Anwar pula akan menjadikan Malaysia “pariah”.
  • Ini akan memudahkan usaha untuk memujuk masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara maju untuk mewarnakan Malaysia sebagai negara autokratik atau kuku besi.
  • Pemenjaraan Anwar, penafian hak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, penodaan institusi kehakiman, dan istana adalah modal politik pembangkang untuk dijaja ke seluruh dunia.
  • Semua strategi itu dilakukan untuk menampilkan Anwar sebagai mangsa paling malang. Lantas akan lebih mudah bagi Wan Azizah, PKR bersama DAP untuk menuntut di persada antarabangsa supaya Anwar diiktiraf sebagai “prisoner of conscience” atau mangsa perbezaan politik.
  • Pengiktirafan ini adalah penting bagi kempen lanjutan “Langkah Kajang”. Sudah pasti untuk PRU 14 kelak Umno-BN menghadapi tekanan daripada PKR dan DAP tetapi desakan antarabangsa yang maha besar.
  • DAP mungkin membaca percaturan Anwar dan PKR ini sebagai peluang dan persediaan paling besar untuk membawa gelombang lebih besar untuk menumbangkan Umno-BN. Kalau tak percaya kita lihat bagaimana dunia Barat akan menganggu Malaysia dalam tempoh terdekat. - Yang Benar.

No comments:

Post a Comment