- Program ‘I want to touch a dog’ merupakan program ulangan. Satu perdebatan berkaitan dengan perihal jilatan anjing telah berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ini bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda ketika itu, yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj. Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.
- Perbezaan ini bermula dari tahun 1936, apabila Hj. Nik Abdullah dipanggil oleh Raja Kelantan ketika itu YM Tengku Ibrahim ibnu Sultan Muhammad IV ke istana bagi meminta pandangannya berkaitan hasrat baginda untuk memelihara anjing. Hj. Nik Abdullah menjawab, jika ada keperlun seperti menjaga keselamatan maka ia adalah diharuskan. Berkaitan perihal jilatan anjing pula beliau memberikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie. Beliau menyatakan, jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut.
- Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi.
- Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu. Ayahnya yang merupakan bekas Mufti Kelantan, meyakini kebenaran pandangan anaknya, Hj. Wan Musa bertindak mempertahankan pandangan anaknya dalam kuliah-kuliah pengajian yang dikendalikannya.
- Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Sultan Kelantan ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memanggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk mendapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini.
- Usaha pihak istana tidak terhenti disitu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang. Perdebatan itu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa. Sultan Ismail bertindak sebagai hakim.
- Namun seperti sebelumnya, Sultan Ismail tidak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan.
- Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori. Tidak cukup setakat itu, Raja Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar 3 soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937.
- Jelas dicatatkan dalam sejarah, orang Melayu telah berbincang berkaitan hal ini kira-kira 90 tahun yang lalu. Oleh itu hasrat Sdr. Syed Azmi al-Habshi selaku penganjur program ‘I Want to touch a dog’ tidak lebih dari sekadar mengulang kisah lama. Jika mahu diukur dari sudut keupayaan dan potensi terhadap impak menukar persepsi orang Melayu khususnya terhadap makhluk Allah yang kita namakan sebagai anjing, jelas perdebatan tahun 1937 jauh lebih berupaya kerana melibatkan istana dan kelompok ulama’ berpengaruh.
- Natijahnya, tiada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang memelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya. Oleh itu, ia merupakan polemik yang sia-sia dan tidak membawa perubahan dalam masyarakat.
Wednesday, 22 October 2014
Debat sentuhan anjing bermula pada 1937
Jangan liberalkan hukum hakam syariah Islam
- Sepanjang zaman akan berlalu percubaan musuh Islam secara halus untuk menggugat dan meracuni aqidah, syariat dan akhlak umat Islam. Usaha-usaha sebegini tidak semestinya hanya menerusi tindakan bukan Islam malah juga menggunakan orang yang mengaku muslim sendiri kerana impaknya sangat besar bagi orang Islam. Kehadiran golongan munafik dan fasik di kalangan muslim yang mempromosi aqidah yang rosak atau syariat yang salah serta akhlak yang rosak lebih mudah mempengaruhi orang-orang Islam sendiri.
- Hari ini, satu percubaan untuk mempromosi syariat yang salah dengan dipelopori oleh orang Islam sendiri berlangsung menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak dan dihiasi dengn ungkapan yang manis iaitu " i wan't to touch a dog". Hakikatnya ia merupakan sebahagian agenda liberalisma untuk meliberalkan hukum-hakam Islam.
- Anjing merupakan seekor binatang yang dicipta oleh Allah dengan ada kelebihan dan ada kekurangannya serta ada ketetapan hukum-hakam dan Syariat yang menjadi ujian bagi orang-orang Islam.
- Kelebihan anjing yang dicipta oleh Allah ialah ia binatang yang digunakan untuk menjaga manusia, harta dan tanaman serta memburu dan pada hari ini digunakan untuk penyiasatan kes-kes keselamatan.
- Al-Quran menceritakan tentang anjing yang mengiringi golongan yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka iaitu Ashabul Kahfi (surah al-Kahfi ayat 18).
- Islam mengajar sifat ihsan kepada binatang termasuk anjing sebagaimana kisah dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim cerita seorang lelaki memberi minum kepada anjing yang kehausan. Sahabat Nabi saw lalu bertanya
- يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
- Wahai Rasulallah, adakah kami mendapat pahala menerusi binatang? Tegas Nabi saw; "Pada setiap makhkuk yang mempunyai limpa yang lembut (hati) pasti ada pahala"
- Kekurangan anjing pula ialah selalunya dijadikan bidalan untuk perkara yang keji. Antaranya al-Quran membuat bidalan orang-orang yang meninggalkan ilmunya di kalangan ulamak yang menjadi jahat adalah seperti anjing yang menjelir lidahnya (surah al-A'raf ayat 176)
- Adapun Hukum Syariat yang melibatkan anjing maka ia menjadi ujian untuk hamba-hambanya yang beriman dengan Syariat Muhammad melibatkan hukum Allah dalam membela dan juga menyentuh anjing. Mengikut dan menjunjung Syariat ini adalah terjemahan kepada iman dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Pencipta telah menetapkan hukum-hakam sebagai ujian pada manusia. Di samping keimanan bahawa pada apa yang dihalalkan pasti ada kebaikan manakala pada apa yang diharamkan pasti ada keburukan sama ada kebaikkan dan kebirukan itu dapat dihayati oleh akal manusia atau tidak. Kepada umat Islam yang berjaya mengikut hukum-hakam maka syurgalah tempatnya.
- Hukumnya ialah;
- PERTAMA; Haram Membela Anjing Kecuali Untuk Maslahat Menjaga Ternakan atau Tanaman atau Berburu
- Hukum ini berdasarkan Hadis-hadis Sahih antaranya Hadis Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah. Antaranya riwayat Muslim sabda Nabi saw;
- مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
- Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."
- Kempen menyentuh anjing membawa mesej untuk masyarakat memiliki anjing tanpa menghiraukan hukumnya. Ia satu tindakan meliberalkan hukum-hakam Syariat yang sabit dengan nas yang jelas.
- Hatta jika ada yang cuba berdalih dengan pandangan segelintir Ulamak seperti Ibnu Abdil Barr yang menilai hukum memeliharanyanya sebagai makruh maka perkara makruh juga (makruh ertinya dibenci) wajar ditinggalkan dan tidak dijadikan kempen.
- KEDUA; Makruh Bermusafir dengan Anjing
- Bagi mereka yang dibolehkan oleh Islam membela anjing kerana menjaga tanaman, ternakan, rumah dan berburu adalah MAKRUH (dibenci) membawanya berjalan dan bermusafir. Ia berdasarkan Hadis Sahih Muslim sabda Nabi saw;
- لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ.
- Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"
- Imam Nawawi berkata; fiqh hadisnya ialah makruh membawa anjing dan loceng sebagai teman musafir. Malaikat yang memohon rahmat dan keampunan untuk manusia tidak bersama rombongan musafir tersebut. (Syrah Muslim juz 14/ ms 95)
- Kempen menyentuh anjing adalah menjurus kepada kempen menjadikan anjing teman perjalanan yang dibenci oleh Nabi saw.
- KETIGA; Anjing Najis
- Jilatan Anjing hukumnya najis di sisi majoriti Ulamak kecuali Mazhab Maliki. Ia perlu dibasuh dengan air yang bercampur tanah. Justeru, ia disebut sebagai Najis Berat ( mughallazah). Hukum ini berdasarkan Hadis Sahih antaranya riwayat Muslim
- طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
- Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"
- Kempen menyentuh anjing akan mendedahkan pelakunya kepada jilatan anjing yang dihukum sebagai najis berat dalam Islam yang perlu dibersihkan dengan air dan tanah tidak seperti najis-najis biasa. Untuk apakah kempen seumpama ini yang mendedahkan masyarakat Islam melakukan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam?
- Adapun hukum badan dan bulu anjing majoriti ulamak menghukumnya najis seperti Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Hambali manakala mazhab Abu Hanifah, Mazhab Maliki dan satu riwayat lain Imam Hambali menilainya suci.
- Kempen menyentuh anjing adalah kempen menyentuh sesuatu yang najis. Ia perlakuan yang tidak berfaedah. Malah bagi ulamak yang menilai bulunya tidak najis juga tiada kalangan mereka yang berkempen dan menyarankan untuk anjing disentuh. Kempen yang dibuat hari ini oleh orang yang mengaku Islam adalah satu perlakuan bid'ah yang diada-adakan yang mencemarkan Islam.
- Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan Anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.
- Tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen dan pesta terbuka dalam realiti masyarakat Malaysia adalah tindakan tidak bijak dan tidak sensitif terhadap pegangan beragama.
- Diriwayatkan bahawa Imam Syafie apabila solat Subuh di Baghdad tidak melakukan Qunut selama sebulan kerana menghormati pegangan dan pandangan Abu Hanifah yang tidak berpegang dengan Qunut Subuh. Itu boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada umat Islam dalam menjaga dan menghormati sensitiviti beragama berasaskan mazhab.
- Kesimpulannya;
- Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati seluruh umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menjurus kepada usaha meliberalkan hukum-hakam Syariat Islam.
- Begitu juga sebarang usaha yang hanya berdalih dan mencari alasan dengan perbezaan pandangan ulamak bagi menghalal dan merasionalkan sesuatu tindakan adalah perlu ditolak. Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan Syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil yang terkuat berdasarkan nilaian ulamak muktabar.
- Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.
- Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam. – Daripada Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Wednesday, 15 October 2014
DAP dan perpaduan Oktoberfest
- Tidak bolehkah rakyat pelbagai keturunan dan agama di negara ini mencapai kata sepakat seperti dalam isu rokok di mana faktor kesihatan dan ketenteraman keluarga serta masyarakat dijadikan alasan untuk mengawal aktiviti minum arak?
- Jika manusia bertamadun seantero seluruh dunia boleh berkempen dan mengekang nafsu merokok demi kepentingan manusia dan kemanusiaan sendiri, mengapa pendirian yang sama tidak boleh diambil untuk arak?
- Di sisi sains dan keharmonian sosial, rokok dan arak sama-sama tertonjol kemudaratannya kepada manusia. Namun mengapa di Malaysia yang masih di tahap awal proses pembentukan jatidirinya, tidak mampu mengambil jalan pintas dan melarang aktiviti yang memudaratkan ini?
- Sebaliknya, tiba-tiba muncul gerakan untuk “menghalalkan” pesta minum arak sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang mengiktiraf hak asasi manusia yang amat dahagakan sokongan politik.
- DAP sengaja gunakan isu 'Oktoberfest' laung hak asasi manusia? PKR dan DAP dengan sengaja, sedar dan berhemah mengambil tempat di saf hadapan isu ini demi melaungkan pendirian dan kebersatuan mereka mereka dalam isu Oktoberfest ini.
- Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang. Teresa Kok dan beberapa pemimpin muda parti itu serta Elizabeth Wong dari PKR kelihatan bersama lebih 5,000 pengunjung pesta di Bandar Utama malam Jumaat lalu.
- Turut meraikan majlis itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
- Kehadiran mereka bolehlah dirumuskan sebagai satu langkah politik. Berbeza dengan Langkah Kajang yang dianjurkan oleh PKR untuk membenci dan menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kehadiran pemimpin politik DAP dan PKR ini mungkin mahu menyatakan bahawa arak juga boleh menjadi unsur penyatu rakyat bukan Islam di Malaysia.
- Maka tinggallah PAS keseorangan diri merengus betapa pesta sebegitu adalah mencabar sensitiviti umat Islam. Soalnya mana betul, arak itu bawa lebih banyak mudarat atau satu unsur yang boleh mengukuhkan perpaduan, sekurang-kurangnya dalam Pakatan Rakyat?
- Sebaliknya, pemimpin Melayu-Islam dalam PKR, termasuk Menteri Besar baru Selangor, Azmin Ali, kelihatan tidak berselera menganggap isu itu sebagai sesuatu yang mencalar imej Islam di negara ini.
- Kenapa Oktoberfest 2014 jadi pertikaian? Namun anehnya sambutan Oktoberfest bukanlah satu perayaan baru yang disambut di negara ini. Mengapa baru tahun ini tiba-tiba ia menjadi kontroversi?
- Hakikatnya, baru tahun ini Oktoberfest dianjurkan di kawasan terbuka. Baru tahun ini juga sambutannya dilakukan secara besar-besaran melalui paparan papan iklan di tempat terbuka.
- Tahun ini juga Oktoberfest “diangkat” oleh pemimpin pembangkang sebagai perayaan “rasmi” kerana ia melambangkan sebahagian hak asasi rakyat Malaysia.
- Soalnya mengapa DAP dan PKR seolah-olah tidak melihat sambutan Oktoberfest ini memudaratkan perpaduan masyarakat Malaysia? Mungkinkah ini kerana ia adalah pelaburan politik yang menguntungkan?
- Jika diamati pragmatisme politik DAP dan PKR tidak jauh berbeza. Jika disekat aktiviti arak di negara ini tentu akan memarakkan kebencian sebahagian rakyat yang semakin rimas dengan penekanan kerajaan yang dilihat “menganaktirikan” mereka.
- Oktoberfest adalah acara kemasyarakatan bagi mereka. Mengapa ia perlu dibendung? Kini kerajaan semakin condong dan berpaut pada sokongan Melayu-Islam semakin galak menganjurkan program-program agama yang mempamerkan kehebatan perpaduan Islam; begitu juga Oktoberfest untuk bukan muslim!
- Oktoberfest adalah buah catur politik. Gurisan kebencian inilah yang hendak dimanfaatkan oleh DAP dan PKR. Ia akan meningkatkan suhu kebencian dan kerimasan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Rumusannya Oktoberfest adalah satu strategi politik.
- Mungkin kefahaman PAS terhadap konsep tahaluf siyasi yang dijalin dengan PKR dan DAP yang kerap dibanggakannya di khalayak ramai, belum mampu menggarap realiti sebenar apabila ia diamalkan demi kemenangan politik.
- PKR dan DAP parti sekular. Bagi kedua-duanya soal kerugian jangka pendek dengan menanamkan sedikit “kebencian” sesama rakyat adalah cagaran politik yang perlu demi merebut kuasa. Dengan kuasa, barulah perubahan luhur boleh dilaksanakan (?)
- Namun PAS nampaknya mulai belajar. Dewan Syura Ulama, penggubal dasar tertingginya, sudah berani membuat teguran terhadap betapa mudaratnya Oktoberfest. Lantas PAS pun mengemukakan protes kepada kerajaan negeri Selangor.
- Harapan PAS ialah, segala sumpah taat setia dan azam untuk mempertahankan Islam agar tidak diperlekeh di bumi Darul Ehsan akan mendorong, Azmin Ali mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Oktoberfest.
- Bagaimanapun sebagai orang baru, Azmin mengambil sikap berhati-hati. Iktibar yang boleh diambil daripada nasib politik Khalid Ibrahim ialah jangan sekali-kali mengingkari pucuk pimpinan PKR. Jika tidak yang diperjudikan ialah jawatan menteri besar.
- Pimpinan PKR, terutama Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedikitpun tidak berbunyi membuat komentar terhadap isu Oktoberfest yang dilihat PAS boleh mencalar maruah Islam.
- Mungkin Anwar masih menimbang-nimbang apakah kenyataan yang harus dibuat kepada umum sebagai reaksi teguran jujur Sultan Selangor bahawa skim politik Langkah Kajang PKRlah yang menjadi punca kemelut politik Selangor.
- Baginda Sultan Selangor juga menegur gerak politik kurang murni PKR yang telah mentohmah nama baik mantan menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim, walaupun dalam bulan Ramadan yang suci.
- Sementara itu, Lim Kit Siang akan terus menyusun strategi bagaimana mahu menrincingkan lagi kebencian rakyat bukan Islam terhadap kerajaan Barisan Nasional tanpa curiga dan khuatir PKR akan membantah.
- Benar kata pujangga, sesuatu makanan mungkin enak bagi seseorang tetapi ia boleh menjadi racun kepada PAS. Pada Oktoberfest, DAP hilang hormat dan tidak sensitif dengan pantang larang agama PAS tetapi pada masa yang sama ia adalah pengikat kesatuan di kalangan pihak yang tidak gemar PAS serta pegangannya. -- Abdul Rahman Malik
Saturday, 11 October 2014
Hak membina SJK tiada dalam Perlembagaan
- Apabila UMNO mahu mencadangkan agar sekolah vernakular dimansuhkan, ramai pemimpin Cina membantahnya dengan beranggapan mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.
- Susulan itu, Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH menjelaskan kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.
- SOALAN: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini?
- JAWAPAN: Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.
- Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.
- Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.
- Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia, pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.
- Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.
- Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.
- SOALAN: Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK?
- JAWAPAN: Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah ‘mengajar’ dan ‘diajar’, tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah ‘menggunakan’ dan ‘mengkaji’. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah ‘menggunakan’ dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan ‘pengajian’ pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.
- Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.
- Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu yang boleh digunakan untuk kajian.
- SOALAN: Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan?
- JAWAPAN: Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.
- Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.
- SOALAN: Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?
- JAWAPAN: Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.
- Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.
- SOALAN: Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum?
- JAWAPAN: Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?
- Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.
- Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.
- Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.
- Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.
- SOALAN: Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?
- JAWAPAN: Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya. Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini?
- Benda dah ada kalau kita hapuskan pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.
- Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.
- Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.
- Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?
- SOALAN: Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat institusi pengajian tinggi?
- JAWAPAN: Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.
- Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.
- Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.
- Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.
- SOALAN: Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- JAWAPAN: Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu. Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentangan.
Thursday, 9 October 2014
Dr Mahathir bercerita soal PAS dan TAHALUF SIYASI
- Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu
- PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.
- Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.
- Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.
- Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.
- Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.
- Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
- Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.
- Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.
- PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.
- Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.
- Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.
- Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
- Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.
- Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.
- Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.
- PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
- Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.
- Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah. - Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Petanda huru hara perkauman bermula di Bukit Bintang
- PERKAUMAN semakin menebal di Malaysia sehingga ada pihak sudah tidak tahan lalu mengebom sebuah kelab malam di Bukit Bintang sebagai tanda bahawa bangsa Melayu Islam pantang dicabar.
- Ekoran insiden letupan itu banyak pihak meminta polis membuat siasatan terperinci kerana ia dibimbangi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.
- Setakat ini belum ada kes kelab malam dibom. Mungkinkah kejadian di Bukit Bintang sebagai petanda bermulanya huru hara di ibukota akibat perasaan perkauman yang semakin menebal?
- Ada pihak mengandaikan kejadian itu dilakukan oleh segelintir umat Islam yang dikaitkan dengan perjuangan ISIS dan Abu Sayaf. Manakala tidak kurang juga menganggap ia digerakkan oleh rangkaian pejuang Perkida.
- Kedua-dua kumpulan itu dilihat mahu memelihara martabat Islam secara `by hook or by crook’ selepas melihat kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan keagamaan.
- Namun ada juga pihak yang menganggap insiden itu dirancang oleh segelintir samseng upahan berbangsa Cina dengan tujuan mahu membangkitkan kemarahan kaum mereka terhadap polis dan kerajaan.
- Usaha itu membolehkan bangsa Cina menuntut kepentingan dalam pelbagai bidang secara paksa walaupun mereka sudah terbukti menolak kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.
- Aktiviti samseng bangsa Cina dapat dilihat dengan jelas pada peristiwa membakar pusat menjual kenderaan di Jalan Ipoh baru-baru ini disebabkan pemiliknya enggan membayar wang perlindungan kepada samseng tersebut.
- Insiden mengebom kelab malam di Bukit Bintang juga mungkin ada kaitan dengan kumpulan samseng Cina yang semakin bermaharajalela di ibu kota.
- Siapapun yang mengebom kelab malam itu, kesannya akan menjejaskan keselamatan Kuala Lumpur dan juga Malaysia. Bunuh, bakar dan bom semakin popular bagi menuntut sesuatu kehendak atau menyelesaikan masalah.
- Apakah budaya arnaki di Malaysia akan semakin berleluasa dan siapakah yang mula mempopularkan budaya arnaki ini? Hanya polis dapat menjawabnya. Apapun insiden Bukit Bintang perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
- Persoalan yang kini berlegar di minda rakyat ialah apakah insiden di Bukit Bintang itu merupakan satu petanda bermulanya arnaki di negara ini, di manakah sasaran selanjutnya dan siapakah mangsa seterusnya.
Tragedi berdarah Bukit Bintang.
- KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang cedera, termasuk seorang lelaki pekerja joki parah dalam letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.
- Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.
- Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
- "Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- Katanya, tujuh mangsa termasuk seorang yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan lanjut.
- "Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian, latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA
Tuesday, 7 October 2014
Makin menjadi konspirasi Barat pecah belah umat Islam Malaysia
- Usaha memecah belahkan umat Islam di Malaysia sudah dikesan sejak merdeka dan ia ada kaitan dengan konspirasi musuh Islam di peringkat antarabangsa. Malangnya umat Islam tidak mahu percaya sebaliknya menganggapnya sebagai helah politik saja.
- Akibat hasutan pihak tertentu, sebahagian kecil umat Islam telah meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Banyak sebab mengapa PAS terbentuk ketika itu tetapi kesannya umat Islam mula berpecah dan saling berbalah mengenai pelbagai hal sehingga ke hari ini.
- Penyatuan PAS-UMNO sudah beberapa kali dilakukan tetapi jodoh mereka tidak panjang. Banyak sebab membawa kepada penceraian itu tetapi ia sudah tidak penting kerana kesannya jurang perpecahan semakin lebar di kalangan umat Islam Malaysia. Namun UMNO masih kuat dan ahlinya masih ramai.
- Bagaimanapun peta politik Malaysia mula berubah berikutan kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Musuh Islam antarabangsa telah menggunakan kesempatan untuk meletakkan agennya di dalam parti itu. Barat menggunakan beberapa NGO terpilih untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia menerusi agen yang dilantik. Komplot lebih licik dirancang kerana serangan DAP dan PAS secara bersendirian dalam beberapa pilihan raya umum sejak merdeka tidak mampu menggugat kekebalan UMNO dan BN.
- Namun sejak kemunculan PKR yang kebanyakannya umat Islam, landskap politik Malaysia berubah. Hasil perancangan rapi pembangkang dengan kerjasama agen-agen Barat, majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN dapat dimusnahkan.
- Lebih parah lagi pada pilihanraya umum ke 13, pembangkang mampu meraih kelebihan undi popular tetapi tidak boleh memerintah Malaysia kerana asas pentadbiran kerajaan Persekutuan berdasarkan kelebihan bilangan kerusi Parlimen.
- Konspirasi Barat semakin terserlah apabila ramai agen dalam PKR sudah berada dalam PAS sehingga apa jua keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama berjaya dicantas oleh AJK Pusat.
- Kini AJK Pas Pusat sudah tidak mahu patuh kepada keputusan Presiden dan Mrusyidul Am parti. Mereka lebih utamakan kepentingan Pakatan Rakyat berbanding parti sendiri.
- Lalu gerakan anti-Hadi Awang sudah bermula. Rakyat PAS tidak boleh menafikannya kerana analisa itu dibuat oleh Nik Abduh Nik Aziz, anak kepada Musrsyidul Am PAS yang amat disegani suatu ketika dahulu tetapi dicemuh oleh AJK PAS Pusat pada masa kini. Berikut kenyataan Nik Abduh.
- Gerakan anti-Hadi konspirasi antarabangsa
- SHAH ALAM: Pemimpin muda terkenal PAS Nik Abduh Nik Aziz menegaskan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia didakwa sebahagian konspirasi musuh Islam antarabangsa.
- “Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH (Hadi) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa?
- “Saya jawab, ya,” kata anggota jawatankuasa pusat PAS dan anak kepada mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat itu.
- Menulis di Facebook, Nik Abduh berkata, tindakan PAS yang konsisten memperjuangkan agama di Malaysia bukan sahaja merimaskan BN tetapi juga musuh Islam antarabangsa.
- Justeru, katanya, PAS mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi “kekuatan utama” dalam Pakatan Rakyat.
- “Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam,” tulisnya lagi.
- Beliau juga menegaskan, kekuatan asal itu berpangkal dalam institusi Majlis Syura Ulama yang diketuai mursyidul am dan kepimpinan ulama diketuai Hadi.
- Dalam tulisan berjudul “Islam Tanpa Syariat” itu juga, Nik Abduh mengingatkan terhadap ancaman Yahudi terhadap gerakan Islam yang istikamah menegakkan agama dan syariat Islam.
- “Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka,” tulisnya lagi.
- Beliau membangkitkan situasi di perbagai negara umat Islam seperti di Mesir, Syria, Turki, Yaman dan Palestin yang didakwanya terdapat perancangan jahat musuh Islam.
- “Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat.
- “Semuanya dilakukan sama ada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam,” katanya.
- Semua itu dilakukan, dakwanya lagi, bagi menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada “perjuangan Islam tanpa syariat”.
- Setakat ini tiada siapa di kalangan pemimpin PAS yang sanggup menafikan pengakuan Nik Abduh itu kerana secara langsung mereka akan meletakkan diri dalam kumpulan musuh dalam selimut seperti yang telah dilakukan oleh beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor.
- Beberapa musuh yang dahulunya dalam selimut PAS, kini sudah keluar daripada selimut itu dan menampakkan diri mereka di khalayak ramai. Mereka berkempen dan berhujah kesat di dalam dewan milik taukeh Cina dengan kebenaran dan sokongan masyarakat Cina.
- Tanpa rasa malu, mereka menghentam Nik Aziz dan Hadi Awang dengan menganggap kedua-dua orang tua itu gila kuasa dan tidak menghormati pandangan kumpulan PAS progresif. Mereka sebenarnya kumpulan Erdogan atau Anwarinas dan mereka tidak kisah dengan gelaran itu kerana strategi menumbangkan Hadi dijangka akan berjaya.
- Kini Dewan Ulama dan Majlis Syura sedang berusaha keras untuk menyelamatkan Presiden PAS dan Mursyidul Am daripada serangan Erdogan sehingga terlupa untuk menyatukan dan membangunkan ekonomi umat Islam Malaysia.
- Pada keseluruhannnya konspirasi Barat mahu umat Islam Malaysia samada dalam PAS, UMNO, PKR dan parti2 lain sentiasa berbalah sesama sendiri dan mengabaikan usaha membangunkan ekonomi secara bersama.
- Percayalah, banyak lagi isu yang akan diketengahkan lagi bagi menarik perhatian umat Islam Malaysia supaya menyibukkan diri dengan bertelagah, manakala bukan Islam semakin senyap dan terus tekun merampas apa saja peluang perniagaan yang ada di sekeliling Malaysia.
- Melayu dan umat Islam sudah lama menjadi `melukut di tepi gantang’. Diramalkan bangsa dan agama itu akan menjadi pengemis selepas 2018. Apakah fenomena itu akan dibiarkan berlaku? Apakah PAS atau UMNO akan menjadi menyelamat agama Islam? Tepuk dada tanya selera.
Sunday, 5 October 2014
Appreciate the sacrifices of the Prophets and Messengers
- Muslims should appreciate the Aidiladha or Hari Raya Korban by always adhering and being loyal to the command of Allah.
- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Muslims must always follow and be loyal to all the command of Allah S.W.T as did the Prophet Ibrahim A.S in the incident on the sacrificing of Prophet Ismail A.S.
- “Our loyalty to the commands of Allah SWT must be demonstrated by upholding Islamic shari’a as contained in the Al-Qur’an and Al-Sunnah and making the teachings of Islam which is universal as our way of life.
- “Hopefully, we will all be able to follow the traits of surrendering to Allah SWT as shown by Prophet Ibrahim A.S and Prophet Ismail A.S,” he said in his message here today in conjunction with the Aidiladha celebration this year.
- He said Muslims must also remember the value of sacrifice which had been demonstrated by the prophets and messengers in the past especially Prophet Ibrahim and Prophet Ismail.
- Muhyiddin said the practice of sacrifice represented the symbol of the spirit of sacrifice which must be inherent in every Muslim who would receive the blessings of Allah in the present world and hereafter.
- He said the practice was also a symbol of gratification for all the blessings granted by Allah SWT. “It also reminds us of the sustenance granted by Him, so that the other less fortunate Muslims can share together the blessings gained from Him,” he said.
- Muhyiddin and his family, who are now in the holy land of Makkah to perform the haj, also prayed that Malaysia would always be blessed with prosperity and peace and protected from natural disasters.
- “I pray that all of you will always be blessed by Allah with good health and prosperity. Selamat Hari Raya Idul Adha from me and family for all Muslims in Malaysia,” he added. - Bernama
MH370 hunt is resuming soon
- The hunt for MH370 flight is about to resume in a desolate stretch of the Indian Ocean, with searchers lowering new equipment deep beneath the waves in a bid to finally solve one of the world’s most perplexing aviation mysteries.
- The GO Phoenix, the first of three ships that will spend up to a year hunting for the wreckage far off Australia’s west coast, is expected to arrive in the search zone today, though weather could delay its progress.
- Crews will use sonar, video cameras and jet fuel sensors to scour the water for any trace of the Boeing 777, which disappeared March 8 during a flight from Kuala Lumpur to Beijing with 239 people on board.
- The search has been on hold for months so crews could map the seabed in the search zone, about 1,800 km west of Australia.
- The 60,000-square km search area lies along what is known as the “seventh arc” — a stretch of ocean where investigators believe the aircraft ran out of fuel and crashed, based largely on an analysis of transmissions between the plane and a satellite.
- Given that the hunt has already been peppered with false alarms — from underwater signals wrongly thought to be from the plane’s black boxes to possible debris fields that turned out to be trash — officials are keen to temper expectations.
- “We’re cautiously optimistic; cautious because of all the technical and other challenges we’ve got, but optimistic because we’re confident in the analysis,” said Martin Dolan, chief commissioner of the Australian Transport Safety Bureau, the agency leading the search. “But it’s just a very big area that we’re looking at.”
- That area was largely unknown to scientists before the mapping process began in May. Two ships have been surveying the seabed using on-board multi beam sonar devices, similar to a fish-finder.
- The equipment sends out a series of signals that determine the shape and hardness of the terrain below, allowing officials to create three-dimensional maps of the seabed.
- Those maps are considered crucial to the search effort because the seafloor is riddled with deep crevasses, mountains and volcanoes, which could prove disastrous to the pricey, delicate search equipment that will be towed just 100 meters (330 feet) above the seabed. Two of the search ships will be using underwater search vessels worth around USD1.5 million each.
- “You can imagine if you’re towing a device close to the seafloor, you want to know if you’re about to run into a mountain,” said Stuart Minchin, chief of the environmental geoscience division at Geoscience Australia, which has been analysing the mapping data.
- The terrain isn’t the only challenge.
- The area is prone to brutal weather, and is so remote that it takes vessels up to six days to get there from Australia. Water depths are also tricky: They range from 600 meters to 6.5 km. That’s about the deepest the sonar equipment can go, Dolan said. “In all sorts of ways we’re operating towards the limits of the technology that is available,” Dolan said.
- With the mapping nearly complete, the GO Phoenix, provided by Malaysia’s government, will begin hunting in an area considered the likeliest crash site, based on an analysis of satellite data gleaned from the plane’s jet engine transmitter and a series of unanswered phone calls officials on the ground made to the plane.
- The other two vessels, the Equator and Discovery, provided by Dutch contractor Fugro, are expected to join the hunt later this month. Malaysia and Australia are each contributing around USD60 million to fund the search.
- The ships will use tow fish, underwater vessels equipped with sonar that create images of the ocean floor. The tow fish, which transmit data in real time, are dragged slowly through the water by thick cables up to 10 km long.
- If something of interest is spotted on the sonar, the tow fish will be hauled up and fitted with a video camera, then lowered back down. The tow fish are also equipped with sensors that can detect the presence of jet fuel, although that would likely be a longshot.
- David Gallo, who helped lead the search for Air France Flight 447 after it crashed in the Atlantic Ocean in 2009, said that even if the fuel tanks had survived the impact, strong currents in the search area probably would have dispersed any leaking fuel by now.
- Still, he said, it’s worth a try. In some of the steep rugged areas any kind of additional information would be useful to help peer into the dark shadows,” Gallo, an oceanographer with the U.S.-based Woods Hole Oceanographic Institution in Massachusetts, said in an e-mail.
- There will be between 25 and 35 people on each ship, and crews will likely work around the clock. The ships can stay at the search site for up to 30 days before they must head back to shore to refuel and re-supply.
- “The most efficient way is to keep going,” Dolan said. “But you have to be careful with the well-being of your crews, to be sure you’re not pushing them too hard.”
- The work will be painstaking.
- The ships can move no faster than 11 kph (7 mph) while towing the sonar equipment. If a vessel needs to change direction, the crew must first pull the towfish up enough that it won’t fall to the seafloor during the turn — a process that takes hours. “None of this happens very quickly,” Dolan said.
- Irene Burrows, whose son Rodney Burrows was on board Flight 370 with his wife, Mary, believes the plane will be found. -- AP
Subscribe to:
Posts (Atom)