- Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Sri Azman Hashim dan beberapa Tan Sri Melayu yang lain merupakan bilionair yang sentiasa aktif mengembangkan perniagaan masing-masing bagi membantu menyediakan pekerjaan kepada bangsa Melayu.
- Anak-anak Melayu dari peringkat pendidikan SPM hinga ke PhD diberi peluang bekerja dengan syarikat-syarikat yang diusahakan oleh bilionair ini, membabitkan pelbagai sector termasuk pengeluaran dan perkhidmatan.
- Tanpa bilionair ini, anak-anak Melayu terpaksa mengemis kerja dengan syarikat milik bangsa lain mengikut pengisian 30 peratus kuota yang telah kerajaan tetapkan. Bererti kita terpaksa berebut-rebut untuk mengisi kuota kecil itu. Tak payah nak jelaskan bagai mana dan mengapa.
- Dalam hal perniagaan, hakikat yang berlaku pada hari ini ialah tidak ramai bilionair Melayu sanggup memberi bantuan kepada anak Melayu bagi memulakan perniagaan, melainkan kerjasama tertentu kepada mereka yang bermodal saja. Bilionair menganggap tugas melahirkan usahawan adalah tugas kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Inilah penyakit utama bangsa Melayu! Soal sikap.
- Berbeza dengan bangsa Cina, mereka tidak pernah terfikir kerajaan akan membantu melahirkan usahawan Cina di Malaysia. Lalu bilionair Cina terpaksa menggunakan kekuatan dan kekayaan perniagaan untuk membantu bangsa mereka.
- Pelbagai bantuan dana perniagaan dan keusahaanan disalurkan menerusi apa jua kelab, persatuan dan institusi yang sah dan didokong kuat oleh bank perdagangan milik bangsa mereka.
- Justeru itu, apabila kita lihat sekeliling, rata-rata kedai, industri dan pembangunan setempat sememangnya dikuasai oleh bangsa Cina. Mereka bukannya berusaha ke arah itu semalam atau minggu lepas, tetapi sudah mengusahakannya sejak sebelum merdeka.
- Kadang-kadang kita tertanya-tanya, apakah semua bangsa Cina bijak-bijak dan kaya-kaya belaka sehingga mereka mampu menguasai keseluruhan ekonomi di negara Melayu?
- Jawapannya tidak. Mereka macam Melayu juga. Ada yang cerdik, ada yang tidak cerdik. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Tetapi mereka mempunyai laluan mudah untuk berniaga kerana mereka dijaga oleh persatuan dan kelab. Ada juga dijaga oleh kongsi gelap. Wallah hu aqlam.
- Kelab-kelab ini akan menjaga keperluan ahli termasuk kebajikan dan perniagaan. Contohnya, setiap kali pemaju mengusahakan pembangunan komersil seperti lot kedai dan kilang, mereka akan maklumkan kepada kelab-kelab bangsa mereka terlebih dahulu.
- Kelab dan persatuan ini akan mengumpul ahli mereka supaya membuat permohonan mendapatkan lot kedai atau kilang di lokasi yang tertentu. Keutamaan akan diberikan kepada ahli yang belum pernah berniaga.
- Sokongan akan diberi dalam pelbagai bentuk termasuk modal, tenaga kerja, kepakaran dan teknologi. Sebaik saja kedai atau kilang dibuka, mereka saling membantu dan menyokong perniagaan bangsa, bagaikan kehidupan berkeluarga.
- Lebih penting dari itu, mereka didokong oleh semua bilionair yang menguasai ekonomi negara. Lihatlah laporan Malaysian Business, betapa 90 peratus daripada RM217 bilion harta terkumpul bilionair Malaysia tahun ini dibolot oleh bangsa Cina.
- Robert Kuok (RM41.7bil), T. Ananda Krishnan (RM33.19bil), Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank (RM18.07bil), Tan Sri Quek Leng Chan (RM14.11bil), Tan Sri Lee Shin Cheng (RM13.12bil). Tan Sri Lim Kok Thay (RM9.43bil), manakala ibunya Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.47bil).
- Semua bilionair ini bertanggung jawab membantu memperkukuh rangkaian perniagaan bangsa mereka di Malaysia samada melalui organisasi dan persatuan. Perlu bukti? Lohat saja sekeliling kita.
- Mereka memastikan 90 peratus ekonomi negara akan terus mereka kuasai dalam apa cara sekalipun, walaupun mereka menyedari kerajaan telah berusaha meningkatkan penyertaan Melayu dalam perniagaan sejak merdeka melalui pelbagai usaha termasuk DEB dan sebagainya.
- Lagi kuat Melayu berusaha, lebih jauh bangsa Cina meninggalkan kita. Ini kerana perniagaan Melayu tumbuh satu demi satu dan bergerak secara individu, sedangkan perniagaan bangsa Cina bergerak secara gerombolan. Sekali mereka melangkah, pergerakan seperti ribut yang mampu meranapkan apa saja di sekelilingnya.
- Tambahan pula harta mereka cukup banyak dan telah menguasai semua rangkaian perniagaan dan bank perdagangan di Malaysia. Mereka tak risau apa pun. Hanya yang mereka perlukan sekarang ini ialah jaminan kuasa politik yang bakal mengekalkan kuasa ekonomi mereka sampai bila-bila.
- Sebab itulah pada PRU13, seluruh bangsa mereka memberi sokongan 100 peratus kepada DAP bagi memastikan kerajaan bertukar tangan. Namun Allah masih sayang umat Islam yang berbangsakan Melayu.
- Kini masa depan ekonomi bangsa Melayu terletak kepada sejauh mana kerjasama bangsa itu sendiri dengan kerjsama beberapa bilionair Melayu yang ada. Itu pun kalau ada bilionair Melayu yang nak bantu.
- Kumpulan bilionair Melayu di Malaysia sekadar `anak kecil’ jika dibandingkan dengan bilionair Cina (berdasarkan kumpulan harta masing-masing) tetapi anak-anak kecil Melayu ini boleh mengubah sejarah negara secara berperingkat-perngkat selagi politik berada dalam gengaman bangsa.
- Harta mereka mungkin kecil di mata bangsa lain. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.56bil), Datuk Mokhzani Mahathir dari SapuraKenchana Petroleum (RM4.22bil), Tan Sri Azman Hashim dari Arab-Malaysian Corporation (RM4.11bil).
- Sekecil manapun harta mereka, bangsa Melayu perlu mencari jalan untuk bergandingan dengan mereka untuk membina rangkaian perniagaan bangsa dan agama yang sehebat bangsa Cina. Kalau mereka boleh bersatu dalam perniagaan, mengapa kita tidak boleh?
- Memang kita ada persatuan dan kelab. Kita ada Dewan Perniagaan Melayu di setiap negeri dan daerah. Kita ada Persatuan Penjaja Kecil di setiap negeri dan daerah. Tetapi mereka semuanya menadah tangan meminta wang bantuan dari kerajaan Persekutuan.
- Apabila bantuan diberikan, mereka bergaduh sesama sendiri berebut kuasa untuk menguasai wang bantuan tersebut. Pemenang akan menelan separuh wang bantuan itu untuk kepentingan syarikat keluarga dan kroni, selebihnya baru diagih-agih kepada ahli. Itu realiti yang berlaku.
- Hampa dengan sikap pemimpin Dewan dan Persatuan, kerajaan Persekutuan mengambil jalan mengagih bantuan itu sendiri menerusi agenda ekonomi bumiputera. Pelbagai program diperkenal kepada peniaga Melayu.
- Nampak macam senang dan selesa. Rupanya ada juga birokrasi di situ. Ramai Melayu tidak dapat menyertainya atas pelbagai alasan dan sebab. Ia tidak semudah seperti kerjasama perniagaan di kalangan kelab-kelab Cina.
- Pabila terkandas di mana-mana, peniaga Melayu yang hampa akan terus menuding jari ke arah kerajaan Pusat dan segera memangkah bendera pembangkang dengan harapan mereka mendapat cahaya baru. Malangnya Melayu seperti ini tidak sedar mereka masuk ke perangkap yang jauh lebih berbahaya.
- Keputusan dangkal yang dibuat oleh bangsa Melayu pada hari ini dalam apa jua hal kehidupan kebanyakannya berdasarkan kepada emosi semasa seperti tidak berpuashati dengan harga barangan makanan mahal, rasuah, polis tak cekap, SPR dan mahkamah tak adil.
- Sebenarnya mereka dihasut oleh pihak tertentu yang segan nak berteriak kepada kerajaan bahawa projek kerajaan diagihkan kepada syarikat berkepentingan Melayu saja. Mereka mahu tender dibuka untuk semua bangsa kerana yakin mereka akan bolot 100 peratus dan peniaga Melayu akan terjelir lidah.
- Disebabkan mereka tidak dapat menembusi projek-projek kerajaan secara langsung, mereka terpaksa menggunakan nama-nama Melayu sebagai proksi kepada perniagaan. Kini mereka sudah jemu bersembunyi di sebalik syarikat-syarikat proksi kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi dan rasuahnya pun banyak.
- Justeru itu mereka mahu kuasa politik kerana itu saja laluan untuk mereka membunuh syarikat-syarikat proksi atau Ali Baba. Dalam ertikata lain mereka mahu membunuh Melayu secara total termasuk menutup perniagaan nasik lemak Melayu di tepi jalan.
- Jadi apakah bangsa Melayu wajar membiarkan keadaan itu berlaku?. Menuding jari menyalahkan kerajaan bukanlah satu jalan penyelesaian. Untuk itu kita wajib bersatu, menyusun barisan perniagaan kecil dan besar atas nama agama dan bangsa.
- Hentikan perasaan dengki sesama Melayu. Buangkan kebencian pada sistem politik yang selama ini telah berusaha gigih memperjuangkan ekonomi bangsa Melayu. Hanya itu saja jalan yang ada untuk Melayu keluar dari belenggu kemiskinan dan kemelaratan. Bersatu.
Friday, 21 February 2014
denai survival ekonomi Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment