- DEMI meraih sokongan tambahan daripada rakyat, Menteri Besar Selangor Tan Abdul Khalid Ibrahim berjanji akan memberikan bekalan air percuma kepada semua penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur jika kerajaan pusat membenarkannya melaksanakan program penstrukturan air.
- Penstrukturan air akan melibatkan pengambilalihan empat syarikat swasta yang akan membenarkan dana RM2 bilion diperlukan untuk memberikan 20 meter padu air bagi setiap rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- “Ini sebahagian daripada tawaran kami untuk mendapatkan sokongan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata Abdul Khalid selepas menghadiri seminar air dan tenaga di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
- Abdul Khalid menjelaskan, sebaik sahaja penstrukturan itu selesai, kerajaan negeri akan mengawal loji rawatan dan sistem paip untuk menyalurkan air kepada 2.1 juta pengguna di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
- Ketika ini, kebanyakan infrastruktur dimiliki dan diuruskan oleh dua syarikat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengendalikan pengedaran dan Puncak Niaga yang mengendalikan loji rawatan.
- Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor 2008, seramai 5.2 juta pengguna menikmati 20 meter padu air percuma setiap bulan. Kos tersebut digembar gembur dibiaya oleh kerajaan negeri tetapi sebenarnya kerajaan itu berhutang kepada SYABAS.
- Menurut Abdul Khalid, usaha penstrukturan tersebut dijangka siap dalam tempoh dua minggu memandangkan dua syarikat, termasuk Syabas dan Puncak Niaga bersetuju memerterai perjanjian tawaran kerajaan negeri sebanyak RM9.65 bilion untuk mengambil alih aset dan operasi.
- "Terdapat proses dokumentasi yang perlu dipatuhi. Semua ini adalah syarikat senarai awam dan kerajaan negeri perlu mematuhi semua proses tersebut,” katanya. Menteri Besar itu seperti yakin dapat melakukan penstrukturan air semata-mata kerana beliau telah membenarkan Projek Langat 2 disambung semula.
- Awal Januari tahun ini, kerajaan Negeri Selangor telah memuktamadkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disambung semula selepas melalui beberapa rundingan dengan kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah air yang kerap melanda negeri berkenaan.
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga konsortium air di negeri berkenaan.
- Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013.
- Ini bererti rancangan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih konsesi air berkenaan gagal.
- Perbincangan yang dilakukan untuk pengambil alihan atas dasar 'willing buyer willing seller' telah gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu pada 31 Disember 2013.
- Sehubungan itu, Abdul Khalid telah berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan kerajaan Pusat menggunapakai Seksyen 114.
- Kerajaan Negeri Selangor bagaimanapun meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.
- Ini adalah perlu kerana Selangor memiliki kebanyakan dari aset air di negeri ini dan Kuala Lumpur. Kerajaan Selangor sebelum ini telah menawarkan sejumlah RM9.65 bilion untuk mengambil ekuiti tiga syarikat konsesi air di negeri berkenaan iaitu; Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas); Konsortium Abbas Sdn Bhd; Puncak Niaga Sdn Bhd; dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd.
- Rancangan pengambil alihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor. Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan oleh kerajaan PR selepas Pilihan Raya 2008. Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan SYABAS sering betelagah menyalahkan satu sama lain.
- Berikutan tindakan Abdul Khalid membenarkan Projek Langat 2 diteruskan, beberapa rakan sekutu politiknya mengamuk. ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, mengamuk apabila MB Selangor meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!
- Peliknya, walaupun Xavier marah pada MB blok sendiri, dia babitkan nama “rakyat Selangor”. Tajuk tulisannya, “Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn”, membuktikan Xavier mengumpan nama “rakyat Selangor” untuk melampiaskan kemarahannya. Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?
- Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, cepat-cepat memberi “amaran” pada Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan tariff air di Selangor selepas industri air di Selangor dikendalikan oleh KeTTHA.
- Sepatutnya semua pihak termasuk parti pembangkang perlu mengucapkan tahniah kepada Abdul kerana meluluskan pembinaan Langat 2. Cuma agak terkilan, kenapa dia lewat sangat buat keputusan begitu? Apa yang membuat dia melengah-lengahkan pembinaan Langat 2? Kenapa dia tidak teruskan saja Langat 2 pada tahun 2008? Sebab partinya tak beri izin?
- Sebelum ini jenuh Khalid beri alasan. Nak tadah air hujan, nak gunakan air lombong, nak proses air kumbahan pun ada! Ada sekali dia jemput pakar perkhidmatan air dari Kanada untuk selesaikan kemelut air di Selangor. Tapi kaedah “imported from Canada” (padahal teknologi membran ada di Malaysia sudah 7 tahun!) juga tak nampak bayang!
- Selepas rakyat Selangor tak mandi, membasuh di sungai, guna air kolam di masjid dan terpaksa guna air hujan, baru dia nak luluskan? Selepas rakyat Lembah Klang selalu terputus bekalan air berminggu-minggu dan selepas puas menghentam SYABAS dan UMNO/BN, baru dia nak luluskan? Terima kasih MB Selangor. Lain kali, “dengarlah lagi cakap parti"
- Kini Abdul Khalid angkat “bendera putih”. Kononnya tak mampu beli semua syarikat konsesi air Selangor yang dianggarkan bernilai lebih RM9 billion itu. Betullah Kerajaan Selangor tidak berduit dan miskin. Sebab itu gaji Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan kawan-kawannya naik lebih 350%, kan? Maklumlah, Selangor “tak ada duit” untuk rakyat, untuk kocek sendiri?
- Berbalik pada Xavier, dia menegaskan bahawa prinsip PKR tidak mahu melihat Langat 2 dibina. Kononnya tender membina Langat 2 diberikan pada kroni UMNO/BN. Padahal, tender Langat 2 itu adalah tender terbuka dan semua pihak termasuk kontraktor PKR, DAP mahupun PAS layak untuk memohon.
- Masuklah memohon dan jika Allah sudah tetapkan rezekinya pada kontraktor PAS, mungkin kontraktor itu akan dapat tender itu. Tak kisahlah siapa yang dapat tender, asalkan Langat 2 terbina dan rakyat Selangor serta Lembah Klang dapat manfaatnya, bukan?
- Yang menghairankan, kontraktor pula yang dirisaukan Xavier. Tapi derita rakyat yang terputus bekalan air itu tidak pula disebut dalam artikelnya yang panjang lebar itu. Macam itu “pembela nasib rakyat”?
- Rafizi pula sampai beri amaran pada Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tariff air di Selangor. Sila rujuk perjanjian. Kalau tiba masanya mengikut perjanjian, maka naiklah tariff air nanti, bukan?
- Rafizi boleh “halang” kenaikan tariff air di Selangor nanti. Kalau caj import air dari Pahang dinaikkan mengikut perjanjian, sudah tentulah ada sedikit kos yang perlu ditambah. Tapi kalau Rafizi tak mahu kos tersebut dibayar oleh rakyat, dia boleh minta Kerajaan Negeri Selangor bayarkan untuk rakyat sebagai “subsidi air”.
- Tapi, kalau Kerajaan Negeri Selangor yang bayar harga “subsidi air” itu, maka samalah juga ia dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau Rafizi benar-benar “prihatin”, gunakan duit koceknya sendiri!
- Beras, garam, gula, kopi dan teh, semuanya naik harga sejak kita menggunakan “mata wang”. Itu proses normal. Takut harga barang naik? Kononnya BN ertinya “barang naik”. Kalau Pakatan Rakyat memerintah maka tiada barang yang naik hargakah? PAS memerintah Kedah selama 5 tahun pun sempat naikkan harga air! Di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ada harga barang yang turunkah? Budu pun naik harga! Air pun naik harga juga.
- Keperluan rakyat Selangor lebih penting dari politik. Prinsip PKR lebih mementingkan kontraktor projek dari keperluan hidup rakyat. Sepatutnya ia terbalik, keperluan rakyat lebih penting dari kontraktor. Tender Langat 2 itu telus dan boleh diperiksa pada bila-bila masa.
Wednesday, 19 February 2014
Khalid janji beri air percuma kepada KL dan Putrajaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment