Wednesday, 23 December 2015

Cemburu bila PAS mahu memaafkan UMNO

RAMAI yang cemburu apabila PAS menyatakan kesediaan untuk memaafkan UMNO dan mahu melupakan sengketa lama demi perpaduan ummah.
 
Apa yang mustahak ialah hala tuju pemerintahan negara yang diterajui UMNO serta komponen BN dengan mengambilkira sokongan dan kerjasama PAS nanti mesti berlandaskan Al Quran dan Hadith.

Namun DAP dan segelintir PKR kelihatan cemas dan rimas dengan fenomena politik muktahir yang bertujuan memperkasa semula bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Lalu dihantar beberapa pemimpin tertentu untuk mengkritik niat UMNO dan PAS.

Atas dasar cemburu, DAP telah menghantar `kuda tua’ terkuat iaitu Lim Kit Siang untuk mengkritik kerajaan UMNO / BN.

Katanya, sebelum bercerita soal maaf, parti kerajaan perlu bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara, gugurkan tuduhan terhadap beberapa pemimpin pembangkang, mansuhkan GST, tarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara, bertanggungjawab  dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Begini kata Kit Siang: “Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.

Kit Siang bercakap seolah-olah beliau sedang memimpin PAS. Beliau mendakwa, tindakan parti Islam memaafkan UMNO dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70an dan 80an yang selama ini didakwa dizalimi kerajaan UMNO.

Memetik kenyataan dalam Roketkini, Kit Siang berkata: “Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.

“Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini.

“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” katanya.

Meneliti kepada kenyataan itu, mungkinkah Kit Siang mahu membayangkan bahawa partinya DAP mahu ikut serta dalam gagasan kerajaan BN, sekiranya UMNO mengaku kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Bererti DAP mahu menyertai BN secara bersyarat. Mungkin juga kerana DAP sudah hilang sokongan PAS dalam barisan pembangkang. Jadi masuk BN adalah lebih baik daripada menjadi pembangkang bersendirian.

Atau Kit Siang berkata demikian sebagai mewakili PAS yang berada di barisan pembangkang.  Bererti Kit Siang meletakkan syarat yang ditetapkan oleh DAP untuk PAS. Bererti DAP membuktikan bahawa parti itu masih mahu mengongkong PAS.

Selepas dua tahun DAP memaki hamun PAS dalam pelbagai hal, Kit Siang tiba-tiba meletakkan syarat PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Walhal seluruh umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia sudah dimaklumkan bahawa persaudaraan politik antara PAS dan UMNO boleh disatukan semula atas landasan agama iaitu berpaksikan Al Quran dan Hadith.

Kit Siang sememangnya tak tahu malu kerana cuba meletak syarat untuk PAS kepada UMNO tetapi pada masa yang sama memaki hamun PAS, agama Islam dan bangsa Melayu.

Beliau cuba meletakkan syarat sedemikian bagi menghalang PAS dari bekerjasama dengan UMNO yang mana penyudahnya nanti akan merugikan DAP dan bangsa Cina.

PKR juga bakal senasib dengan DAP. Parti itu akan terkena tempias akibat fenomena kerjasama PAS dan UMNO. Malah ramai meramalkan PKR akan `bungkus’ pada PRU14 dan mungkin hilang dari peta beberapa tahun berikutnya.

Sebelum senario malang itu berlaku, maka barisan tertinggi PKR mengarahkan secara senyap kepada beberapa pemimpin dan gurkha untuk mengkritik kerjasama PAS dan UMNO.

Mudah saja kritikan mereka. Menganggap kerjasama UMNO dan PAS sebagai “satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun”, bekas veteran UMNO yakin ahli PAS akan menolak Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib,” tegas Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.

Menurutnya, kedua-dua presiden parti politik Melayu itu dilihat memiliki persamaan sikap apabila dilihat menyalahgunakan konsep ketaatan kepada pemimpin.

“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun,” dakwa Tamrin.

Bibit kerjasama Umno-PAS itu dilihat semakin ketara ketika Najib dan Hadi mesra duduk sepentas pada persidangan Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia baru-baru ini serta terbaharu reaksi Datuk Takiyuddin yang menyatakan partinya bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.

Semakin pelik dakwaan Tamrin, katanya: “…berkemungkinan besar Hadi dan Najib tidak memahami isi kandungan al-Quran dan Hadis.

“Seolah-olah mereka (ahli Umno dan PAS) akan terus ‘membabi buta’ dan seperti ‘lembu dicucuk hidung’, akur apa sahaja pemimpin mereka kata.

“Allah dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan Hadis,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tamrin juga mendakwa ada ahli PAS tidak menyenangi tindakan Presiden parti Islam itu turut sama seperti reaksi ahli Umno terhadap Najib.

Namun ada juga bersikap tunggu dan lihat di dalam isu kerjasama PAS-UMNO walaupun Presiden PAS dah pun berpakaian sedondon dengan Presiden UMNO.

Selain Tamrin, ramai blogger upahan PKR dan DAP juga turut mengkritik kerjasama PAS dan UMNO dengan mendakwa kedua-dua parti itu sudah keliru.

Blogger yang dikenali sebagai Greenboc mendakwa apa yang ketara sejak PAS ditinggalkan golongan progresif yang menyertai PAN, parti induk semacam sudah tak karuan, semacam orang gila talak. Dari atas sampai ke bawah, pemimpin PAS dan para ahlinya kuat memaki hamun malah mencarut juga.

Greenboc menggambarkan betapa ramai ahli PAS kini `sakit jiwa’. Malah ada yang bertindak agresif seperti serangan yang dilakukan oleh orang-orang PAS ke atas pemimpin AMANAH negeri Terengganu, Ustaz Miqdad Zakaria.

“Namanya parti Islam, rupa-rupanya PAS hanya Islam di zahir. Hanya apada pakaian, hanya pada gelaran seperti ulama dan ustaz. Tetapi belum beriman.

“Kita kasihan dan bersimpati dengan orang-orang PAS yang pe'elnya serupa dengan golongan tidak beriman itu. Ada perbedaan di antara orang Islam dengan orang beriman. Orang beriman tidak akan berakhlak semacam orang-orang PAS sekarang yang ada sekarang ini.

“Memang layaklah PAS berkawan bak dengan UMNO. Yang satu penyamun, yang satu lagi kuat memaki hamun. Mereka Islam, tetapi jiwanya masih kotor. Itu sebab mengapa jiwanya sakit dan kini sdang meluahkan "sakit jiwa" itu.

Begitulah kritikan liar Greenboc yang diselitkan dengan keratan hadith sebagai panduan, sedangkan jiwa pada tulisan Greenboc tidak mencerminkan langsung ciri-ciri akhlak yang dituntut Al Quran dan Hadith. Jiwa dan tulisan Greenboc ternyata kosong melainkan berkemungkinan diisi dengan sedikit wang saku dari PKR atau DAP.
 
Masih banyak kritikan liar dipapar dalam media sosial akibat perasaan cemburu dan dendam kesumat. Kepada mereka yang bukan Islam, eloklah ditarbiyahkan supaya berhenti berdendam. Kepada umat Islam yang mencaci maki PAS dan UMNO dengan bersandarkan ayat Al Quran, eloklah beristighfar banyak-banyak dan berdoa agar kerjasama kedua-dua parti itu akan mewujudkan masyarakat Islam yang lebih perkasa dan dihormati. – Oleh Old Newspaper.

Saturday, 19 September 2015

Moves to checkmate Mahathir or Najib

 
  1. Malaysia has been getting a lot of international attention lately. Ever since the Wall Street Journal published an explosive expose revealing that Prime Minister Najib Razak received a mysterious RM2.6 billion deposit in his personal bank accounts, international media have pounced on every scoop and development they can find on the case, and the findings have been astonishing to say the least.
  2. Factor in a rogue Umno leader running around the world to lodge police reports against Najib and 1MDB, and you get the kind of publicity even money cannot buy. None of it is good for Najib, of course. Khairuddin Abu Hassan’s efforts are perhaps the best bet for any form of legal recourse against the PM, given the recent defanging of our public institutions.
  3. However, it is not a given that any of Khairuddin’s police reports will bear fruit. If no smoking gun is discovered in the course of the investigations, all the police reports and media coverage will have been for naught. Suaram learned that the hard way when French authorities turned up records showing Najib, Abdul Razak Baginda and the late Altantuya Shaariibuu were never in France together to broker the infamous Scorpene deal.
  4. Najib was extremely careless in allowing the RM2.6 billion to be transferred to his personal accounts, but corporations have made an art out of hiding their dirty deeds – if there is indeed any dirty deed to be attributed to 1MDB.
  5. But of more interest is the recent development that has seen Khairuddin arrested on suspicion of trying to topple the government. It is Najib’s latest move to put Mahathir and his forces in checkmate. Having thwarted the earlier plot to unseat him through the country’s public institutions, Najib rested on his laurels only to hear of Khairuddin’s travels and exploits and, realizing the compromising position an international investigation would put him in, now looks to cut the head off the snake before it bites.
  6. Of course, Khairuddin has already lodged reports in several countries, many of them with highly reputable anti-corruption task forces. As yet, there’s no telling what fruits their investigations will bear. Nonetheless, removing his ability to traverse the world freely puts a damper on continued efforts to discredit Najib internationally, and that could be the killing blow.
  7. If international investigations do not turn up incriminating evidence, Najib will be more powerful than ever. He can then claim that he was investigated by some of the world’s leading anti-corruption squads and was found as innocent as a newborn babe, and his administration will gain a massive public relations victory over Mahathir.
  8. Najib’s political acumen has proven to be keener than many may have thought, and if Khairuddin’s gambit fails, the PM will may well win his war against Mahathir. Even the dissenters in his party are becoming resigned to the notion that perhaps Najib cannot be removed after all, despite the best efforts of a former Prime Minister recognised as perhaps one of the most cunning political operators this country has ever seen.
  9. Of course, Najib has not won the war until the reports lodged against him have been fully investigated and the results released to the public. For now, however, it looks like Malaysia’s 6th Prime Minister will remain in power, barring any unexpected development. Mahathir must now be asking himself, “What else do I do to take Najib down?” - FMT

Monday, 14 September 2015

Kian dekat sinar kerjasama PAS-UMNO




  1. Pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menyatu dan memperkukuh semula umat Islam Malaysia yang berpecah puluhan tahun akibat perbezaan fahaman politik dalam PAS dan UMNO.
  2. Setiap detik yang ditempuh oleh kedua-dua parti itu sejak merdeka merupakan pengalaman yang merugikan buat umat Islam yang mewakili 65 peratus penduduk Malaysia.
  3. PAS gagal menawan hati seluruh masyarakat Melayu Malaysia selepas berjuang puluhan tahun, manakala Melayu dalam UMNO pula semakin lama semakin terhakis.
  4. Ironinya bangsa bukan Melayu semakin bersatu di bawah pelbagai sepanduk dan pertubuhan dan akhirnya menyuarakan penyatuan yang padu pada PRU13.
  5. Dalam beberapa siri pilihan raya umum, PAS cuba bereksperimen dengan mengadakan kerjasama dengan parti kafir dengan harapan dapat memperjuangkan syiar Islam tanpa gangguan.
  6. Malangnya PAS telah berkali-kali diperdaya parti kafir dengan pelbagai muslihat kelas satu sehingga mengakibatkan PAS kini menjadi tunggang langgang.
  7. Sukar bagi PAS menawan Putrajaya secara bersendirian, melainkan kembali bersama UMNO yang selama ini tidak pernah menghalang azan dilaungkan melalui pembesar suara masjid.
  8. Kini PAS diberi peluang terbuka untuk bersama UMNO untuk meneggakan syiar Islam pada tahap yang lebih baik.
  9. Khabarnya penyatuan itu akan berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengundurkan diri pada 2016.
  10. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan menjadi PM yang baru, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin dilantik semula sebagai TPM.
  11. Ia disusul dengan pengumuman mengejut mengenai kerjasama politik antara UMNO (BN) dan PAS akan dibuat secara rasmi.
  12. Maka strategi DAP dan PKR yang mahu memperalatkan PAN untuk menakluk Putrajaya pada PRU14 akan terkandas sekali lagi.
  13. Kerjasama UMNO-PAS yang ditunggu sekian lama oleh majoriti pengundi dan menjadi aspirasi baru rakyat Malaysia bukan sahaja bakal menguasai semula DUN Selangor malahan mampu menggugat parti pembangkang di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
  14. BN dalam wawasan untuk menguasai lebih dari 2/3 kerusi Parlimen tidak dapat mengelak dari merangka kerjasama yang sangat bermakna ini.
  15. PAS pula yang perjuangannya telah diperlekehkan oleh kerjasama PR sebelum ini akan menerima pelawaan ini dengan beberapa syarat bagi memastikan matlamat perjuangan akan direalisasikan.
  16. Bagi PAS, jika berjuang sendirian, hasrat menguasai Parlimen bagi menggubal perundangan mungkin sukar dicapai.
  17. Rasionalnya jika PAS bersama UMNO BN, mungkin hasrat untuk menggubal beberapa perundangan yang mereka impikan semakin cerah.
  18. Tambahan pula majoriti Ahli Parlimen BN dan PAS lebih mudah sepakat berbanding gabungan dengan parti lain.
  19. Dijangka keputusan pilihanraya umum pada 2018 akan berpihak kepada gabungan BN dan PAS. Kerusi Parlimen DAP akan merosot menjadi 25 kerusi sahaja.
  20. PKR pula akan merudum jatuh ke sekitar 18 kerusi, manakala PAS mungkin akan diberi kerusi tambahan oleh BN sekitar 30 kerusi.
  21. PAS juga bakal dihadiahkan tiga jawatan dalam kabinet samada jawatan menteri penuh ataupun timbalan menteri.
  22. Bukan kerusi dan jawatan kabinet yang menjadi perjuangan PAS. Matlamat parti itu ialah untuk merealisasikan sebahagian dari usaha yang sekian lama diperjuangkan.
  23. Perjuangan PAS untuk membawa perubahan semakin nyata. Ini juga masa bagi PAS membuktikan kerjasama dengan DAP, PKR, PAN adalah satu kekhilafan.
  24. Sejarah kesultanan Melaka turut menjadi rujukan PAS di mana ulama pada masa dahulu tidak mensasarkan untuk mengambilalih tampuk pemerintahan.
  25. Mereka berkerjasama dengan pihak istana dengan memberi nasihat dan mendorong sultan-sultan Melaka mentadbir dengan lebih baik.
  26. Maka dengan dekatnya PAS dan BN menjalin kerjasama, tidak mustahil kerajaan gabungan ini juga akan menghasilkan pentadbiran yang lebih baik dan efisyen.
  27. Banyak lagi kebaikan yg boleh dicapai hasil kerjasama ini terutama dalam pembangunan luar bandar, pertanian, IKS luar bandar dan perekonomian desa.
  28. Hasil keputusan PAS berkerjasama dengan BN akan menjadikan PAS 'pemenang sebenar' dalam pilihanraya akan datang. Semoga umat Islam beroleh hidayah dari Allah.

Thursday, 3 September 2015

Sanusi bercerita soal Bersih 4


  • Ramai bertanya kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed melibatkan diri dalam perhimpunan Bersih 4 dan seterusnya tidak hadir  pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
  • Saya (Sanusi) berada bersama Mahathir di waktu beliau di Dewan Pasir Gudang, Johor pada 29 Ogos, 2015.
  • Setelah Mahathir berucap ada pihak bertanya mengenai Bersih 4. Beliau menjawab, walaupun tidak setuju dengan Bersih 1, 2 dan 3 tetapi ada perbezaan dengan Bersih 4 yang menyebabkan ia patut disokong.
  • Matlamat utama Bersih 4 ialah untuk menuntut supaya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan. Tun Dr. Mahathir bersetuju dengan matlamat ini.
  • Malahan orang yang pertama meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan ialah Tun Dr. Mahathir. Sebelum Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan, ATAU merobah dasar dan caranya, tidak ada seorang pun yang berani berbuat demikian.
  • Boleh dikatakan, dengan menuntut Dato' Seri Najib meletak jawatan, Bersih 4 ini telah MEMINJAM temanya dari Tun Dr. Mahathir.
  • Tanpa karenah Dato' Seri Najib, Bersih 4 tidak mungkin diadakan. Oleh itu Dato' Seri Najib bertanggungjawab atas wujudnya program BERSIH 4 yang temanya dipinjam dari Tun Dr. Mahathir.
  • Sejak Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan isu skandal 1MDB sudah menjadi lebih tersebar dan bersemarak ke seluruh dunia.
  • Tersebarnya kisah skandal 1MDB ini bermula apabila Menteri Luar Negeri menulis surat bantahan kepada New York Times atas berita mengenai 1MDB, sedangkan siaran akhbar luar negara sebelumnya, mengenai Malaysia sebagai sebuah negara yang amalan rasuahnya terhebat di dunia, tidak dipandang berat oleh Menteri Luar Negeri.
  • Inilah yang memberi gambaran skandal 1MDB lebih serius dari masalah RASUAH yang melanda negara.
  • Berikutan itu Malaysia juga menjadi bertambah terkenal di seluruh dunia apabila kita meminta INTERPOL untuk menangkap Clare Brown sebagai editor Sarawak Report, sebuah penerbitan yang beribu pejabat di United Kingdom.
  • Dosa Clare Brown ialah kerana membuat laporan mengenai penyelewengan dalam 1MDB. Permintaan kerajaan Malaysia telah ditolak oleh INTERPOL dan telah dihebahkan kepada 190 Negara anggota.
  • Apa yang patut dilakukan ialah menyaman Clare Brown atas penulisannya yang dikatakan tidak betul dan mencemar nama negara. Kenapakah kita tidak berani membawa Clare Brown ke Mahkamah?
  • Sekaligus dengan itu Timbalan Presiden UMNO, yang dipilih secara demokratik di dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana BERTANYA mengenai 1MDB di dalam satu majlis UMNO Bahagian Cheras.
  • Walaupun Timbalan Presiden UMNO yang dipilih secara demokratik telah dipecat dari jawatannya rakyat Malaysia pula tidak dibenarkan mengkritik, dengan niat menjatuhkan Perdana Menteri atas sebab beliau dipilih dengan cara demokratik.
  • Berertilah tafsiran demokrasi itu bergantung kepada nafsu pentafsir. Di satu pihak yang dipilih secara demokratik oleh UMNO boleh dipecat tetapi yang dipilih dalam pilihanraya, walaupun dengan undi popular yang minority tidak boleh dikritik langsung. Siapakah yang akan akur kepada pandangan sedemikian?
  • Setakat yang kita tahu kegawatan 1MDB di peringkat ini melibatkan hanya Dato' Seri Najib, Jho Low, Arul Kanda, Deepak dan dua orang Arab sahabat karib Jho Low.
  • Dunia mengetahui mengenai kewujudan PASUKAN PETUGAS KHAS untuk mengkaji kedudukan 1MDB sebenarnya. Antara anggota pasukan petugas ini ialah Peguam Negara sebagai Pengerusi, Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara.
  • Harapan rakyat Malaysia yang menunggu, dengan sabar dan gelisah, terhadap hasil penyiasatan pasukan petugas ini begitu besar dan rakyat tidak sabar untuk menunggu hasil penyiasatan yang memakan masa begitu lama.
  • Jangka waktu penyiasatan dijalankan sudah tentu selama masa yang diperlukan untuk pihak pengurusan 1MDB dengan gopoh gapah mencari cara untuk menimbus segala bangkai yang hendak ditanam, menutup segala lobang yang luas yang telah tergali, akibat penyelewengan yang telah berlaku.
  • Di kalangan ahli politik pula mereka menaruh harapan besar kepada Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) yang terdiri dari wakil parti kerajaan dan pihak pembangkang dari berbilang parti, membuat penyelidikan yang diharapkan.
  • Setelah beberapa waktu pihak Bank Negara telah mengeluarkan perintah untuk menangkap dua orang untuk membantu penyelidikan sementara pihak SPRM pula telah mengeluarkan waran tangkap untuk dua eksekutif kanan yang terlibat dalam kes 1MDB.
  • Malangnya waran tangkap itu keluar setelah keempat orang tersangka itu telah terlebih dahulu selamat berangkat ke destinasi yang tidak diketahui di luar negara.
  • Timbul tanda-tanya bagaimanakah mereka mengetahui terlebih dahulu bahawa mereka akan ditangkap sehingga mereka sempat keluar negara sebelum waran tangkap dikeluarkan.
  • Pihak PAC pula telah meminta supaya Jho Low dan Arul Kanda untuk tampil ke hadapan untuk disoal-siasat mengenai 1MDB.
  • Jho Low dan Arul Kanda enggan hadir pada tarikh yang ditetapkan sedangkan panggilan PAC sebagai sebuah jawatankuasa terpenting dalam Parlimen tidak pernah dipandang ringan oleh pihak kerajaan.
  • Dalam suasana tegang beginilah tindakan berikut berlaku:
  1. Pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
  2. Pemecatan Naib Presiden UMNO Dato' Shafie Afdal, yang berasal dari Sabah, dari jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
  3. Pemecatan (dinamakan pemberhentian kerana kesihatan) Peguam Negara Tan Sri Abd. Ghani Patail dari jawatannya merangkap pengerusi PASUKAN PETUGA KHAS.
  4. Ketua SB Dato' Seri Akil Bulat telah dipercepatkan persaraannya.
  5. Timbalan Ketua SB Datuk Abdul Hamid Bador telah ditukar ke Jabatan Perdana Menteri. (SB ialah Special Branch = Unit Khas yang menjalankan penyelidikan ke atas yang dicurigai bersalah)
  6. Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Abu Kassim bin Mohamad) telah diarah untuk bercuti.
  7. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM (Datuk Bahari Mohammad Zin) telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes beliau dipindah balik ke SPRM.
  8. Pengarah Stratejik Komunikasi SPRM (Datuk Rohaizad Yaakob) telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes dipindah balik ke SPRM.
  9. Pengerusi dan 3 ahli jawatankuasa PAC (Nur Jazlan Mohamed (Timbalan Menteri), Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri), Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri) telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri dan Menteri dan dengan itu terhentilah penyelidikan sehingga beberapa bulan lagi untuk melantik ahli baru sebagai pengganti anggota PAC yang telah dinaikkan pangkat.
  • Sedang suhu politik di dalam Negara menjadi bertambah panas, beban GST dideritai rakyat, nilai ringgit terus menurun, bursa saham juga menjunam turun nilai sahamnya, pelabur asing berangkat pergi, rakyat yang kaya memindahkan wang mereka ke mata wang asing, pekerja banyak dihentikan, beliawan dan beliawanis sukar mendapat kerja, tiba-tiba berita RM2.6 bilion telah dimasukkan dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib.
  • Kononnya wang ini untuk UMNO menghadapi PRU ke 13 yang didermakan oleh kerabat di raja Arab Saudi dan orang kaya di sana. Berita sumbangan ini dibocorkan oleh seorang Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam banyak perjumpaan tertutup.
  • Katanya 'derma' ini  ialah kerana amalan Islam yang baik di Malaysia dan kejayaan Malaysia menentang gerakan IS.
  • Perlu diketahui bahawa Pengerusi Aabar Investment, Khadem al Qubaisi telah ditamatkan khidmatnya pada bulan April, 2015 oleh pemegang saham kerana terlibat dalam skandal 1MDB.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aaabar Investment Mohamed Badawi al Husseiny juga telah ditamatkan khidmatnya pada 24 Ogos, 2015.
  • Dari lapuran akhbar the Gulf Times di Timur Tengah, saya difahamkan adanya tajuk tajuk berita 'The Saudis Are Not Amused With their involvement with 1MDB.'
  • Dalam PERJUMPAAN TERTUTUP begini jugalah diberitahu bahawa 'derma' dari Arab ini ialah untuk membantu UMNO melawan DAP yang didukung oleh pihak Yahudi.
  • Adalah jelas bahawa dalam siri PERJUMPAAN TERTUTUP beginilah segala pembohongan dapat disampaikan dengan penuh keghairahan.
  • Adakah mungkin Yahudi menyokong DAP untuk menjatuhkan UMNO sedangkan pemimpin UMNO sekarang adalah sahabat baik Yahudi sehingga mendapat kesempatan bank milik Yahudi Goldman Sachs dapat komisyen 10% atau RM4.2 ribu juta atau billion, kerana menguruskan pinjaman RM42 ribu juta dengan faedah 6.6%.
  • Jika pinjaman begini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia maka tidak perlulah bayar kepada rakan Yahudi begitu banyak wang dan jika pinjaman biasa dengan jaminan kerajaan faedah yang pernah dikenakan ialah serendah di bawah 1%. 
  • Dari dokumen yang diketahui wang yang dikatakan 'derma' dari Arab sejumlah RM2.6 bilion ini berpunca dari 1MDB.
  • Derma sebanyak itu susah untuk dipercayai kecuali oleh mereka yang taksub dan telah banyak terhutang budi. Derma Arab kepada Palestin, yang sebangsa dan seugama dengan mereka tidak sebesar itu.
  • Indonesia, Mesir dan Pakistan mempunyai lebih ramai umat Islam, malahan berlipat kali ganda, dari penduduk Islam di Malaysia. Ekonomi Malaysia juga tidak memerlukan 'derma' begitu banyak dari pihak mana jua.
  • Apakah habuan yang diperolehi oleh yang menderma? Dermakah namanya jika dapat habuan sebelum memberi derma?
  • Undang-undang Negara kita juga tidak membolehkan 'derma' atau apa jua sumbangan dari luar negara yang ingin mempengaruhi politik kita.
  • Kita telah membuat peratuan ini supaya parti pembangkang di Malaysia tidak dibiayai oleh negara luar seperti pihak-pihak dari Singapura, Taiwan dan China atau Negara mana juga. Inikan pula kita yang menerima 'derma?'
  • Adanya pengakuan Menteri dan juga Ketua Bahagian atas penerimaan peruntukan yang tertinggi dalam PRU ke 13 ialah RM2 juta ringgit. Jika semua 180 UMNO Bahagian menerima RM2 juta bagi setiap bahagian maka jumlah wang yang telah diberi ialah lebih kurang RM360 juta. Kemana perginya sisa RM2.240 bilion lagi.
  • Katanya dipindahkan ke akaun peribadi Dato' Seri Najib di Singapura. Kenapa begitu? Kenapa wang untuk UMNO diperlakukan demikian. Bagaimana dengan IS yang telah kita kalahkan pada tahun 2013, waktu Dato' Seri Najib menerima 'derma' sedangkan pada waktu itu IS BELUM WUJUD untuk kita perangi?
  • Tiba-tiba terdengar Ce' Anina Saaduddin, seorang pemimpin Wanita UMNO dari Langkawi telah menggunakan bahasa yang dikatakan 'kasar' oleh pihak atasan. Anina bangga dengan bahasanya kerana dengan cara itu beliau nampak ada perhatian.
  • Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sopan bahasanya boleh dipecat apa perlunya Anina bersopan jika suaranya tidak mungkin dipedulikan. Begitu penjelasan Anina. Yang jelas ialah Pemimpin Utama UMNO sudah terhakis rasa hormat rakyat terhadapnya. Lojikkah undang-undang yang menghukum seseorang ahli yang memperjuangkan hak UMNO?
  • Dalam keadaan sekarang adalah mustahil 3 juta ahli UMNO menyokong pemimpin UMNO. Dengan penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam BERSIH 4 Menteri Pertahanan merasakan 'Tun M has crossed the line' dan peluang untuk mereka popular dengan menghentam Tun M akan membara semula.
  • Harapan ini adalah palsu belaka kerana ramai pemimpin UMNO sudah 'cross the line' begitu lama dengan mengenepikan undang-undang, tata-cara dan adat memerintah negara dengan adil dan saksama. Tun Mahathir mengambil tindakan yang 'unconventional' untuk membetulkan sikap pemimpin negara.
  • Kini Anina sudah bergerak setapak lagi dengan mengambil dayausaha untuk mendapatkan kembali, melalui mahkamah, baki wang yang dikatakan derma untuk UMNO itu dikembalikan kepada UMNO dan tidak disimpan di Singapura dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib.
  • Anina berbuat demikian kerana tokoh UMNO, yang segak dan tampan, tidak berani walaupun untuk bertanya kerana telah melihat apa yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Sudah tentu Anina akan dipecat kerana ada peruntukan di dalam perlembagaan UMNO di mana keahlian gugur jika seseorang ahli membawa UMNO ke pengadilan. Tetapi apa pilihan Anina jika yang diadu mengambil wang UMNO itu dikatakan pemimpin UMNO sendiri. Sudah tentu undang-undang UMNO tidak bertujuan untuk melindungi mereka yang merampas hak UMNO.
  • Setelah itu kita dengar pula Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan melaporkan kepada pihak polis di London, Paris, Bern, Singapura dan Hong Kong mengenai kes 1MDB. Apakah salah Dato' Paduka berbuat demikian jika hanya untuk menyelamatkan wang pinjaman 1MDB yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan yang didukung oleh cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia, seperti cukai GST.
  • Dato' Paduka Khairuddin telah diselidik dan dihukum apabila beliau membuat lapuran mengenai 1MDB di dalam negara. Tidak salahlah jika beliau mencari jalan lain di luar negara kerana dosa 'money laundering' adalah lebih besar dan jelas di dunia antarabangsa.
  • Dengan membuat laporan di luar negara terselamatlah pegawai polis tempatan dari dipaksa bercuti, ditukar tempat kerja ataupun dihentikan kerana membuat penyelidikan.
  • Kerana kasihan kepada pegawai polis tempatan maka Dato' Khairudin mencari jalan lain di luar negara. Usaha Datuk Paduka Khairuddin menunjukkan bahawa beliau tidak percaya lagi kepada institusi tempatan, yang pernah dihormati dunia di satu masa dulu.
  • Agak mudah bagi manusia berakal di luar negara untuk membezakan antara 'derma' dan 'rasuah' jika ianya dibuat secara sulit, melibatkan wang begitu banyak.
  • Kita juga terkesan dengan tindakan kakitangan SPRM yang mengerjakan solat hajat untuk mendo'akan bagi pegawai mereka yang dianggap telah teraniaya dalam menjalankan tugas yang dianggap oleh mereka sebagai ibadat atau 'jihad'.
  • Berertilah mereka sudah menaruh harapan hanya kepada Allah swt. apabila kepercayaan kepada pemimpin untuk melakukan keadilan sudah terhakis.
  • Baru-baru ini Tuanku Sultan Johor pula telah menitahkan supaya solat hajat dilakukan di seluruh negeri Johor pada setiap minggu.
  • Mudah-mudahan solat hajat ini akan dikerjakan di seluruh negara supaya pemimpin kita pulih dari rasa takut dan hasutan iblis dan syaitan, menyandarkan keyakinan kepada janji bomoh, dukun, kiai dan sami, dalam mengendalikan urusan negara.
  • Kini Tun Dr. Mahathir sendiri sudah turun padang dengan menyeru kepada ribuan penyokong parti pembangkang supaya menyokong Barisan Nasional untuk terus memerintah apabila Dato' Seri Najib sudah diamankan, yang menyalahgunakan wang 1MDB mengembalikan wang kepada yang berhak dan segala kecurangan yang telah berlaku diadili dengan seadil-adilnya.
  • Tidak mungkin ada peluang lain kepada Tun Dr. Mahathir untuk meminta penyokong pembangkang untuk turut menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
  • Dengan berhentinya Dato' Seri Najib, sebagai punca segala masalah ekonomi negara maka UMNO dan Barisan Nasional dapat terus memerintah dan menyiapkan diri untuk berdepan dan memenangi PRU ke 14.
  • Tun Dr. Mahathir tidak menyokong PRU ke 13 diisytiharkan haram kerana ada penggunakan wang 'derma' yang tidak keruan dan bertentangan dengan undang-undang.
  • Tun Dr. Mahathir menyertai BERSIH 4 kerana mereka MEMINJAM TEMA yang beliau perkenalkan, supaya 'NAJIB SEGERA DITURUNKAN'.
  • Sebagai seorang doktor perubatan Tun Dr Mahathir ingin mengeluarkan tumor untuk menyelamatkan nyawa manusia. - Sanusi Junid